Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Saturday, March 29, 2008

ASSALAMUALAIKUM....

SALAM SEJAHTERA BUAT SAHABAT..DAN TEMAN-TEMAN SEPERJUANGAN..

Emm...dah lama tul aku tak " mengerjakan " blog aku ni, macam dah usang ek!! Punya le lama bebenau aku tak update, aduss...aku sebenarnye sibuk skit...laa ni kuliah aku kene attend le plak, pastu khamis ni siap ade ujian lak!! Cam ujian kelayakan laa lebih kurang...makin senak pala aku bila pikio...

Baru-baru ni pensyarah aku masuk " muhadharah " berleter kat aku dan kawan-kawan aku, termasuk geng-geng aku yang arab tu sekali....PERANAN MAHASISWA!! KEBANGKITAN MAHASISWA!! Pergh!!! Sukar untuk aku percaya ape yang di alami..ape tidaknya...baru je lepas aku masuk join program forum perdana bersama TUAN IBRAHIM TUAN MAN, US NIK ZAWAWI dan tak ingat dah sape namanye...anjuran Badan Anak Selangor Mesir...Sekali balik dari kaherah masuk ke kuliah kene lagi sejibik...memang best dua kali basuh...beliau lebih tumpukan pada mahasiswa ISLAM...khusus pada mereka yang mengaji AGAMA...

Terkesima aku seketika bila di sentuh " Kamu selaku pelajar azhari dan azhariah perlu merasa bangga kerana terpilih untuk berada di universiti terulung AL AZHAR...tugas kamulah nanti untuk membentuk masyarakat, membimbing masyarakat...nak tegur remaja-remaja kita yang makin hari makin parah...kita yang mengkaji, mendalami, mengaji ilmu agama inilah yang bertanggung jawab...dalam segenap aspek..." terjemahan aku dan kawan-kawan...hehehe...

Begitulaa..konklusi yang leh aku buat dari ape yang pensyarah aku bagitau...( kalau nak taip semua yang dia cakap..nanti aku lak yang jadi pensyarah..mana leh derhaka..) konklusinye..KITALAH JUARA...maknanya kita kene berusaha menjadi ULAMA' WARATHATUL ANBIYA'..yang pasti pepandai le korang wat konklusi sendiri...aaa lu pikir la sendiri... :)

Ape lagi aku nak citer ye...nantila lain kali aku sambung bebelan aku keyh... Salam Reformasi!!

Monday, March 17, 2008

GERAKAN KRISTIANISASI DI MALAYSIA???

SALAM UKHWAH FILLAH..

Kalimah kesyukuran diucapkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah nikmat yang dikurniakan-Nya serta dengan taufik dan hidayah-Nya, kita masih mengecapi kemanisan iman sehingga ke hari ini. Nikmat Iman dan Islam inilah yang telah dianugerahkan oleh Yang Maha Esa bersama kemegahan yang dijanjikan oleh Allah subhanahu wa' taala.

Sejarah telah mencatkan bahawa kemegahan dan keagungan Islam mula dicarikkan sedikit demi sedikit bersama runtuhnya Daulah Islamiah Uthmaniyyah pada tahun 1942. Daulah yang diamanahkan untuk menjaga hak asasi manusia telah hancur lebur. Malah hari ini kita menyaksikan akidah yang menjadi benteng kekuatan umat Islam juga mula diruntuhkan setelah 74 tahun runtuhnya ad-Daulah al-Islamiah.

Mutakhir ini gejala murtad mula menyerang orang-orang Islam di Malaysia. Apa yang menyedihkan ialah kebanyakan yang terlibat ialah anak-anak yang kurang berpedidikan agama, walaupun tidak dinafikan sesetengah daripada mereka telah dibekalkan secangkiran ilmu agama tetapi terlalu nipis untuk menjadi benteng serangan murtad. Setakat pemerhatian penulis, antara agama yang menjadi pilihan untuk dianuti oleh orang Melayu (murtad kepada agama lain) ialah Kristian, Hindu dan Buddha, di mana agama Kristian yang merupakan agama paling aktif berbanding dengan agama lain kerana ia melibatkan gerakan tersusun oleh misionaris antarabangsa, manakala mereka yang murtad kepada agama Hindu dan Buddha hanya melalui proses perkahwinan dan percintaan secara rambang. Gerakan Kristianisasi di Malaysia inilah yang merupakan fokus perbincangan artikel ini, Insya Allah.

Sejarah telah menujukkan proses Kristianisasi ini telah mula bertapak di Tanah Melayu semenjak penjajahan Portugis 1511 Masehi lagi. Sekiranya kita melihat Kota Melaka kita akan dapati di sana terdapat banyak gereja-gereja yang dicat warna merah. Itulah tempat batu asas agama Kristian di Malaysia. Di dalam Kota Melaka terdapat satu kubur mendiang ketua paderi Melaka berdiri megah dalam A Famosa. Walau bagaimanapun proses Kristianisasi di Tanah Melayu kurang berjaya sehinggalah Malaya mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957 Masehi.

Kemerdekaan Malaya diharapkan dapat menghapuskan saki-baki gerakan tersebut. Tetapi peristiwa Natrah menggugat sentimen orang Melayu Islam. Sekali lagi maruah umat Islam tercabar. Peristiwa yang menjadi catatan sejarah penting umat Islam itu amat melukakan hati umat Islam. Tetapi yang menyedihkan apabila kerajaan Malaya ketika itu tidak menjadikannya iktibar untuk memelihara kesucian akidah umat Islam Malaya. Hari ini kesan tersebut telah mula dirasai, generasi era kemerdekaan tidak dibekalkan pendinding iman yang kukuh, akidah Islam di tahap yang menyedihkan, budaya barat menjadi ikutan sesetengah golongan muda. Terdapat beberapa orang Melayu yang mengaku dirinya Islam tetapi pulang awal pagi dalam keadaan mabuk. Kesannya, akidah umat Islam mula goyah.

Laporan Bernama yang dipetik dari majalah The Minaret terbitan Pusat Islam California mengatakan pendakwah Kristian menjadikan Malaysia di antara negara sasaran bagi satu gerakan dakyah yang dipanggil "Window 10/40", kerana Malaysia salah satu negara yang terletak di antara garis lintang 10 dan 40 di peta dunia (sumber: Berita Harian, 4 Februari 1997). Malah di dalam sebuah laporan Utusan Malaysia bertarikh 3 Februari 1997, Jabatan Agama Islam Johor bersama-sama dengan Kementerian Dalam Negeri telah merampas 250 judul buku mengenai ajaran Kristian dalam bahasa Melayu. Buku-buku tersebut menggunakan judul seperti Kaabah, Wahyu Ilahi dan Mengenal Rasul. Sekali pandang kepada tajuk-tajuknya seolah-olahnya buku-buku agama Islam, inilah salah satu taktik mereka untuk cuba menarik minat orang-orang Islam untuk membaca buku-buku ini (sila rujuk gambar 1 & 2) .


Gambar 1 : Inilah buku-buku dakyah Kristian yang sedang beredar sekarang. Buku-buku ini ialah 'Kepercayaan dan Amalan Orang Kristen' oleh William Miller, 'Kisah Al Masih',iaitu ''riwayat hidup Isa" (a.s.) berdasarkan kitab Lukas dalam Kitab Perjanjian Baru (New Testament), 'Circumcised Heart' oleh Hilmy Nor dan 'Freedom of Religion In Malaysia' oleh Lee Min Choon. Dua buku terakhir telah diterbitkan oleh ‘Kairos Research Centre’.

