Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Photobucket

Saturday, June 28, 2008

KOLEKSI KEADAAN DI PALESTINE










SEMASA : GENCATAN SENJATA TERGUGAT!!!

Thursday, June 26, 2008

>> Israel menangguhkan pembukaan sempadan(perlintasan) antara Israel-Gaza, melibatkan laluan perdagangan. Ehud Barak, Menteri Pertahanan Israel mengarahkan agar sempadan-sempadan yang bersempadanan dengan Gaza tidak dibuka, menurut sumber semalam. Rentetan itu adalah balasan ke atas 3 serangan roket yang dilancarkan oleh SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI). Sumber menyatakan, serangan itu dilancarkan dari Gaza dan jatuh di Sderot, Israel. Kerajaan Israel mengungkapkan "tindakan ini adalah bahaya, dan tidak menghormati persepakatan gencatan senjata". Menurut radio Israel, Ehud Barak mengeluarkan ketetapan dengan menutup sempadan Israel-Gaza, terutama yang melibatkan perdagangan. Israel juga menolak permintaan pembukaan sempadan Qarni, sempadan Sufa, sempadan Nehal Auz yang digunakan untuk mengeksport barangan kargo dan bahan bakar ke Semenanjung Gaza.

Menurut radio Israel, Ehud Barak akan bermesyuarat dengan pihak-pihak di bahagian Keamanan Israel dalam masa terdekat bagi menetapkan sempadan-sempadan sama ada ditutup atau dibuka.Sementara itu, Kerajaan Israel turut membuat aduan rasmi kepada Kerajaan Mesir berikutan serangan roket keSderot yang disifatkan "Palestin melanggar persepakatan gencatan senjata".Peter Lener, jurucakap bagi tentera Israel mengatakan "apa-apa pun tidak akan dimasukkan ke Semenanjung Gaza, dijelaskan Gaza telah dibekalkan dan permulaan dimasukkan barang-barang kargo dan keperluan pada hari ahad yang lalu. Katanya, sempadan Erez yang dikhususkan untuk laluan ramai dibuka bagi pesakit-pesakit dari kalangan penduduk Palestin untuk mendapatkan rawatan.Ehud Olmert, Perdana Menteri Israel dan Ehud Barak dijadualkan akan mengakan pertemuan bagi membincangkan bentuk balasan terhadap serangan roket.

Dinyatakan, 2 serangan roket ke Sderot mengakibatkan kerosakan harta benda dan dua penduduk Israel mengalami kecederaan. 1 lagi serangan roket jatuh ke atas sebuah kebun, luar bandar Sderot.Walaubagaimanapun, pejabat Perdana Menteri Israel mengatakan serangan roket ini mengancam gencatan senjata, tetapi Israel tetap berpegang atau memberi komitmen terhadap persepakatan gencatan senjata.Di pihak HAMAS, menurut jurucakapnya Sami Abu Zuhri mengatakan, HAMAS bersama pejuang-pejuang Palestin yang lain terus memberi komitmen terhadap gencatan senjata dengan Israel.Menurut Abu Zuhri, pembukaan sempadan telah ditetapkan pada jam 8(GMT) yang membenarkan kemasukan barangan keperluan, bahan bakar(akan ditambah dari semasa ke semasa) selepas bermulanya gencatan senjata, seperti yang disepakati antara HAMAS dan Israel.Sementara itu, Pengerusi Yayasan bagi Stesen janakuasa di Semenanjung Gaza mengatakan, kerajaan Israel melarang kemasukan solar dan minyak ke Gaza melalui sempadan Nehal Auz yang dikhususkan untuk pengeksportan bahan bakar ke Timur Gaza. Menurutnya, Gaza mengalami krisis bahan bakar pada tahap kritikal, dan memerlukan 12 ribu tan bahan bakar dari Israel dengan segera.

>> JIHAD ISLAMI mengakui pihaknya bertanggungjawab dengan serangan roket semalam. Iaitu serangan pertama selama gencatan senjata disepakati. Dinyatakan, serangan roket ini adalah serang balas terhadap pembunuhan yang dilakukan tentera Israel ke atas pemimpin SARAYA AL-QUDS(JIHAD ISLAMI) di Nablus, Tebing Barat.Bagaimanapun, JIHAD ISLAMI menjawab berkenaan gencatan senjata, iaitu "secara berkecuali". JIHAD ISLAMI tetap berpegang dengan gencatan senjata tetapi mengikut apa yang Israel mampu dan berupaya terhadap gencatan senjata ini.

