Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Wednesday, January 30, 2008

BAB SATU : SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN ILMU ( AL MAKKI DAN AL MADANI ) AL QURAN

المكي والمدني
نبذة موجزة عن نشأة علم المكي والمدني
1
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وأصحابه أجمعين.
أما بعد: فهذا تعريف بعلم المكي والمدني.
إن هذا القرآن الكريم لم ينزله الله -تعالى- على نبيه -صلى الله عليه وسلم- جملة واحدة، بل أنزله منجمًا ومفرقًا بحسب الوقائع التي تقتضي نزول ما ينزل منه.
قال تعالى:
وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْلا نُزِّلَ عَلَيْهِ الْقُرْآنُ جُمْلَةً وَاحِدَةً كَذَلِكَ لِنُثَبِّتَ بِهِ فُؤَادَكَ وَرَتَّلْنَاهُ تَرْتِيلا أي: أنزلناه كذلك لتثبيت فؤادك بالوحي المتتابع الذي تتجدد به صلتك بالله عز وجل.
وكان نزول القرآن على نبيه -صلى الله عليه وسلم- في مدى ثلاث وعشرين سنة تقريبا، فبعضه نزل في مكة، وبعضه الآخر نزل بالمدينة بعد الهجرة، فكان ينزل عليه القرآن أينما أقام في السفر والحضر، فكان منه المكي والمدني.
إن علم المكي والمدني بدأ بشكل روايات يتناقلها الصحابة والتابعون، "ولم يرد في ذلك بيان عن النبي -صلى الله عليه وسلم-، وذلك لأن المسلمين في زمانه لم يكونوا في حاجة إلى هذا البيان، كيف وهم يشاهدون الوحي والتنزيل ويشهدون مكانه وزمانه وأسباب نزوله عيانا،
(وليس بعد العيان بيان)"
TERJEMAHAN:
.:AL MAKKI DAN AL MADANI:.
Sejarah ringkas perkembangan ilmu ( makki dan madani ) Al Quran
Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas Nabi-Nabi dan junjungan mulia dan utusan-utusan,dan ke atas ahli keluarga, para sahabat sekaliannya,
TAKRIF BAGI ILMU MAKKI DAN MADANI:
- sesungguhnya Al Quran ini, tidak di turunkanNya Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W, dalam jumlah yang satu. Bahkan ia diturunkan berperingkat-peringkat, berdasarkan keadaan dan peristiwa yang berlaku.
-Sesungguhnya Al-Quran ini di turunkan adalah untuk kita menetapkan hati-hati kita dengan wahyu Allah dan mengikut segala perintahnya, dan memperbaharui ( niat )hubungan, gerak langkah, dalam seganap aktiviti kehidupan kita, yang mana ketahuilah bahawa setiap apa yang kita lakukan punyai hubungan dengan Allah S.W.T...
-Turunnya Al Quran ke atas Nabi Muhammad S.A.W dalam tempoh 23 tahun, setengah turun di Makkah dan setengah yang lain turun di Madinah setelah hijrah. Turunnya Al Quran dalam keadaan demikian maka dinamakan ia AL MAKKI DAN AL MADANI.
-Sesungguhnya, ilmu ini..bermula dalam bentuk riwayat, yang mana ia dipindahkan oleh para sahabat dan tabi'en. Dan ketika itu, tak memerlukan penjelasan dari Nabi S.A.W, kerana pada zaman itu mereka berhajatkan akan ia, kerana mereka menyaksikan, wahyu dan turunnya Al Quran itu, tempat, masa, sebab turun ayat, dan lain-lain dengan mata mereka sendiri, penyaksian dengan mata tak memerlukan penjelasan.

Tuesday, January 29, 2008

AURAT WANITA

Tengkarah tentang aurat tidak ada penghujungnya. Cuba anda di ummah dengar dan hayatinya.

Firman Allah Taala: "Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, supaya mereka mengenakan jilbab ke seluruh badannya, yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal; kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59)

Di dalam surah al-Nur, ayat 31: "Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa kelihatan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke adanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.."

Di atas adalah di antara nash syar'I yang menjadi dasar berpakaian dalam Islam dan berhias (utk wanita).

Kemudian pada ayat lain Allah berfirman: "…dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu". (Al-Ahzab:33)

Ayat ini pula menceritakan tentang larangan bertabarruj sebagaimana orang jahiliah dahulu.

