Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Photobucket

Saturday, December 10, 2011

ISLAM IS THE WAY OF LIFE...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...


Assalamualaikum WBT...
Cuti sekolah dah hampir sebulan, pejam celik, 2 tahun aku mengajar di SMATAF...akhirnya rasa seronok bergelar guru baru aku rasa, best juga rupanya, tapi cabaran cukup besar dengan suasana kerjanya...bagi aku perkara yang menjadi sukar kerana majoriti kakitangannya adalah guru-guru ku, jadi...paham-paham jelaa bila da bekerja jadi rakan sejawat guru-guru sendiri.

Emm...aku bukan nak citer tentang cikgu-cikgu aku sebenarnya, aku nak citer tentang suatu kes yang memang buat aku bingung memikirkannya, KES JATUH CINTA dengan BUKAN SEAGAMA....aduyai...memang cukup memeningkan.

Kes ni jadi pada saudara aku sendiri, siap tanya pendapat aku lagi...aku punya pendapat aku bagi pro dan kontra...dia kata nak bawa orang masuk ISlam pahala sangat besar...itu aku tak nafikannya, memang pahala sangat besar...aku sangat setuju dengan hasrat murninya...namun kontra nya aku kerana bila memikirkan, gerakan kritianisasi di zaman la ni makin menjadi-jadi, golongan kristian berusaha keras untuk mengkristiankan umat Islam. aku timbulkan persoalan padanya, Adakah kita umat Islam dah betul-betul paham ISLAM, kita dilahirkan dalam Agama ISlam tetapi adakah cara hidup kita ISlam, benar-benar kita mengamalkan Islam...amat malang sekali majoriti yang terjadi tidak begitu, makin teruk lagi adala....emmm....Guna akal di hadapan perasaan bukan perasaan di hadapan akal..betul tak?

Emm...jenuh juga aku memikirkan jalan penyelesaiannya...