>> Sumber perubatan Palestin, menurut seorang saksi mengatakan, seorang petani Palestin parah dan kritikal awal pagi semalam akibat tembakan tentera Israel, di Timur bandar Khan Yunus, Utara Gaza.Sementara itu, gerakan pembebasan Palestin di Tebing Barat mengatakan, pihaknya tidak akan berdiam diri dengan tekanan Israel di sana. Sumber menyatakan, pasukan penakluk(Israel menangkap 8 penduduk Palestin dengan alasan mereka 'dikehendaki' di beberapa kawasan yang berlainan.

>> Rentetan persepakatan gencatan senjata, Sami Abu Zuhri(Jurucakap HAMAS) mengatakan kenyataan wakil Israel berhubung persetujuan Mesir yang melibatkan pembukaan sempadan Rafah dengan pembebasan tentera Israel yang ditawan pejuang Palestin di Gaza semenjak 2 tahun lalu, adalah tidak benar.

Abu Zuhri menambah(sumber media elektronik), mengatakan "isu Shalit adalah berkait rapat dengan dokumen penukaran tawanan (tentera Israel-penduduk Palestin yang berada dalam penjara Israel) berdasarkan syarat-syarat yang telah dinyatakan sebelum ini. Shalit tidak akan dapat melihat cahaya sehinggalah penduduk Palestin yang berada dalam tawanan Israel juga boleh melihat cahaya".Sumber menyatakan, Husam Zaki jurucakap bagi kementerian Luar Mesir, "Mesir yang boleh mengeluarkan ketetapan sama ada sempadan Rafah di buka atau tutup".

Sumber maklumat(26/06/08, suratkhabar Misril-Youm dan suratkhabar Al-Akhbar)

Friday, June 27, 2008

GERAKAN YAHUDI, FREEMASONARY : DIMANA KITA???



Assalamualaikum..


Salam perjuangan salam ukhuwwah..salam bertemu kembali....


Emm....terbengkalai aku punya blog dah lama sangat..sibuk sikit, nk citer ape plak kali ni ek!!!

Keylah!! Aku nak kongsi ngan sahabat-sahabat ape yang aku dapat masa aku exam baru2 ni...

Walaupun aku hanya membaca kitab kuliah tapi...input yang aku dapat sangat banyak...berkenaan isu sekeliling sekarang ni... isu dunia...berkenaan dengan BUMI PALESTINE...berkebetulan arini aku kene bagi pengisian untuk Muzakarah Berkelompok atau SMART CIRCLE ataupun USRAH...alaa...bagi tazkirah je...aku pun bagi la ape yang aku dapat dalam buku kuliah aku tulaa....memandangkan kita semua ni bidang yang berbeza so kita share la ape-ape yang kita dapat..dengan kawan-kawan, jangan kedekut ilmu.... :)


Tajuk buku aku Tayyarat Fikriyyah Al mua'sarah...( aliran pemikiran semasa, lebih kurang laa maksud dia..) buku lebih kepada membincangkan bab YAHUDI dan strategi depa semua nak menjahamkan Islam...tanpa di sedari oleh umat islam sendiri...aku baca dan terus baca..kitab kuliah kat mesir ni hasil adabtasi dari kitab-kitab lain...


Konklusi yang leh aku buat dari ape yang aku baca...strategi yang digunakan oleh YAHUDI untuk jatuhkan ISLAM KHUSUSNYE bumi dan penduduk palestine....emm...punye laa depa ni ingat depa nye tok moyang punya wasiat kononnye depa mendakwa yang tanah palestine ni adelah JANJI TUHAN kepada NABI IBRAHIM untuk di wasiatkln kepada anak-anak or waris laa...dan mereka juga mendakwa kat palestine tu ade satu bukit yang dinamakan JABAL YAHUU bersempena nama tuhan depa...tanah yang depa kata perjanjian tuhan dengan NABI IBRAHIM tu adalah dari sungai furrat ( IRAQ ) hingga ke sungai nil ( MESIR )...huhuhu...punya laaa siap ade kawasan lagi...


Antara strategi yang depa guna nak jatuhkan adalah dengan menggunakan satu pertubuhan atau gerakan rahsia atau pun yang dikenali sebagai FREEMASONARY...ni nama yang latest laaa kononye..kalau tak depa guna nama AL QUWWATUL AL KHAFIYYAH ataupun ALMASUNIAH...itu dalam bahasa arab daaa..maknanya sama je..GERAKAN RAHSIA...