Baiklah, berdasarkan seluruh nash-nash mengenai aurat dan berhias, di hadapan kita sekarang ini ada beberapa persoalan yang perlu dipecahkan, antaranya ialah:

1) Batasan aurat - Anggota asas yang disepakati oleh para ulamak agar ditutup ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua telapak tangan.

2) Apakah muka termasuk aurat - Muka pula telah diperselisihkan di kalangan mereka, ada yang kata ia adalah aurat dan ada yang kata bukan aurat.

Kalau, kita pilih pendapat yang mengatakan bahawa muka adalah aurat… Habis cerita. Soal gincu, bedak, losyen dan celak dsbnya sudah tentu tak timbul. Ia nyata haram dipamerkan di hadapan lelaki ajnabi. Tetapi, bagaimana jika kita memilih bahawa muka itu bukan aurat - kebanyakkan kita memilih pendapat ini di mana kedudukan celak, gincu, bedak dan bla.. bla…bla…

Sekarang ini kita pilihlah kononnya bahawa muka itu bukan aurat… Tetapi, sebelum itu lebih baik kita bincangkan dahulu mengenai masalah TABARRUJ, yang sudah tentu berkaitan dengan soal muka bukan aurat.

**************

Apa itu TABARRUJ yang di maksudkan di dalam firman Allah: "…dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu (pertama)". (Al-Ahzab:33)

Ayat di atas sebagai irsyad ( petunjuk/tunjuk ajar) kepada isteri-isteri Nabi s.a.w. agar tetap di rumah dan tidak bertabarruj sebagaimana orang-orang jahiliyah dahulu. Tabarruj dikatakan sebagai berjalan dengan berlenggang-lenggok atau memperelokkannya. Ada juga yang mengatakan bahawa tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Lagi satu pendapat lain mengatakan, tabarruj ialah memperlihatkan keelokkan/kecantikkannya yang sepatutnya wajib ditutup.

Tabarruj berasal dari kata BARAJUN, bererti luas. Dan ada yang mengatakan ia berasal dari kata BURJUN yang bererti tinggi.

************

Selesai mengenai erti tabarruj… Dan, lihat kembali ayat al-Quran:

"….orang-orang jahiliyah dahulu."

Tabarruj yang dikaitkan dengan orang-orang jahiliyah dahulu. Siapakah mereka itu? Pada zaman mana orang-orang jahiliyah dahulu berada?

Di dalam tafsir al-Qurthubi menyatakan beberapa pendapat mengenainya:

1. Iaitu masa antara Adam dan Nuh a.s., ini adalah pendapat al-Hakam bin Uyainah.

2. Ibnu Abbas berpendapat: Masa di antara Nuh dan Idris a.s.

3. Al-Kalbi: Masa di antara Nuh dan Ibrahim a.s.

4. Jamaah: Masa di antara Musa dan Isa a.s.

5. Abu Aliyah: Masa di antara Daud dan Sulaiman a.s.

6. Al-Sya'bi: Masa di antara Isa a.s. dan Muhamad s.a.w.

Namun semua pendapat itu tidak disandarkan dengan satu sumber yang kukuh dan sahih. Cuma yang pasti, semua mereka di atas bersepakat mengatakan bahawa jarak masa antaranya dan masa Nabi Muhamad dibangkitkan sebagai Rasul adalah jauh (jangkamasa yang begitu lama). Dan, apabila al-Quran menyebutkan "jahiliyah dahulu" dahulu/lama/pertama - bermaksud di sana ada yang dikatakan sebagai `jahiliah baru' atau `jahiliyah kedua'. Bila masa jahiliyah kedua berada? Iaitu selepas jahiliyah pertama dan sedikit masa sebelum kebangkitan Nabi kita Muhamad s.a.w.

Mengapa jahilyah pertama/dahulu ini dikaitkan dengan tabarruj? Buruk sangatkah mereka ini? Hodoh sangatkah perangai depa ni? Ya, gambarannya lebih kurang begini:

Perempuan-perempuan jahiliyah pertama/awal pakaiannya - memakai baju dari lu'lu', atau baju dari mutiara dan intan yang tidak berjahit kedua belah, dan berpakaian tipis yang menampakkan tubuh badannya. Dengan berpakaian begini, mereka akan berjalan di jalan-jalan mempamerkan diri mereka kepada kaum lelaki. Dan, dapat dirasakan bahawa zaman berkenaan adalah zaman yang penuh dengan kemewahan.

Era jahiliyah kedua yang akan berhubung dengan era kebangkitan Muhamad sebagai rasul tidaklah sampai ke peringkat begitu teruk. Namun ada juga sedikit sebanyak tabarruj yang berlaku, hingga kadangkala sampai ke peringkat telanjang terus. Ini dapat dibuktikan melalui hadis riwayat Muslim, bagaimana kaum wanita zaman itu bertawaf dalam keadaan telanjang bulat.

Sekarang ini jelaslah sudah mengapa Allah mengaitkan al-jahiliyah al-`Ula (jahiliyah pertama/dahulu) dengan tabarruj. Dan, dengan penjelasan di atas tidaklah bermakna yang terlarang ialah bertabarruj seburuk orang-orang jahiliyah pertama, kalau kurang daripada itu tidak mengapa. Tak apalah kalau tabarruj sikit-sikit. Ini adalah fahaman yang salah, kerana Allah menyebutkan sifat-sifat tabarruj jahiliyah pertama adalah bertujuan memberi penjelasan realiti yang berlaku ketika itu, bukannya mahu mengaitkan pengecualian hukum selain daripada itu. Ia lebih berbentuk penjelasan tentang keji dan berlawanannya perbuatan itu dengan citarasa serta naluri kemanusiaan.

Perlu diingatkan bahawa maksud tabarruj yang dilarang di dalam Islam ialah membuka aurat - berdasarkan kepada siapa dia berhadapan. Kalau di hadapan dengan lelaki asing, apa yang perlu ditutup. Jika tidak memenuhi kehendak ini, maka dia sudah tergolong di dalam perempuan yg bertabarruj. Begitulah seterusnya ketika di hadapan mahram, orang gaji dsbnya…

Ya, selesailah sudah penjelasan mengenai tabarruj. Saya harap ia mudah difahami dan tidak membosankan. Dan, kita teruskan lagi ke pembahasan selanjutnya. Kali ini mengenai berhias pula.

Mari kita lihat lagi firman Allah: "Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa kelihatan adanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.." (al-Nur, ayat 31)

Sebagaimana yang telah disinggung di atas, bahawa para ulamak berselisih pendapat mengenai, apakah muka itu aurat atau bukan. Dan ayat di atas telah menjadi hujah kepada kedua-dua kelompok dengan penafsiran yang berbeda.

Kita ambil sedikit petikan ayat: "…..dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa kelihatan padanya."

Terjemahan ayat : "kecuali yang biasa kelihatan padanya.." dapat juga diterjemahkan: "kecuali apa yang zahir" (illa ma zahara). Pada ayat ini Allah Taala melarang wanita mempamirkan perhiasan, kecuali apa yang zahir.

Persoalannya di sini ialah, apa maksud perhiasan zahir yang boleh dipamirkan? Jadi, dapat difahami bahawa perhiasan ada dua:

1. Yang zahir/nyata

2. Yang tidak zahir/nyata (batin/dalaman/tersembunyi)

Apakah perhiasan zahir? Apakah pula perhiasan yang tidak nyata? Para ulamak yang mengatakan muka itu adalah aurat, mereka menafsirkan bahawa perhiasan yang zahir itu ialah pakaian itu sendiri.

Bila wanita berpakaian, bertudung dan menutup muka, maka itulah dia maksud perhiasan yang zahir. Perhiasan yang tidak nyata pula ialah, rantai leher, gelang, anting-anting dsbnya..

Manakala menurut ulamak yang berpendapat muka itu bukan aurat menafsirkan bahawa maksud perhiasan yang zahir yang boleh diperlihatkan di hadapan lelaki ialah celak dan cincin. Ada yang menambah telapak tangan. Ada yang tambah warna telapak tangan, iaitu pewarna yang dibubuh di telapak tangan (termasuk kuku). Dan, macam-macam lagilah.. tetapi di sekitar itulah. Perhiasan yang tersembunyi pula ialah rantai leher, anting-anting dsbnya.

