Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Photobucket

Thursday, June 12, 2008

MOU MUADALAH DI BATALKAN...

- SURAT PEMBATALAN MUADALAH -

Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat President Universiti al-Azhar pada 3 Mei 2008 bersamaan 27 Rabiul Akhir 1429 jelas menerangkan maksudnya.Pembatalan ini berkuatkuasa mulai 22 April 2008 yang melibatkan semua Institusi Pendidikan di Malaysia yang berasakan MOU atau Mu’adalah Shahadah. Ini bermakna, semua pelajar melalui Institusi berkaitan tidak lagi diterima masuk ke Universiti al-Azhar pada tahun ini. Penjelasan ini terkandung di dalam surat yang dikeluarkan oleh TYT Dato' Zainal Abidin Abd Kadir, Duta Besar Malaysia Kaherah.

Menurut sumber daripada akhbar tempatan menyatakan bahawa antara punca utama kerajaan membatalkan memorandum persefahaman (MoU) antara institusi pengajian tinggi tempatan dengan universiti tersohor di Mesir iaitu Universiti Al-Azhar, adalah kerana ianya tidak laku dan kurang mendapat perhatian di bawah sektor pekerjaan selain dari kursus Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT).

Antara kolej yang turut terlibat secara langsung menghantar pelajarnya menyambung pengajian di Al-Azhar selepas belajar di dalam negara dua atau tiga tahun termasuklah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kedah, dan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di Kelantan.

Sekian.

No comments: