Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Photobucket

Monday, December 31, 2007

COUPLE???

Budaya "couple" sememangnya merupakan antara corak hidup kebanyakkan remaja masa kini. Ianya menjadi identiti alaf kemodenan acuan Barat yang dicemari oleh nilai-nilai Sekularisme dan Hedonisme. Terlebih dahulu, hendaklah diketahui bahawa, cinta sememangnya naluri setiap insan. Cinta lawan jenis (antara lelaki dan perempuan) sememangnya merupakan suatu fitrah manusia. Maka, dapatlah difahami bahawa, budaya "couple" ini sememangnya natijah daripada sahutan terhadap naluri fitrah manusia yang bersifat saling cinta-mencintai.

Oleh yang demikian, Islam meletakkan landasan-landasan murni dalam memelihara fitrah tersebut dengan institusi perkahwinan. Oleh yang demikian, "couple" itu sebenarnya, jika merujuk kepada cinta antara seseorang lelaki dengan seseorang perempuan, maka ianya bersifat fitrah. Cuma, ianya perlu diikat dengan perkahwinan. Namun, fenomena "couple" dalam istilah khususnya, iaitu percintaan antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan syar'ie (seperti perkahwinan atau pertunangan) perlulah sewajarnya dinilai dari sudut faktor-faktor yang mempengaruhi kewujudannya terlebih dahulu, sebelum menilainya dari neraca Islam kerana memahami realiti adalah satu juzuk dari keseibangan simpulan hukum menurut ulama' usul fiqh.

Antara faktor-faktor wujudnya fenomena "couple" adalah:

1) Fitrah Insani
2) Pengaruh Media yang Membawa Nilai Hidup Barat
3) Peningkatan dan Perkembangan Sistem Pendidikan dan Kemasyarakatan Para remaja, disamping sibuk dalam bidang pendidikan, turut disibukkan dengan hiburan melalui media.

Antara bentuk hiburan yang menjadi kegemaran mereka adalah hiburan yang membawa mesej percintaan, sesuai dengan fitrah mereka. Oleh yang demikian, media-media hiburan sebenarnyalah antara yang paling bertanggungjawab dalam merangsangkan lagi keinginan untuk bercinta di dalam diri para remaja. Setelah berlakunya gelora yang kuat untuk mencintai dan dicintai, mereka mendapati Islam memberi jalan penyelesaiannya iaitu, dengan perkahwinan.

Namun, kebanyakkan remaja yang berkeinginan kuat dalam mencari tempat mencurah dan mengemis kasih, tidak mampu untuk berkahwin kerana halangan-halangan tertentu, seperti masih lagi di bangku pengajian, tidak mempunyai kewangan yang cukup dan sebagainya yang merupakan natijah dari perkembangan bidang pendidikan dan kemasyarakatan di era moden ini. Kalau di zaman umat Islam terdahulu, di samping tiada rangsangan dari media hiburan yang menjurus ke arah tersebut, tiada juga suatu bentuk sistem pendidikan dan kemasyarakatan yang begitu kompleks dan "protokolis" seperti zaman ini.

Dahulu, anak muda mudi Islam berkahwin dalam usia yang muda apabila mereka (pada ketika itu) sudah mempunyai keinginan untuk "mencintai dan dicintai", di samping perbelanjaan untuk perkahwinan tidaklah terlalu tinggi. Di zaman moden ini, anak-anak muda seolah-olah seperti terikat dengan suatu mentaliti dualisme antara "cinta" atau "cita-cita". Budaya perkahwinan di alam pengajian tinggi juga tidak diberi galakan sewajarnya oleh masyarakat Islam moden, memaksa para muda-mudi yang terbelenggu dengan rangsangan mencari cinta yang semakin meningkat saban hari (hasil dari rangsangan media hiburan dan media massa yang menggalakkan budaya bercinta) dan halangan perkahwinan kerana masih belajar dan tidak berkewangan yang cukup untuk berkahwin kerana kos perkahwinan yang tinggi, mencari alternatif lain dalam memenuhi fitrah cinta mereka, dengan bentuk yang berbeza. Alternatif tersebut itulah yang dikenali dengan "couple", natijah dari tiga faktor utama tersebut.

Kebanyakkan para ulama' muta'akhirin (terkini) seperti Dr. Ali Jum'ah (Mufti Mesir), Dr. Yusuf Al-Qaradhawi (Mufti Qatar), Dr. Muhammad Ramadhan Al-Buti (ulama' besar Syria) dan sebagainya yang memahami realiti tersebut memberi pandangan yang amat sederhana dalam masalah "couple" ini. Menurut mereka, "bercinta" itu sendiri tidak salah. Cuma, perlulah dibatasi dengan syariat Islam, dan seboleh-bolehnya berkahwinlah jika sudah ada yang dicintai dan mencintai, kerana itu yang lebih baik.

Para ulama' tersebut amat memberi galakan kepada muda-mudi untuk berkahwin di alam pengajian tinggi, sebagai penyelesaian utama bagi masalah "couple" ini, dan menyarankan agar masyarakat Islam memberi galakan dan bantuan kepada para penuntut Islam berkahwin sewaktu muda, jika sekiranya mampu membahagikan masa. Dr. Muhammad Ramadhan Al-Buti sendiri berkahwin pada umur 18 tahun, namun mampu mencapai kecemerlangan yang amat memberangsangkan dalam bidang akedemik dan pembelajaran. Begitu juga dengan Dr. Al-Qaradhawi yang berkahwin sewaktu berada di tahun 2 peringkat Ijazah Sarjana Muda sewaktu di Al-Azhar, bahkan menjadi mahasiswa Al-Azhar paling cemerlang di masa beliau. Beliau bahkan berkata: "kalaulah sebelum ini, saya mengetahui kebaikan dalam perkahwinan seperti yang saya ketahui kini (setelah berkahwin), nescaya saya akan berkahwin sejak dari tahun 1 lagi".