Kitab-kitab tafsir berikut ada menjelaskan pendapat-pendapat berkenaan:

1. Jami’ul Bayan – Al-Thabari

2. Ahkamul Quran – AL-Jashas

3. Al-Wajiz fi Tafsiril Quran al-Aziz – Al-Wahidi

4. Ma’alimatut Tanzil – AL-Baghawi

5. Tafsir al-Kasyaf – Al-Zamakhsyari

6. Ahkamul Quran – Ibnul Arabi

7. Al-Muharrir al-Wajiz – Ibnu Athiyah

8. Zadul Masir Fi Ilmit Tafsir – Ibnul Jauzi

9. Al-Tafsir al-Kabir – Al-Fakhrur Razi

10. Al-Jami’ li Ahkamil Quran – Al-Qurthubi

11. Tafsir al-Baidhawi

12. Lubabut Ta’wil Fi Maanit Tanzil – Al-Khazin

Dan banyak lagi……

Pembahasannya lebih kurang sama dalam menafsirkan `perhiasan yang zahir’.

Berikut ini adalah apa yang tersebut di dalam Zadul Masir fi Ilmit Tafsir oleh Ibnul Jauzi:

Maksud `perhiasan yang zahir/apa yang biasa dilihat’, terdapat tujuh pendapat, iaitu:

1. Ia bermaksud pakaian. Ini adalah riwayat dari Abu Ahwash dari Ibnu Mas’ud.

2. Bererti telapak tangan, cincin dan muka - Dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas

3. Bererti celak dan cincin – Juga dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas.

4. Bererti gelang, cincin dan celak – Al-Misywar bin Mukhrimah.

5. Bererti celak, cincin dan pewarna telapak tangan – Pendapat dari Mujahid.

6. Bererti cincin dan gelang – Dari al-Hasan.

7. Bererti celak, cincin dan pewarna telapak tangan – dari al-Dhahhak.

************

Itulah pendapat mereka tentang maksud perhiasan zahir yang biasa dilihat. Berdasarkan pendapat Ibnu Abbas, Al-Misywar bin Mukhrimah, Mujahid, dan al-Dhahhak dan al-Hasan dapat kita simpulkan bahawa yang boleh dipamerkan ialah perhiasan yang tidak mungkin diselindung yang memang biasa dipakai oleh para wanita. Kalau perhiasan di muka apa lagi kalau bukan celak. Kalau di telapak tangan apa lagi kalau bukan cincin. Cuma ada beberapa ulamak yang mengatakan bahawa muka itu sendiri adalah perhiasan. Dan telapak tangan itu sendiri adalah perhiasan. Jadi, mereka tidak memasukkan celak dan cincin sebagai perhiasan yang boleh dipamerkan.

Mereka yang memasukkan celak dan pewarna telapak tangan sebagai perhiasan yang boleh dipamerkan di hadapan lelaki ajnabi tidaklah dihadkan terhadap dua perkara itu sahaja. Ia disebutkan hanyalah sebagai wakil dari perhiasan-perhiasan lain yang biasa digunakan pada muka atau telapak tangan. Ia berdasarkan adat, tradisi dan kebiasaan satu-satu kelompok masyarakat. Berikut ini adalah antara perhiasanyang ada dan biasa digunakan oleh para wanita pada zaman Rasulullah s.a.w atau tradisi arab dahulu:

1. Khidhab – Pewarna untuk tangan

2. Shufrah – Pewarna kuning untuk wajah

3. Kalkun – Pewarna untuk memerahkan wajah

4. Isfidaj – Pewarna putih untuk wanita berhias.

5. Celak – Berhias pada mata

(Nanti akan disertakan dalil tentang kewujudan perhiasan ini)

***********

Zaman kita ini sudah tentu yang biasa digunakan sebagai perhiasan muka ialah gincu, bedak, losyen dan juga celak. Jadi, bila celak dan segala macam di atas itu boleh, mengapa tidak gincu? Sebab yang dibenarkan bukanlah diri celak itu secara khusus tetapi sesuatu yang lebih umum iaitu – perhiasan yang biasa dilihat, yang biasa digunakan pada muka. Dan gincu serta bedak adalah termasuk di bawah keumuman ini.

Begitu juga dengan perwarna kuku, ia termasuk di bawah perhiasan yang boleh dipamerkan tetapi hendaklah dari bahan yang tidak menghalang air. Kerana jika air terhalang dari sampai ke kuku akan mengakibatkan wuduk tidak sah.