GERAKAN berjema'ah...emm..menarik kan...pastu depa guna satu manhaj yang mana dengan menyebarkan pahaman ilhadiyah atau ATHIES....supaya manusia sejagat tak percaya akan kekuasaan atau hilang terus tauhid akan ALLAH...


Bila dah tersebar, manusia dah umpama hilang laa pedoman..dah tak kenal akan hukum hakam hilang akhlak bunga diri, hilang nilai-nilai kemanusiaan...so senanglaa depa ni nak teruskan strategi seterusnya....diorang ni akan pegang HARD CORR dalam sesebuah negara...pemimpin tertinggi laa..sebab pemimpin akan jadi roll model pada rakyat, rakyat kompem akan dengar cakap pemimpin walaupun kadang-kadang ada yang menolak...sebab BILA KITA DAPAT KUASA KITA BOLEH BUAT APE SAJE.....huhuhu....dengan itu dapatlaa depa ni nak bentuk pertubuhan-pertubuhan lain....contoh yang memang aku sendiri pun terkejut..KELAB YOGA...selalu kita dengar kan...senaman YOGA....ni pun dakyah yang dibuat oleh yahudi...huhuhu...nak rosakkan akidah kita umat ISLAM khususnya....kelab-kelab kecil ni adelah sebagai PERISIK atau lebih kurang kader-kader depa laa nak luaskan empayar yahudi...emmm bagus tak bagus, kita umat Islam....ape yang kita buat...bg sokongan atau ape? kita tak sedar sebenarnya kadang-kadang kita lah yang jadi penyumbang terbesar....huh!!! seram aku.


Ok...depa ni juga akan adakan MUKTAMAR untuk bincangkan permasalahan andai ade strategi yang depa guna tu bermasalah...emm...adik beradik muhasabah laa...lebih kurang!!! Dah bincang sesama depa dapat kata sepakat...mereka baiki ape yang silap bagi melicinkan gerakan depa...


Jika kita perhatikan kita selaku UMMAT ISLAM adelah tak salah kalu kita tiru cara yang depa guna untuk tolak mereka balik..dengan menggunakan strategi depa. Tak salah sebab kadang-kadang kita nak tolak musuh kita kena kenal musuh..ini tidak musuh kenal kita tapi kita tak kenal musuh macam mana kita nak tolak musuh...last sampai sudah gerakan islam menjadi lembab dek kerana kesilapan kita sendiri.


Jadi antara strateginnye :


- gerakan yang bermanhaj dustur kita AL QURAN dan ASSUNNAH.

* dengan menggunakan manhaj kita akan lebih mensistematikkan gerakan kita dan pasti kita tidak akan terseleweng dari jalan sebenar yang kita nak bawa.


- mesti dalam kumpulan.

* kalau kita sendirian kita akan jadi lemah dan orang mudah nak patah atau serang kita, macam kisah kambing biri-biri yang terpecah dari kumpulannya maka senanglah serigala nak makan...( pandai2 la cari cerita tu )


- Sentiasa bermuhasabah.

* bila kita selalu chek list kita akan pastikan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama...pastu mesti berlapang dada...berfikiran terbuka...supaya senang dan mudah untuk kita lalui jalan dakwah yang kita nak bawa.


- Bermatlamat yang satu ( SEBAGAI AGEN PERUBAH DAN MENJULANG KEMBALI KEGEMILANGAN ISLAM.

* emmm...jika kita perhatikan orang yahudi mampu dan mereka terus cuba bangkit mencari jalan untuk mendapatkan kembali tanah dakwaan mereka kononnye...kita ummat ISLAM tidak mahukah untuk bangkit dan cari jalan untuk kembalikan semula kegemilangan ISLAM DAN KEMBALIKAN SEMUAL KHILAFAH UTHMANIYYAH yang menjadi batu loncatan tersebar ISLAM di seantero DUNIA.


Inilah antara yang aku dapat dari ape yang aku baca... ni baru separuh kitab tak semua lagi...nanti aku sambung balik laa...cerita ni...supaya kita sama-sama dapat hadam dan rasa sedar dalam diri untuk bangkitakan kegemilangan ISLAM...


Emm...jadi kita selaku UMMAT ISLAM semestinye lebih terkedepan dan lebih bersistematik.