Jadi, bagi mereka, penyelesaian utama untuk menjaga anak-anak muda dari terjebak ke kencah maksiat adalah dengan perkahwinan di usia yang awal. Jika terdapat halangan-halangan lain, yang menghalang anak-anak muda berkahwin awal, seperti tiada kewangan, tidak mampu membahagikan masa dalam pengajian dan sebagainya, maka langkah yang kedua ialah dengan pertungangan (Al-Khitbah).

Pertunangan dalam Islam sebenarnya amat mudah, iaitu, cukup dengan pengetahuan ahli keluarga kedua-dua pihak samada lelaki atau perempuan, dan persetujuan kedua-duanya yang sudah saling mengenali antara ahli keluarga lelaki dan ahli keluarga perempuan tersebut. Sudah cukup dengan persetujuan antara kedua-dua pihak (lelaki dan perempuan) dan pengetahuan dan persetujuan antara ahli keluarga kedua-dua pihak untuk dianggap sebagai pertunangan dalam Islam.

Pertunangan, walaupun belum lagi suatu landasan sempurna dalam memelihara hubungan cinta sesama lelaki dan perempuan, tetapi sekurang-kurangnya mengurangkan kemungkinan timbulnya fitnah dari kalangan masyarakat, risikan pihak ketiga terhadap perempuan tersebut dan sebagainya. Dalam tempoh tersebut juga, perlulah menjaga batas-batas syariat antara seseorang dengan bukan mahramnya. Jika pertunangan juga belum lagi mampu dilakukan, namun tetap timbulnya percintaan sesama lelaki dan perempuan, maka ianya juga perlulah dibatasi dengan batas-batas syariat, seperti tidak boleh berdua-duaan di tempat yang sunyi, seperti di kawasan-kawasan terpencil, di dalam kereta dan sebagainya, bagi mengelakkan timbulnya fitnah. Dr. Al-Qaradhawi dan Sheikh Atiyyah As-Saqqar lebih cenderung untuk tidak menggalakkan percintaan sebelum ada ikatan tidak syar'ie (seperti perkahwinan dan pertunangan), kerana ianya membawa kepada banyak perkara negatif berbanding perkara positif. Bahkan, Dr. Al-Qaradhawi menegaskan juga bahawa, percintaan sebelum perkahwinan tidak selalunya berakhir dengan kesudahan yang mengambirakan (perkahwinan), bahkan selalunya berakhir dengan penyesalan dan perpisahan.

Kesimpulannya, "couple" itu sendiri tidak ada hukum yang khusus, kerana ianya merupakan suatu yang abstrak. Kalaulah ianya merujuk kepada cinta, maka ianya mubah (dibolehkan) kerana sememangnya fitrah manusia, tetapi perlulah diikat dengan ikatan murni syariat Islam iaitu perkahwinan atau pertunangan. Dalam tempoh pertunangan juga, pasangan perlulah menjaga hubungan mereka dengan batasan-batasan syari'at seperti, tidak berkhalwat (bersunyi-sunyian atau berdua-duaan di tempat sunyi), tidak bercakap dengan perkara-perkara yang tidak syar'ie dan membawa kepada syahwat, tidak melakukan perkara-perkara maksiat dan mungkar dan sebagainya.

Adapun budaya "couple", percintaan tanpa ikatan syar'ie, walaupun ianya tidak digalakkan, namun jika sememangnya sudah terjebak dengan amalan tersebut, dari dorongan fitrah yang murni, maka jagalah batas-batas syari'at yang disebutkan sebelum ini, di samping bersegeralah dalam mengikatnya dengan ikatan-ikatan syar'ie supaya dapat mengelakkan banyak masalah lain dan menghindarkan dari terjerumus dalam lembah maksiat. Jika seseorang masih belum lagi terjebak dengan amalan "couple" ini, maka cubalah sedaya-upaya untuk tidak terjebak di dalamnya. Apabila sudah bertemu dengan idaman hati, maka bersegeralah dalam membina ikatan syariat (perkahwinan).

Jika masih belum berkemampuan untuk mendirikan rumah tangga, maka hindarilah dari memikirkan persoalan-persoalan tentang cinta tersebut, dengan menyibukkan diri dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran, sosial dan sebagainya.

Alfaqir sekadar menaqalkan sahaja perbahasan-perbahasan ini dari para ulama' untuk kemanfaatan umum mengenai permasalahan ini. Semoga Allah s.w.t. menerima kita sebagai kekasih-Nya seterusnya mencampakkan nur kasih-Nya di dalam hati kita dan seterusnya menjadikan hanya cinta-Nyalah harapan kita. Amin...

EMMM...PAPER TAKHALLUF DAH LEPAS..PAPER MENANTI CAMNER LAK???

Alhamdulillah bersua lagi sahabat-sahabat, arini aku exam takhalluf ( repeat paper laa...), madah killer FALSAFAH YUNANi..fuyyo....memang pada asalnye cam nak pecah mental gak baca, maklum laa aku baru je start semula baca ari jumaat, itupun...sebab aku demam tak bangun masuk air lagi tahun ni...emmm...nasiblaa misi spital tu tak kenal aku...wakakaka..lucu lak bila pkio...
Emmm..berbalik hal exam aku arini... ade 3 soklan besar 8 soklan kecik...emm..tengok2 sekali lalu..alhamdulillah a'la kullihal doa2kan saja..teringat lak ayat adik seangakatan ngan aku kata...doa2kan saja..insyaAllah nak kompiden sangat pun takut gak...ape2 pun...alhamdulillah,
tapi yang peningnye sekali lagi akupecah reakod dok dalam dewan 1 jam setangah je..masa 3 jam...ape da...dari aku terus merapu jawab baik aku kua, kira tamam la kot walaupun tak penuh mana...anyway BISMILLAHITAWAKKAL TU A'LAALLAH...AMINNNN....
Balik dari exam lepak jap, malam aku ade discuss ngan adik2 4 hadith madah tauhid, tolong jela mana-mana yang patut, keylah nanti kau citer hal falasfah yunani..keyh aku nak baca buku falsafah eropah...best sangat..keyh salam...mujahadah memburu MUMTAZ

Saturday, December 29, 2007

Sunday, December 23, 2007

YA ALLAH JIKA DIA TERCIPTA UNTUKKU...

RAHMAT UJIAN PASTI ADA HIKMAHNYA

PIAGAM MADINAH...