Berikut ini adalah sebahagian dalil kewujudan perhiasan di atas:

Dari Zainab binti Abu Salamah, dia berkata: Ketika datang berita kematian Abu Sufian dari Syam, Ummu Habibah meminta diberikan wangi-wangian berwarna kuning pada hari yang ketiga. Lalu dia mengusapkannya pada kedua pipinnya dan kedua lengannya. Dia berkata: Sesungguhnya aku benar-benar tidak memerlukan ini, kalaulah bukan kerana aku pernah mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari kemudian untuk berkabung atas mayat lebih dari tiga hari, kecuali atas suami, maka dia berkabung atasnya empat bulan sepuluh hari". (HR Bukhari & Muslim)

Wangi-wangian di dalam hadis bermaksud pewarna yang menyerlah warnanya dan tersembunyi baunya (tidak menyerlah dan menyemarak). Adakalanya ia disapukan di muka untuk memperelok warna muka atau pada telapak tangan.

Wajib berhias setelah tamat tempoh 3 hari berkabung kerana kematian, kecuali kematian suami yang tempoh perkabungan adalah selama 4 bulan 10 hari. Berhias di sini adalah untuk keluar dari tempoh perkabungan.

Dari Ibnu Abbas r.a., bahawa seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w. untuk berbai’ah kepadanya, tetapi perempuan itu tidak berikhtidab, sehingga baginda tidak mahu membai’ahnya melainkan setelah ber-ikhtidab (HR Abu Daud)

Ikhtidab ialah sejenis pewarna yang biasa digunakan pada telapak tangan pada zaman itu. Dari Abu Hurairah r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.:

"Wangi-wangian lelaki adalah apa yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Dan perhiasan wanita ialah apa yang jelas warnanya dan tersembunyi baunya" . (HR al-Tarmizi)

Dari Imran bin Husin, bahawa Nabi Allah s.a.w. bersabda: "… ingatlah bahawa wangi-wangian lelaki adalah bau tanpa warna. (HR Abu Daud)

Dari Ummu Athiyah, dia berkata: Adalah kami dilarang untuk berkabung terhadap seorang mayat lebih dari tiga hari, kecuali terhadap suami, maka empat bulan sepuluh hari. Kami tidak boleh bercelak, berwangi-wangian dan memakai pakaian bercelup. (HR Bukhari & Muslim)

*********

Apabila kita menerima hujah yang mengatakan bahawa perhiasan yang zahir atau yang biasa dilihat itu adalah celak, gincu, bedak dan segala suku-sakatnya, maka perlu kita ketahui juga batas-batas yang perlu dipelihara.

Iaitu:

1. Memelihara niat dan tujuan berhias. Tidak bertujuan untuk menarik pandangan dan perhatian lelaki ajnabi.

2. Dari segi praktiknya hendaklah bertepatan dengan niatnya. Iaitu tidak berhias secara berlebih-lebihan hingga atau yang dapat menarik perhatian serta menggugah perasaan lelaki ajnabi. Seperti bercelak dengan cara dan gaya yang dapat menarik perhatian. Atau bergincu dengan warna yang begitu menyerlah – merah menyala-nyala. Atau berbedak dengan bedak yang berwarna warni. Di tambah dengan keharuman yang menyemarak. Atau memanjangkan kuku. Atau sebagainya.

3. Tidak dari bahan yang mengeluarkan bau wangi dan harum menyemarak serta tersebar. Boleh dari bahan yang wangi tetapi yang tersembunyi baunya.

Ya, pokoknya bersoleklah secara sopan, bersahaja dan kemas serta menampilkan ciri-ciri wanita yang baik. Tidak kelihatan seperti wanita yang mahu memikat lelaki atau ciri-ciri wanita fasiq dsbnya. Seperti kita lihat ramai wanita hari ini yang bersolek mengenakan gincu, bedak dan segala macam… Melebihi dari sekadar yang dibenarkan oleh syarak. Mereka ini berhias begini hanya diluar rumah sahaja, sedangkan ketika bersama suami keadaan adalah sebaliknya.

Lebih baik lagi jika diniatkan solekan itu sekadar untuk mengelakkan diri dari kusut masai, berserabut dan tidak terurus. Berginculah sekadar mahu mengelakkan diri dari kelihatan lesu, tak bermaya dan tidak cergas. Berbedak atau berlosyenlah sekadarnya sahaja dengan tujuan mahu menjaga kesihatan kulit muka dsbnya.