Gambar 2 : Dua keratan Alkitab (Bibel), dari buku Keluaran (Exodus) fasal 3 dan dari buku 'Yehezkiel' (Ezekiel) fasal 2. Alkitab (Bible) ini menggunakan istilah-istilah Arab sepeti “Allah” sebagai nama Tuhan, “imam” untuk paderi dan beberapa istilah lain seperti “nabi", “malaikat” dan lain-lain lagi. Istilah-istilah ini sebenarnya boleh mengelirukan orang-orang Islam. Alkitab ini diterbitkan oleh 'The Bible Society of Malaysia' beralamat di No. 2, Jalan SS 20/10, Damansara Kim, 47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Peristiwa Jamaluddin @ Jeshua Othman (1987) merupakan titik tolak kepada dakwah terang-terangan Kristian setelah sekian lama berselindung di sebalik dinding gereja. Dalam kes tersebut Jeshua telah mendakwa Menteri Dalam Negeri kerana telah menyumbatnya dalam ISA atas alasan menyebarkan dakyah Kristian. Sehingga tarikh dia diberkas, ramai anak Melayu yang telah berjaya dikristiankannya. Dalam dakwaan tersebut beliau menggunakan alasan undang-undang kebebasan beragama untuk melepaskan diri dari lokap ISA. Pemimpin Kristian Melayu tersebut akhirnya dibebaskan (sila rujuk gambar 3) .Pendakwah Kristian dibebebaskan atas nama kebebasan beragama setelah ramai anak Melayu yang gugur Islamnya?


Gambar 3 : Nama Jamaluddin Othman sebagai seorang murtad di dalam buku 'Freedom of Religion In Malaysia', halaman 42.

Belum habis dengan masalah Jeshua Othman, umat Islam di Malaysia dikejutkan pula dengan kes murtad Nor Aishah Bokhari, yang berkahwin lari dengan seorang pemuda bukan Islam (sila rujuk gambar 4). Berapa ramaikah wanita Islam yang murtad sebelum kes Nor Aishah Bokhari terpampang di muka depan suratkhabar tempatan?

Hari ini orang Melayu tidak lagi boleh berdiri megah menyatakan Melayu Islam. Sekarang bangsa Melayu tidak lagi agung di sisi Allah melainkan mereka yang beriktikad di jiwanya dengan dua kalimah syahadat. Kalau dulu seratus peratus Melayu adalah Islam, tetapi sekarang malulah rasanya kalau hendak bercakap begitu lagi.

Di sini penulis ingin mengajak pembaca merenung sepotong hadith Nabi. Sabdanya:

"Akan terungkai ikatan Islam satu persatu, dimulai dengan gugurnya hukum perundangan Islam dan diakhiri dengan keguguran sembahyang."

Sekarang kita dapat melihat bilangan yang tidak sedikit umat Islam yang meninggalkan sembahyang, dan inilah antara faktor yang melebarkan lagi gejala murtad di Malaysia. Ulama Islam ada mengatakan bahawa perbezaan antara seorang Muslim dan seorangkafir dari segi amalanya ialah sembahyang. Jadi apakah bezanya di antara Muslim yang engkar sembahyang dengan yang kafir? Inilah perkara pertama yang umat Islam perlu fikirkan sebelum kita membicarakan cara-cara menyekat gejala murtad.

Sekiranya kita mengkaji Fiqh Perundangan Islam, kita akan dapati terdapat cara-cara khusus yang telah digariskan oleh Islam untuk menyekat gejala syirik dan murtad ini daripada melanda umat Islam. Tetapi sayangnya sistem perundangan Islam diketepikan sewenang-wenangnya oleh pemerintah sekarang.Sinar nur ataupun cahaya perundangan Islam dipadamkan terus daripada terus bersinar di mahkamah syariah. Orang-orang kafir menggunakan kesempatan daripada kelemahan perundangan mahkamah sivil untuk mempersenda dan memporak-perandakan umat Islam dan agama yang dianuti oleh mereka (sila rujuk gambar 5) .