Piagam Madinah telah digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia Islam.
Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal. 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin, manakala 24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi. Selain piagam Madinah, ia juga dikenali dengan pelbagai nama saperti perjanjian Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah.
Selain itu piagam Madinah juga boleh dikaitkan dengan perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentuk peraturan-peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi membentuk sebuah negara Islam tulen yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa atau kaum.
Perangkaan Piagam Madinah
Rasulullah s.a.w. dalam merangka piagam Madinah, beliau telah mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu. Terdapat tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah dalam membentuk piagam Madinah.
Langkah pertama
Dilakukan oleh Rasulullah dengan mendirikan sebuah masjid sebagai tempat orang Islam beribadat dan tempat Rasulullah menyampaikan ajaran Islam serta tempat pentadbiran Rasulullah.
Langkah kedua
Mengikat tali persaudaraan antara kaun Ansar dan Muhajirin, bagi mewujudkan persefahaman dan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar.
Langkah ketiga
Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah dari ancaman luar.
Berdasarkan langkah-langkah tersebut maka lahirlah satu perjanjian yang dikenali sebagai piagam Madinah.
Perkara utama yang terkandung dalam Piagam Madinah adalah:
Nabi Muhammad s.a.w. adalah ketua negara untuk semua penduduk Madinah dan segala pertelingkaran hendaklah merujuk kepada baginda.
Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasad dengki sesama sendiri, sebaliknya mereka hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa Madinah.
Semua penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat upacara keagamaan masing-masing.
Semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam masalah ekonomi dan mempertahankan Kota Madinah dari serangan oleh musuh-musuh dari luar Madinah. Keselamat orang Yahudi adalah terjamin selagi mereka taat kepada perjanjian yang tercatat dalam piagam tersebut,
Tujuan Piagam Madinah
Menghadapi masyarakat majmuk Madinah Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk.
Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan
Mewujudkan keamanan di Madinah Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk setempat.
Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin Membentuk Kesatuan Politik dalam mempertahankan Madinah
Merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutama Yahudi. Memberi peruntukan pampasan kepada kaum Muhajirin yang kehilangan harta benda dan keluarga di Mekah.
Prinsip Piagam Madinah
Al-Quran dan Sunnah adalah sumber hukum negara.
Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah
Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan negara
Dasar hubungan baik dan saling bantu-membantu antara semua warganegara
Tanggungjawab individu dan negara pemerintah dalam menegakkan keadilan sosial.
Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukuman Qisas dan sebagainya telah dicatatkan Kebebasan beragama Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian.
Kandungan Piagam Madinah
Fasal 1
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Penyayang : Inilah kitab (Piagam Bertulis) dari Nabi Muhammad, pesuruh Allah bagi orang-orang yang beriman dan orang-orang yang memeluk Islam dari Quraisy dengan penduduk Yathrib dan orang-orang yang bersama mereka lali masuk ke dalam golongan mereka dan berjuang bersama-sama mereka.
Fasal 2
Bahawa mereka adalah satu umat (bangsa) berbeza dari manusia-manusia lain.
Fasal 3
Golongan Muhajirin dari Quraisy tetaplah di atas pegangan lama mereka : mereka saling tanggung-menanggung membayar dan menerima diyat (wang tebusan) di antara sesama mereka dalam mana mereka menebus sesiapa yang tertawan dengan cara berkebajikan dan adil di
kalangan orang-orang beriman.
Fasal 4
Bani Auf (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka dalam mana mereka bersama-sama tanggung-menanggung membayar serta menerima wang tebusan seperti dulu; dan setiap taifah (golongan) tetaplah menebus sesiapa yang tertawan dari kalangan mereka sendiri dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
Fasal 5
Bani al-Harith (dari Yathrib – Madinah) bin al-Khazraj tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dulu, dan tia-tiap puak dari (Suku Khazraj) hendaklah membayar wang tebusandarah mereka sendiri dengan adil dan berkebajikan di kalangan orang-orang yang beriman.
Fasal 6
Bani Saidah (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
Fasal 7
Bani Jusyam (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
Fasal 8
Banu al-Najjar (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
Fasal 9
Bani Amru bin Auf tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
Fasal 10
Bani al-Nabiet (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
Fasal 11
Bani Aus (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
Fasal 12
Bahawa orang-orang yang beriman tidaklah boleh membiarkan sebarang masalah di antara mereka sendiri bahkan mestilah sama-sama bertanggungjawab memberi sumbangan, dengan berkebajikan untuk menbayar wang tebusan darah dengan adil.
Fasal 12-b
Hendaklah seseorang yang beriman itu tidak membuat apa-apa perjanjian dengan orang yang di bawah kawalan seseorang yang beriman yang lain dengan tidak mendapat persetujuan terlebih dahulu.
Fasal 13
Bahawa orang-orang beriman lagi bertaqwa hendaklah menentang sesiapa yang membuat kesalahan, melanggar kesusilaan, melakukan kezaliman atau dosa atau perseteruan atau kerosakan di kalangan orang-orang beriman, dan mereka hendaklah bersatu bersama-sama menentang orang tersebut walaupun jika orang itu anak kepada salah seorang dari mereka.
Fasal 14
Tidak sayugianya seseorang mukmin itu membunuh seorang mukmin lain kerana seorang kafir, tidak sayugianya ia menolong mana-mana kafir terhadap seseorang mukmin.
Fasal 15
Bahawa jaminan Allah itu adalah satu dan sama; ia melindungi nasib orang yang lemah dari perbuatan mereka; dan bahawa orang-orang Mukmin hendaklah salinh menjamin sesama sendiri terhadap (gangguan) orang lain.
Fasal 16
Bahawa orang-orang Yahudi yang menyertai kita hendaklah mendapatkan pertolongan dan pimpinan dengan tidak menzalimi dan tidak boleh ada pakatan tidak baik terhadap mereka.
Fasal 17
Bahawa perdamaian orang-orang mukmin itu adalah satu dan sama, oleh itu tidak boleh dibuat perjanjian dengan mana-mana orang mukmin tanpa diturut serta oleh mukmin yang lain dalam sesuatu perang pada jalan Allah, melainkan dengan dasar persamaan dan keadilan di kalangan mereka.
Fasal 18
Bahawa setiap serangan kita hendaklah dikira sebagai serangan terhadap semua, oleh itu hendaklah disilihgantikan tenaga menentangnya.
Fasal 19
Bahawa orang mukmin hendaklah saling membela sesama mereka atas setiap darah yang tumpah pada jalan Allah.
Fasal 20
Bahawa orang-orang mukmin lagi bertaqwa hendaklah teguh di atas sebaik-baik petunjuk dan seteguh-teguhnya.
Fasal 20-b
Nahawa tidak boleh mana-mana orang musyrik melindungi harta orang-orang Quraisy dan tidak juga nyawa mereka dan tidak boleh menghalang orang mukmin (akan haknya)
Fasal 21
Barangsiapa membunuh dengan sewenang-wenangnya akan seorang mukmin dengan tidak ada bukti yang cukup hendaklah dihukum bunuh balas kecuali dipersetuji oleh wali yang kena bunuh menerima ganti darah. Semua orang mukmin hendaklah bersatu suara mengutuk perbuatan itu, bahkan tidak harus bagi mereka menegakkan terhadapnya.
Fasal 22
Bahawa tidak harus bagi mana-mana orang mukmin yang mengakui isi kandungan Piagam ini, dan percaya Allah dan Hari Kemudian, menolong mana-mana orang yang mencabul ataupun melindungi orang itu. Barangsiapa menolong orang itu maka keatasnya laknat Allah dan kemurkaanNya pada hari Kiamat kelak, dan tidak akan diterima darinya sebarang tebusan dan tidak juga sebarang taubat.
Fasal 23
Berbalah walau bagaimanapun kamu dalam sesuatu perkara hendaklah merujukkan perkara itu kepada Allah dan Nabi Muhammad.
Fasal 24
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah turut serta membelanja sama-sama dengan orang-orang mukmin selama mana mereka itu berperang
Fasal 25
Bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu ummah bersama orang-orang mukmin, mereka bebas dengan agama mereka sendiri (Yahudi) dan orang Islam dengan agama mereka (Islam), begitu juga orang-orang yang sekutu mereka dan begitu juga diri mereka sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan dirinya dan keluarganya sendiri
Fasal 26
Yahudi Bani al-Najjar (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
Fasal 27
Yahudi Bani al-Harith (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
Fasal 28
Yahudi Bani al-Saidah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
Fasal 29
Yahudi Bani Jusyaim (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
Fasal 30
Yahudi Bani al-Aus (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
Fasal 31
Yahudi Bani Tha’alabah (diperlakukan sama dengan Yahudi Bani Auf, kecuali orang-orang zalim dan orang yang berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan diri dan keluarganya sendiri.
Fasal 32
Bahawa suku Jafnah yang bertalian keturunan dengan Yahudi Tha’alabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu (Bani Tha’alabah)
Fasal 33
Bani Shutaibah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf, dan sikap yang baik hendaklah membendung segala kejahatan.
Fasal 34
Bahawa orang-orang yang bersekutu dengan Yahudi Bani Tha’alabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu.
Fasal 35
Bahawa para pegawai kepada orang-orang Yahudi (diperlakukan) sama dengan orang-orang Yahudi itu sendiri.
Fasal 36
Tiada seorang pun yang menyertai Piagam ini boleh menarik diri keluar dari pakatan mereka melainkan dengan persetujuan dari (Nabi) Muhammad.
Fasal 36-b
Tidak boleh disekat dari membuat kelukaan yang dilakukan oleh mana-mana orang ke atas dirinya, barang siapa membuat kejahatan maka balasannya adalah dirinya dan keluarganya kecuali orang yang dizalimi dan bahawa Allah akan melindungi orang yang menghormati piagam ini.
Fasal 37
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah menbiayai negara seperti mana orang-orang mukmin juga hendaklah membiayai negara; dan hendaklah mereka sama0sama tolong-menolong menentang sesiapa jua yang memerangi orang-orang yang menganggotai Piagam ini; dan hendaklah mereka saling nasihat-menasihati, sama-sama membuat kebajikan terhadap perbuatan dosa.
Fasal 37-b
Mana-mana orang tidaklah boleh dianggap bersalah kerana kesalahan yang dilakukan oleh sekutunya; dan pertolongan hendaklah diberi kepada orang yang dizalimi.
Fasal 38
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah memikul biayaan bersama-sama orang mukmin selama mana mereka berada dalam keadaan perang
Fasal 39
Bahawa Kota Yathrib adalah terpelihara sempadannya tidak boleh dicerobohi oleh mana-mana pihak yang menganggotai piagam ini
Fasal 40
Bahawa jiran tetangga hendaklah diperlaku sebagai diri sendiri, tidak boleh dilakukan terhadapnya sebarang bahaya dan dosa.
Fasal 41
Tidak boleh dihampiri sebarang kehormatan (wanita) melainkan dengan izin keluarganya sendiri.
Fasal 42
Bahawa apa juga kemungkaran (bunuh) atau apa juga pertengkaran di antara sesama peserta piagam ini sekira-kira dikhuatiri membawa bencana maka hendaklah dirujukkan kepada hukum Allah dan kepada penyelesaian oleh Muhammad pesuruh Allah, Allah menyaksikan kebaikan isi kandungan piagam ini dan merestuinya
Fasal 43
Bahawa tidaklah boleh diberi bantuan perlindungan kepada Quraisy (musuh), begitu juga tidak boleh diberi perlindungan kepada orang-orang yang membantunya.
Fasal 44
Bahawa hendaklah bantu-membantu mempertahankan kota Yathrib daripada mana-mana pihak yang mencerobohnya.
Fasal 45
Apabila mereka diajak untuk berdamai atau untuk masuk campur dalam satu-satu perdamaian maka hendaklah mereka bersedia berdamai atau masuk campur ke dalam perdamaian itu; dan bila mana mereka diajak berbuat demikian maka orang-orang mukmin hendaklah merestuinya kecuali terhadap orang-orang yang memerangi agama (Islam).
Fasal 46
Bahawa orang-orang Yahudi Aus sendiri dan begitu juga orang-orang yang bersekutu dengan mereka hendaklah memikul kewajipan sama seperti mana pihak-pihak yang lain yang menganggotai ini demi kebaikan mereka semata-mata (perdamaian) dari anggota-anggota piagam ini. Dan mereka hendaklah berbuat kebajikan dengan tidak melakukan dosa kerana barang siapa yang berbuat sesuatu maka dialah yang menanggungnya sendiri. Dan Allah menyaksi akan kebenaran isi kandungan Piagam ini dan merestuinya.
Fasal 47
Bahawa piagam ini tidak boleh dipakai bagi melindungi orang-orang zalim dan yang bersalah; dan bahawa –mulai dari saat ini barang siapa berpergiaan dari kota Madinah atau menetap di dalamnya adalah terjamin keselamatannya kecuali orang-orang yang zalim atau bersalah. Dan bahawa Allah merestui setiap orang yang membuat kebajikan dan bertakwa dan bahawa Muhammad hendaklah diakui Pesuruh Allah.