Bersama-samalah kita membantu sahabat-sahabat, saudara seakidah kita di BUMI PALESTINE, walau hanya dari jauh...sekurang-kurangnye ade juga sumbangan dari kita...sahabat-sahabat boleh mendapatkan maklumat dan keadaan terkini di PALESTINE dengan melawati : http://www.minipavilion.blogspot.com, kalau dah malas sangat nak beli surat khabar...kalu kat mesir ni bahasa arab, kalu negara lain mybe guna bahasa ibunda disana..so...kat laman web ni dah diterjemahkan ke dalam bahasa melayu pun....jadi...kalau malas lagi tak taulaa....memang patut kita dapat gelaran ME-LAYU....tepuk dada tanya IMAN??
SALAM PERJUANGAN SALAM MUJAHADAH!!!

Monday, June 16, 2008

Thursday, June 12, 2008

MOU MUADALAH DI BATALKAN...

- SURAT PEMBATALAN MUADALAH -

Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat President Universiti al-Azhar pada 3 Mei 2008 bersamaan 27 Rabiul Akhir 1429 jelas menerangkan maksudnya.Pembatalan ini berkuatkuasa mulai 22 April 2008 yang melibatkan semua Institusi Pendidikan di Malaysia yang berasakan MOU atau Mu’adalah Shahadah. Ini bermakna, semua pelajar melalui Institusi berkaitan tidak lagi diterima masuk ke Universiti al-Azhar pada tahun ini. Penjelasan ini terkandung di dalam surat yang dikeluarkan oleh TYT Dato' Zainal Abidin Abd Kadir, Duta Besar Malaysia Kaherah.

Menurut sumber daripada akhbar tempatan menyatakan bahawa antara punca utama kerajaan membatalkan memorandum persefahaman (MoU) antara institusi pengajian tinggi tempatan dengan universiti tersohor di Mesir iaitu Universiti Al-Azhar, adalah kerana ianya tidak laku dan kurang mendapat perhatian di bawah sektor pekerjaan selain dari kursus Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT).

Antara kolej yang turut terlibat secara langsung menghantar pelajarnya menyambung pengajian di Al-Azhar selepas belajar di dalam negara dua atau tiga tahun termasuklah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kedah, dan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di Kelantan.

Sekian.

MERDEKAAA!!! exam dah habisss....natijah la plak..adehhhh!!!

Salam ukhwah salam mahabbah...

Assalamualaikum...buat teman-teman seperjuangan, dah lama tul tak menconteng aku nye blog ni...huhhu..emm...exam ma....

Emmm...kelmrin exam aku tamat...final sem...doa2kan laa aku moga2 dapat balik tahun ni...amin YA RABBB....sebut tentang exam dah habis...pasni natijah laa plak...pada semua sahabat..sekadar peringatan bersama, kita cuba perhatikan kalau time exam ni...solat jema'ah, ngaji quran, sedekah amal kebajikan...tak lekang...tapi bila dah habis exam...semua ntah kemana...ingatan laa untuk aku ni sekali, aku tak kata orang lain...sama je kita ni yg bezakan cuma iman dan taqwa...selaku seakidah kene sling ingat mengingati...ye tak!!!

Muhasabah, solat jema'ah, amal kebajikan....kalau leh biarla kita istimrar, tak dapat buat banyak kita buat sikit, janji berterusan...kadang-kadang yang sikit tapi berterusan tu lebih bermakna...solat hajat jangan tinggal...ni ayat yang sokmo kita dapat dari pemotivasi...maksudnye taqarrub ilallahh jangan nak tggu exam je...pastu lupa...ni lah manusia kan!!! Bila susah masyaAllah dia lah jadi tok wali..berzikir 24 jam....tepuk dada tanya diri???

Emm....macam2 time exam...pas exam lak lagi la macam2...mana tak nya...tunggu result lak...masa ni...tido makan....serba tak kena, nasib baik laa mandi gak kalau tak...huh...apo nak jadi jang oiitt!!!...kalah orang bercinta...

Emm...buat sahabat-sahabat yang baru...nantikan degupan jantung yang akan terhenti dengan tiba-tiba dik penangan natijah yang nak kuo...bukan mati ek!!! tapi perkara mati ni...kita tak tau..doa dan tawakkal jela...kita dah usaha...moga Allah permudahkan...

Ape lagi ek nak tuliss...aku pun takde idea ni..maklumlaaa kepala ni tak center mana lagi..hahaha....

Key lah ade masa aku tulis lagi...tapi bukan nak cerita hal aku...kita tengok perkembangan semasa lak...

.....innallaha ma'assaobirin....

" bersabarla....allah bersama insan-insan yang sabar ...."