Firman Allah s.w.t.:

"Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka tetapi Allah tetap menyempurnakan nur-Nya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir." (Surah Ash Saf: 8)


Gambar 5 : Akhbar gereja Katolik, "The Herald", yang diterbitkan oleh Uskup Agung (Archbishop) Kuala Lumpur (setiap 2 minggu sekali) pada keluaran 4 Jun 2000 telah menyiarkan sedutan dari ceramah yang disampaikan oleh penulis buku Freedom of Religion in Malaysia, Lee Min Choon. Lee secara terang-terangan telah mencabar maruah dan sensitiviti umat Islam dalam ceramahnya (sila klik di sini atau di atas gambar untuk membaca petikan yang telah dihighlightkan)

Kita sebagai seorang Muslim sejati yakin bahawa suatu hari nanti nur Islam akan bersinar kembali di Malaysia. Oleh itu sesiapa yang mengaku dirinya Muslim wajib berjuang menegakkan kalimah Allah di bumi tercinta ini.

Ibu bapa yang berperanan sebagai pendidik pertama perlu membekalkan ilmu agama kepada anak-anak. Sekarang dengan kewujudan sekolah-sekolah agama sekurang-kurang dapat membantu merebaknya gejala murtad. Guru-guru agama di sekolah mempunyai tanggungjawab yang berat dalam menjelaskan keburukan murtad. Tetapi perlu diingatkan gerakan misionaris sekarang mula memasuki sekolah-sekolah agama. Oleh itu pihak sekolah perlu mengawasi pelajar-pelajar supaya berhati-hati dengan dakyah mereka. Menceritakan tentang murtad dari segi kaca mata Islam adalah salah satu cara awal menyekat gejala murtad dari meresap di sekolah-sekolah.

Apa yang penting dan perlu diingatkan di sini adalah setiap Muslim tanpa mengira warna kulit adalah bertanggungjawab memikul amanah amar makruf dan nahi munkar.

Firman Allah Taala:

Wahai orang-orang yang beriman! jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” (Surah Muhammad:7)

Semoga dengan membaca artikel ini, segala bukti mengenai gerakan Kristianisasi ini jelas dan mudah difahami oleh para pembaca dan dengan jalan ini, gejala murtad dapat disekat sebelum tertegaknya ad-Daulah al-Islamiah al-U’zmaa..

Sumber: http://permai1.tripod.com

Thursday, March 13, 2008

MAKLUMAN PENTING BAGI MAHASISWA/WI TAHUN AKHIR


Assalamualaikum...

PERHATIAN!!!! Kepada sahabat2 tahun akhir samada PENGAJIAN ISLAM MAHUPUN QIRA'T juga MEDIC..serta mana-mana yang rasa ngajai LUAR NEGARA...

Baru-baru ini aku dimaklumkan oleh seorang sahabat dari malaysia berkenaan prosedur baru untuk pengiktirafan kelayakan SYAHADAH kita yang LUAR NEGARA...kita dikehendaki oleh pihak pengurusan JPA untuk PRINT maklumat dlm laman web JPA tentang PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN....sebarang makluman lanjut sila PM saya di YAHOO ID :
alfaqeerilallah@yahoo.com

SILA LAWATI LAMAN WEB INI UNTUK MAKLUMAN LANJUT...
http://www.interactive.jpa.gov.my/frmMainIktiraf.asp

ataupun korang amik jelaa yg ni aku dh siapkan...untuk SYARIAH, USULUDDIN dan qira'at..yang adik2 MEDIC or yg lain aku tak tau plak korangnye pengkhususan...

CONTOH :

Perincian & Penafian
Maklumat Kelayakan / Detail Qualification
Bidang / Field of Study:SASTERA DAN SAINS KEMASYARAKATAN / ARTS AND SOCIAL SCIENCE
Negara / Country : EGYPT
Institusi / Institution:UNIVERSITY AL-AZHAR
Kelayakan / Qualification:B.A (Peringkat Maqbul dan ke atas)
Mod / Mode:Sepenuh Masa (Full Time)
Nilai Taraf / Equivalent :Setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan.