SEGENGGAM TABAH...

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak air mata
Namun tak pernah
Pun setitis
Gugur berderai di pipi


Tidak di tempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora


Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya...
Tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah di pertahankan
Buat bekalan diperjalanan
Kau ubat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
( cari penawar derita )
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum dibibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air dihulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

Saturday, December 22, 2007

PENGAJIAN SEBAGAI PENGHALANG UNTUK MENGELAK DARI TERUSKAN "JALINAN" : SEJAUH MANA KEBENARANNYA

PENGAJIAN SEBAGAI PENGHALANG UNTUK MENGELAK DARI TERUSKAN "JALINAN" : SEJAUH MANA KEBENARANNYA???

Aku berbincang dengan sahabat-sahabat ku, pro dan kontranye tentang persoalan yang timbul...pening gak..tapi kebanyakan yang aku dapat secara konklusinye..ramai tak setuju mereka nyatakn itu bukan alasan yang kukuh...tapi mencipta alasan untuk mengelak..ape sebab aku pun tak tau mereka berpendapat demikian, rata-rata mengatakan macam tu...so jom kita bincang...

Takdim atau tanda atau cop..."aku punya" merupakan perkara yang tak asing lagi dikalangan kita..tak kira yang belum, tengah, sudah belajo...masalah yang timbul di waktu study...( belajo la tu..) bukan nak menghujum kaum adam tapi kita timbang-timbang...pernah tak sahabat pikio takdim di waktu belajar lebih tinggi risikonye...pernah terfikir tak? tapi kita buat sebaliknya...hakikat masing-masing ade alasan...bila di tanya..takut orang kebas...emm...teringat sahabat aku pernah cakap : "kalau kita yakin dia hak kita, jodoh kita, simpan dalam hati je...doa...insyaAllah..." atas alasan takut bila di luah mendatangkan mudharat yang lebih besau...lain pula dengan yang berpendapat..nak luah gak...kene usaha istilahnye...maka terluahlaa...bermula detik itu terbina satu ikatan yang bermatlamatkan satu...

So...nak citer tentang takdim waktu study...( luah ape yang terbuku pada si dia yang kita tujuannya nak dia sebagai pasangan hidup kita ) rata-rata yang aku lihat...mereka kata..pengajian bukan alasan untuk takdim dan "break". Sebab bila dah takdim maksudnye dah fikir habis risiko yang bakal tiba..dari segenap aspek...tak kira dari sudut impian, kuarga, masyarakat juga tanggungjawab yang menjadi lebih besar...lain pulak dengan kisah yang terjadi...dia di takdim waktu study sama-sama ngaji laa...pastu nak jadi cerita pentakdim balik mesia...bila ditanya...tentang kelangsungan jalinan yang dah terbina..di jawab "sebenarnya ana rasa kita kawan jelaa...doa banyak2, ana nak teruskan pengajian ana, sebab ana nak buru cita2 ana, impian ana, harapan kuarga masyarakat pada ana...ana rasa berat ape yang ana pikul...kita doa je...moga kita dijodohkan, than..ana tak paksa enti tunggu ana, ikut cara ana...kalau ade yang masuk...enti nak terima..terpulang, tapi kita doa laa...cuma jangan mengharap pada ana..."

Ishk...ishk..ishk...pelik ye..di takdim waktu study...tak pikir ke??pastu baru terpikir...secara peribadi aku tak setuju dengan alasan tu...bukan ape...pada aku bila seseorang ade PLANN sebelum takdim tak jadi masalah..tapi bila rancang sesuka hati tu yang jadi masalah...sebagai seorang yang dikatakan "arrijal qawwamu alannisa' " sepatutnya...telah rancang segalanye..kita merancang allah tentukan...bukan pasrah.."KITA DOA JE...moga kita dijodohkan" kalau doa je usaha takde tak guna..tambah masalah bila takdim anak orang atau ditakdim kuarga tak tau...fuyyo !! ni akan timbul masalah lagi besau...

Si akhawat pun bertanya " us, ana nak tanya ape plann us pasni? memandangkan us nak sambung ngaji lagi nak buru impian...ana kalau bleh nak tau laa...guard line or date line ke...nak tunggu ana tunggu, tak pun kita ikat, ana pun ade cite-cite ana...impian ana, harapan kuarga, ade plann sendiri..." macam kelakar bila si pempuan yang tanya, pada aku dia dah jatuhkan maruah dia, diri dia..sedangkan yang lelaki mentakdim...langsung cam takde rasa bersalah tambah masalah bila di jawab " ana sebenarnya...nak tumpu cita2, bukan nak mungkir janji...tapi enti kene paham ana, tanggungjawab ana besau, bende lebih besau ana pikir...kita kawan jela.." cuba kita renung...pada aku tak jadi masalah kalau terus terang je..perempuan dia lebih senang berterus terang...tapi selalunya berdolak dalik yang di jumpa...sebab nak elak...

Bila memikirkan masalah masa depan ni, berlaku waktu study kadang-kadang kene letak satu TANDA yang boleh kita nampak hala tuju kita,walaupun hakikat tak yah pikir buang masa melambatkan keje kejar cita-cita (kata kawan aku laa...) contoh bagi yang takdim " aku ni dah takdim anak orang, mak aku tak tau...tapi aku nak ngaji lagi, dah laa tak keje lagi..macam mana ek?" yang di takdim.."aku ni dah kene takdim...tengah study, tak keje lagi, dia pun tak keje lagi...aku pun nak ngaji lagi, emm...mak abah dah tau..kuarga dia tak tau...aduss..."

Pada aku wajar bagi si pentakdim dan yang kene takdim ni citer plann masing-masing, lebih kurang bincang laa...baru nampak..hala tuju sebenar sebuah jalinan..tapi kalau sorang je yang plann itu namanya pentingkan diri sendiri plak, belah pempuan aku rasa biasanya diorang ikut je plann lelaki, tapi lelaki tak ramai yang camtu..kebiasaan yang aku lihat bila timbul masalah ni..jalan kuar yang dipilih...'break off' walaupun guna istilah "harap kita jadi kawan sampai bila-bila...tapi kita doalaa..." gelak sendiri bila aku dengar alasan dan jalanan hidup orang camni, macam takde pendirian...betul masing-masing mungkin ade masalah tapi...bila camni jadi tak bertanggungjawab la...ingat bukan kita sorang ade masalah dan..timbul soklan " saya ade masalah awak tau ape, cakap senang laa..saya tanggung "...hakikat memang camtu..tapi sebagai yang ngaji agama "kita guna ilmu yang kita ada untuk ukur" ( kata kawan aku lagi )

Sahabat-sahabat...pada aku, kita kene ade empat bende penting dalam nak menyelusuri perjalanan hidup ni, DUIT..Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakkal...doakan pada allah dia hak kita, disamping kita usaha dapatkannye, ikhtiar camner nak dapatkan..dan last sekali baru tawakkal..itu namanye perancangan walaupun kita tau JODOH AJAL MAUT DI TANGAN TUHAN...yang penting kita usaha dulu..macam nak kejar impian gak...doa semata duk atas tikar sejadah je tak guna...gak..tak kiralah dalam urusan nak cari ape sekali pun DUIT kene ade...bukan kita lari dari masalah yang kita cipta sendiri sebenarnya...

Jadi sebelum laksanakan sesuatu agenda dalam kehidupan mesti ade breafing or on paper..PLANN laa...dah plann..usaha baru doa dan tawakkal serah segalanya pada allah...bukan doa dan tawakkal semata...

"PENGAJIAN NOMBOR SATU, PIKIR KAWIN OR MASA DEPAN BUKAN NOMBOR DUA"..camne ek..aula yang lebih aula...kalau dah berani main api kene tau cara nak padam..dah berani amik risiko kene berani tanggung risiko..berani cari masalah kene berani hadapi bukan lari..tak selesai..yang penting bertolak ansur dalam kehidupan, memahami walaupun dia bukan milik kita...sebab kita bersahabat pun kita kene paham sahabat kita, bukan bagi alasan " ana bukan tak cuba paham tapi belum masanya ana nak paham..lagipun kita bukan ade ikatan ape-ape" sedar atau tidak kita dah guris hati..yang pada asal kita cari dia...dia tak minta..pastu kita tinggal je...TAHNIAH YANG BERTINDAK CAM NI...insyaAllah ade balasan yang setimpal..pikirkan kalau terjadi pada adik beradik kita or kuarga la senang cakap...

Bagi yang terkena..camni..bersabarlaa..Allah Maha Adil, setiap yang terjadi ade hikmahnya..jangan mudah melatah dengan ape yang terjadi, ALLAH SAYANGKAN HAMBANYA sebab tu allah uji...InsyaAllah dah cuba selesaikan tapi itu yang di pilih kene terima hakikat..dan letak dalam diri SETIAP MANUSIA ADE LEBIH ADE KURANGNYA...maafkan dirinya, ingat satu hari nanti dia akan turut rasa ape yang kita rasa...sama je baik lelaki mahupun perempuan...yang penting CINTAI LAH ORANG YANG MENYAYANGI DAN CINTAI KITA...pasti ade cintaNya untuk kita..doakan kebahagiaan...moga dipermudahkan...jalan hidupnnya...

Nanti aku sambung balik..nak baca buku aku exam 30 ni...so pada yang nak bagi pendapat silakan...di alu-alukan...email terus pun takpe.. (alfaqeerilallah@yahoo.com)

Monday, December 17, 2007

SEMANGAT PERJUANGAN HARMONI???

Malam ni aku..rasa rindu sangat kat mak aku, hujan lebat tak dapat dah nak tahan...nape ntah aku jadi futur plak...wase nak balik malaysia. Aku buntu sangat-sangat...mybe sebab nak exam. YA ALLAH !! Aku mohon berilah aku kekuatan...untuk hadapi ujian ini.

Mak Abah...adik..along windu sangat, malam ni along rasa sunyi je...windu sangat kat kampung, nak jumpa mak abah adik-adik...

Dalam 2 Minggu lagi aku exam...30 aribulan ni aku takhalluf ( repeat paper ) falsafah yunani, dh dekat 3 minggu aku tak dapat kol mak aku, ni agaknye aku jadi sasau ni...ntah rasa sunyi plak. Nak kontek tak dapat, letrik terputus bateri hp mak aku dh hbis sepajang banjir.biasanye memang hobi aku time exam bercakap or bercerita ngan mak aku...rasa ade satu semangat yang tak tau nak gambarkan camner bila bercakap ngan mak. Aku dapat rasa ade aura yang menjalar dalam diri aku...seronok tenang dan macam-macam lagilah...pas aku call mak. Kuasa Allah...Kasih seorang ibu...

Betul semangat ade pada diri, tapi semangat untuk memimpin semangat itu pun perlu...demi memastikan janaan aura yang berterusan...teringat kawan aku pernah kata " nadia...semangat tu ade dalam diri kita, kita kene cari...kalau tak sampai bila-bila kita takkan jumpa..." ye aku akui semangat itu ada dalam diri tapi...pada aku semangat dari yang lain pun membantu agar kita lebih kuat..kadang-kadang untuk kta hadapi sendirian sesuatu perkara adalah sukar... Sahabat-sahabat pembaca posting ni abagi komen skit!!! Ke camner?? Fikir-fikirkanlaa...

Emm....sedikit tenang bila hamburan airmata dah habis keluar..cam empangan paip pecah!! Dik kerana perkara yang terbuku didada, sekali sekala lepas...lega...dapat aku rasa...walaupun mungkin itu nampak kebudak-budakan, tapi sedar atau tidak dengan airmata mampu menjadikan kita seorang yang KUAT dan TABAH...ye ke? Aku sering dikatakan KEMEME sebab sering berjujuran airmata, tapi ketahuilah...dengan cara itu mampu buat aku rasa lega...tak perlu aku kuarkan dengan kata-kata...

Lain orang lain caranye...ye tak??

Saturday, December 15, 2007

HATI DIA??? hati saya...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Saya tinggalkan hati saya di sini
Agar selalu dekat dengan kamu

Saya tinggalkan hati saya dengan kamu
Biar semangat dan ingatan kita bersatu

Saya serahkan hati saya pada kamu
Biar kamu tahu yang saya kasihkan kamu
(Sepertimana saya mengasihi diri sendiri,malah mungkin lebih dari itu)

Saya mahu kamu miliki hati saya
Kerana saya yakin kamu mampu menghargainya
(Sama serupa dengan saya yang sebenarnya menghargai kamu,sebenar-benarnya)
Dan perkara wahidnya

Tulus doa saya kepada Pemilik Mutlak hati saya dan hati kamu:Allah Azza Wa Jalla,
Moga dia patri lekat hati kita
Moga dia suluh terang hati kita
Moga dia jaga pelihara hati kita
Dalam acuan,cahaya dan petunjukNya

Hati,saya tinggalkan buat kamu sejujur-jujurnya

(Kamu yang bernama Abah.
Kamu yang bernama Emak
Kamu yang bernama Kekanda
Kamu yang bernama Adinda

Paling istimewa:Kamu yang bernama Teman Seiman.