(Equivalent to Honours Degree from Public Institution of Higher Learning) Tempoh / Duration :Bagi kemasukan 21 April 2003 dan seterusnya

Penafian / Disclaimer

Pengiktirafan kelayakan dari Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara yang tersenarai adalah merujuk kepada program yang dijalankan secara sepenuh masa di kampus induk universiti berkenaan. Bagi kelayakan yang diperolehi melalui program pengajian di kampus cawangan dan program francais, berkembar, validasi atau kerjasama sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa adalah tidak termasuk kecuali dinyatakan sebaliknya.

(The recognition of qualification from this particular foreign Institutions of Higher Learning referred to the fulltime programme conducted at the campus of parent university. Any qualification obtained through programmes offered at branch campuses and franchise, twinning, validation or collaboration, either in full time or part time basis are not included unless stated otherwise).

Kerajaan Malaysia berhak menarik balik pengiktirafan kelayakan-kelayakan yang tersenarai sekiranya perlu tanpa sebarang pemakluman.

(The Malaysian Government has the right to withdraw any qualification from the list without notice).


CONTOH YANG QIRA"AT :


Maklumat Kelayakan / Detail Qualification

Bidang / Field of Study:
SASTERA DAN SAINS KEMASYARAKATAN / ARTS AND SOCIAL SCIENCE

Negara / Country:
EGYPT

Institusi / Institution:
MAAHAD QIRAT AL-AZHAR

Kelayakan / Qualification:
Kelulusan Tertinggi/Syahadah Takhasus Qiraat

Mod / Mode:
Sepenuh Masa (Full Time)

Nilai Taraf / Equivalent:
Setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan. (Equivalent to Honours Degree from Public Institution of Higher Learning)

Tempoh / Duration:
Tidak berkenaan



Penafian / Disclaimer

Pengiktirafan kelayakan dari Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara yang tersenarai adalah merujuk kepada program yang dijalankan secara sepenuh masa di kampus induk universiti berkenaan. Bagi kelayakan yang diperolehi melalui program pengajian di kampus cawangan dan program francais, berkembar, validasi atau kerjasama sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa adalah tidak termasuk kecuali dinyatakan sebaliknya.

(The recognition of qualification from this particular foreign Institutions of Higher Learning referred to the fulltime programme conducted at the campus of parent university. Any qualification obtained through programmes offered at branch campuses and franchise, twinning, validation or collaboration, either in full time or part time basis are not included unless stated otherwise).

Kerajaan Malaysia berhak menarik balik pengiktirafan kelayakan-kelayakan yang tersenarai sekiranya perlu tanpa sebarang pemakluman.

(The Malaysian Government has the right to withdraw any qualification from the list without notice).


* KALAU NAK OK LAGi..KORG PANDAI-PANDAILAA MASUKKAN DALAM WORDPAD OR PUBLISHER...DAN ADJUST LE BG CANTIK..BAWA KE... PUTRAJAYA NANTI..UNTUK KESENANGAN MASA DEPAN....






Tuesday, March 4, 2008

AL AQSA? MANA SATU YE?




Melihat pada gambar di atas, tentunya ramai yang menyangka bahawa masjid di atas adalah Masjid Al-Aqsa. Jika diperhatikan denga teliti, kita akan dapat melihat sebuah lagi kubah berwarna hijau yang kelihatan agak samar-samar. Percayalah, kubah yang berwarna hijau itulah Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya.

Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah Allah SWT. Kini ia berada di dalam kawasan jajahan Yahudi. Dalam keadaan yang demikian, pihak Yahudi telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai Masjidil Aqsa. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.

Lihat pula gambar di bawah, berikut adalah gambar sebenar Masjidil Aqsa pada jarak yang lebih dekat. Betapa jauhnya perbezaan antara Dome of The Rock jika dibandingkan dengan Masjidil Aqsa. Hanya Jauhari juga yang mengenal Manikam.







Agenda Israel menghapuskan Masjidil Aqsa


Berikut disertakan juga terjemahan daripada surat yang dikarang dan dikirimkan oleh Dr. Marwan kepada ketua pengarang "Al-Dastour" harian. Berhati-hatilah dengan perancangan zionist tentang Masjidil Aqsa. Jangan biarkan mereka berjaya dengan peracangan mereka.Terjemahan surat Dr. Marwan:


Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock. Apabila sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa di dalam media tempatan mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan orang ramai dimana ianya adalah perancangan Israel. Tinjauan ini diperolehi semasa saya tinggal di USA, dimana saya telah dimaklumkan bahawa Zionis di Amerika telah mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada orang arab dan Muslim. Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan kadangkan diberikan secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya dimana-mana sahaja. Tak kira di rumah mahupun pejabat.


Ini meyakinkan saya bahawa Israel ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya terdapat pihak yang membangkang atau merungut, maka Israel akan menunjukkan gambar The Dome of The Rock yang masih utuh berdiri, dan menyatakan bahawa mereka tidak berbuat apa-apa. Rancangan yang sungguh bijak! Saya juga merasa amat terperanjat apabila bertanya kepada beberapa rakyat arab, Muslim, bahkan rakyat Palestin kerana mendapati mereka sendiri tidak dapat membezakan antara kedua bangunan tersebut. Ini benar-benar membuatkan saya berasa kesal dan sedih kerana hingga kini Israel telah berjaya dalam perancangan mereka.Dr. Marwan Saeed Saleh Abu Al-Rub Associate Professor, Mathematics Zayed University Dubai.

Sumber : http://www.darulnuman.com

KEMBARA ILMU

KEMBARA ILMU
KEMBARA ILMU
SELAUT CAHAYA...
MILIK TUHAN
TIADA BERTEPI
KESELAUTAN CECAH KE DASAR
DITIMBA TAK LUAK SETITIS
KEMBARA MISI
LEMBAH NURANI
YAKIN TITISAN ILMU
SULUHAN BUDI
RESAPAN DARI AKAL YANG MURNI
UNTUK DI UNTAI MUTIARA SUFI
MENJADI AZIMAT MENUJU FIRDAUSI
LEMBAH NURANI
FITRAHNYA SUCI
JANGAN DITINGGAL GERSANG
JANGAN DIBIAR HITAM.....

KESAN NURANI
KERANA TIADA ILMU
HITAM NURANI
KERANA DOSA BERTIMBUN....

NODA DI HATI
MELEMAHKAN MINDA
KEMBARA SUFI
TERASA SUKAR....
SESATLAH DI DALAM PELAYARAN
HANYUT TIADA PEDOMAN
AKHIRNYA KARAM DALAM KEGAGALAN...

Sunday, March 2, 2008

TAK PERCAYA?: TENGOK BOLEH PERCAYA JANGAN...

TARIKH LAHIR

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.
Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi
penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada.

Contoh:

12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan

* Hadir dengan idea baru.
* Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
* Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
* Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
* Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
* Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1:
Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan,Coral Burnett, Wynona,Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2. Pendamai

* Dilahirkan sebagai diplomat.
* Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
* Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
* Mereka tidak suka bersendirian.
* Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
* Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu,mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan
* secara terbuka tanpa berselindung.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2:President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria

* Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
* Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
* Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
* Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
* Mereka sangat popular dan idealistik.
* Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konsevatif

* Golongan ini sangat peka dan tradisional.
* Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
* Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
* Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
* Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
* Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
* Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher,
Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner,Paul Hogan

5. Perintis

* Mereka adalah perintis.
* Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil
* isiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
* Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
* Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
* Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
* Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5:Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh,Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik

* Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
* Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
* Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
* Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
* Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
* Mereka suka seni musik.
* Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
* Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6:Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver,Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual

* Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
* Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
* Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
* Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
* Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
* Mereka sangat suka berahsia.
* Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7:William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez,Princess Diana

8. Penyelesaian

* Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
* Mereka adalah profesional, berterus terang,penilai yang baik dan sangat tegas.
* Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
* Mereka sangat suka mengendalikan manusia.
* Mereka melihat manusia secara objektif.
* Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
* Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan
* keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8:Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon

* Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
* Mereka sangat penyayang dan pemurah.
* Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
* Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
* Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
* Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
* Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9:Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem,Jimmy Carter, Elvis Presley.

sumber : ARKIB TAHFIZ