DEBARAN IMTIHAN...MAK ABAH DOAKAN ALONG!!!

Salam Pertemuan...dah lama aku tak ngadap KOM ni...and dah lama gak aku tak menconteng di "alam maya", aritu nak sambung baru ni aku dapat sambung...sibuk ngan kelas tambahan dan yang sama waktu dengannya..

Tadi aku tipon kampung, dail punya dail "nombor yang anda dail di luar kawasan...." , " this is the voice mail for number bla...bla..bla..." nak nanges gak ...(tapi memang HUJAN dah pun), aku tak tau la sejak akhir-akhir ni aku duk ingat kampung je...takde ape pun just nak dengar suara mak je, WINDUUUUUUUUUUU sangat...aiseyh!!! Cam nak hujan lagi... :(, apsal aku ni jadi minah leleh lah plak, betulla cakap mak aku, " along ni nampak je brutal tapi hati kristal???" bila pkio balik...memang pun...hehehehe...malu plak wase.

Emmm...tujuan sebenar aku tipon mak aku nak bagi jadual imtihan aku...alih-alih dapat mesej dari adik aku " kak, antar kat nombor adik, bateri diorang semua dah kong, kami kene jimat bateri, banjir makin teruk..rumah dah masuk air, mak demam abah kurang sihat...coz penat angkat barang...jangan call" berjujuran air mata aku baca mesej adik aku. Bukan sebab adik tak bagi aku call tapi aku sedih mak and abah aku tak sihat...nape ntah aku jadi tak tentu arah sejak akhir-akhir ni...sedih je, emosi nak exam kot...semangat aku makin lama makin lemah, nape ntah!!! Aku jadi bingung, "pana"...ape yang di fikir pun aku tak tau, mungkin sebab terlalu banyak maksiat agaknye...banyak dosa...ASTAGHFIRULLAH...moga keampunan buat ku...YA ALLAH AMPUNKAN DOSAKU DAN KEDUA IBU BAPAKU JUGA SAUDARA - SAUDARA ku serta muslimin dan muslimat seluruhnya, tidak lupa guru-guru juga sahabat-sahabat ku yang hidup mahupun yang telah mati....aminnn...Banjir semakin teruk?? Ya allah !!! Lindungilah kaum keluargaku serta umat muslimin dari bencana....MAK ABAH ALONG NAK BALIKK!!!!

Exam makin hampir pada perkiraan aku tinggal 3 minggu lebih skit...kelmarin amik jadual exam..terkesima jap tengok jadual..minggu pertama dan kedua ok lagi tengok minggu akhir exam direct 22 , 23 , 24 exam...tak selang walau sehari...dah laa ade madah yang aku takde buku, doktor tak kuarkan buku guna muhadharah je...PENING!!! Mungkin ade nusrah allah nak bagi...BITTAUFIQ WANNAJAH..aminnnnnnnnnnn...

JADUAL EXAM AKU ( 4 AKIDAH DAN FALSAFAH LILBANAT MANSURAH )

SABTU - 05 JANUARI 08 : USUL FEQH
SELASA - 08 JANUARI 08 : ISTISYRAQ WATTABSYIR ( ORENTALIS DAN KRISTIANISASI )
SABTU - 12 JANUARI 08 : MILAL WANNIHAL ( PERBANDINGAN AGAMA )
SELASA - 15 JANUARI 08 : FALSAFAH ILMI
SABTU - 19 JANUARI 08 : MANHAJ MUFASSIRIN
SELASA - 22 JANUARI 08 : FALSAFAH EROPAH
RABU - 23 JANUARI 08 : NUSUS FALSAFAH
KHAMIS - 24 JANUARI 08 : FALSAFAH MAGHRIB

*SEMUA MADAH MULA JAM 1.00 PETANG HINGGA 4.00 PETANG

Sebut tentang exam ni...jadi gelabah pegang semua buku tak kene, makan pun jadi tak tentu arah tapi masih gak rileks semacam je..STAREHHHH...Tak sedar agaknye...WOITT!!!! NAK BALIK TAK TAHUN NI...KE NAK DUK SINI LAGI????

YESS!!! YESSS!!! AKU AKAN PASTIKAN AKU MESTI NAJAH....balik berbakti pada kuarga, bangsa, AGAMA yang utama....

Takut plak bila pikio...dah nak abis dah aku ngaji MESIR, pejam celik hampir 6 tahun aku bermukim di BUMI ANBIYA', sayang nak tinggalkan...insyallah ade rezki aku pasti datang semula...mencari gali khazanah yang berbaki, yang masih belu aku gali...yang pasti tahun ni aku mesti pulang dengan "GADING EMAS" untuk aku hadiahkan pada kuargaku...moga IMPIANKU ini tercapai aminnnnnnnn...

Monday, December 3, 2007

DI AMBANG IMTIHAN...

Lama betul tak menjenguk blog aku ni...bukan malas, sibuk skit la ni ngan kelas "tutorial" dan juga kuliah, nak citer ape ye arini...jap gi dah nak gi kelas tutorial, arini subjek ISTISYRAQ...madah "feberet" aku..yang ngajar geng seangkatan tapi ikhwah laa...us faizul dia ni tahap tok guru...emmm dah azan aku nak gi solat balik kelas karang aku sambung balik citer...keyh!!!