Ya.. Kalau bersolek itu tidak boleh, silakan saja. Pergilah ke pejabat atau mengajar ke sekolah, dan jangan bersolek samasekali. Pergilah dalam keadaan kusut masai dengan muka seperti orang yang belum mandi. Kelihatan lesu. Pakaian pula tidak bergosok. Berkedut sana dan sini. Baju bergosok, haram katanya. Ditambah lagi dengan bau peluh yang kurang enak dan menyengat hidung. Pakai wangian walaupun yang baunya tersembunyi utk menghindarkan dari bau peluh, juga haram katanya. Ya.. silakan saja..

Sudah tentu para wanita muslimah dapat menggambarkan bagaimana cara hendak menghindarkan keadaan di atas. Dan.. Kalau sudah dapat menggambarkannya, itulah dia solekkan yang dibenarkan oleh syarak ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi. Sekadar mahu mengelakkan diri dari kusut masai dan nampak tidak terurus.

Saudara yang bertanya berkata: Bagaimana kaedah terbaik untuk menangani masalah tersebut terutama masalah lipstik yang seolah-olah tidak dapat dipisahkan daripada wanita?

Jawab: Bukan sekadar lipstik, malahan umumnya wanita memang tidak dapat dipisahkan dengan bersolek. Sebab sudah memang naluri semulajadi mereka sukakan begitu.

Syeikh Athiyah Saqar mengatakan: "Memperelok /menghias diri oleh seseorang manusia secara umumnya mempunyai kepentingan/kebaikan. Dan secara khususnya, menghias diri bagi seorang wanita mengandungi mara bahaya. Kecantikan adalah satu perkara yang disukai oleh jiwa/naluri. Ia mempunyai tempat di dalam agama, di mana ia dituntut secara syarak dengan kadar yang dapat membawa kepada tujuan yang baik darinya, serta terhindar dari perkara-perkara yang diharamkan dari sudut cara, tujuan dan maksud."

********

Kesimpulan

1. Sebahagian ulamak mengatakan muka itu adalah aurat. Sebahagiannya mengatakan muka bukan aurat.

2. Tabarruj jahiliyah yang dilarang di dalam Islam ialah membuka aurat di hadapan meraka yang haram melihatnya.

3. Kebanyakkan ulamak menyatakan bahawa maksud firman Allah: "…kecuali apa yang biasa dilihat." Adalah sebagai celak dan cincin. Ada yang menambah dengan gelang tangan dan pewarna tangan.

4. Bersolek pada muka dan telapak tangan (termasuk kuku) adalah dibenarkan tetapi dalam batasan-batasan umum yang telah ditetapkan syarak.

Sekian adanya. Wallhu a’lam

Rujukan

1. Al-Quran

2. Ahsanul Kalam – Syeikh Athiyah Sqar

3. Al-Hijab – Al-Maududi

4. Tahrir al-Mar’ah Fi Ashri al-Risalah – Prof. Abdul Halim Muhamad Abu Syuqqah

5. Fatawa Mu’asharah 1 – AL-Qardhawi

6. Fatawa Mu’asharah 2 – AL-Qardhawi

MARI KITA FIKIRKAN....

SALAM MUJAHADAH PADA SEMUA PEJUANG-PEJUANG ALLAH...

Eh!!! Macam best plak tulis camtu, emmm....aku sebenarnye tak tau nak tulis ape...cuma bila terpandang piramid yang tertera tu terpikir sejenak tentang rakyat-rakyat,sahabat-sahabat di palestin, iraq, afgahnistan..dan lain-lain...macamner laa depa laa ni...emm...walaupun kita tak ade disisi mereka, tapi wajib bagi kita memikirkan tentang agenda-agenda untuk membantu mereka, walau tak banyak tapi paling kurang pun doa..itu selemah-lemah dan sekelumit pertolongan dari insan yang lemah IMANNYA???...( di mana kita )betul ke lemah iman????

Semua orang mengaku bahawa manusia adalah ‘harta’ paling berharga dan paling utama dalam menentukan kejayaan setiap tahap kehidupan. Kecemerlangan rumahtangga, syarikat perniagaan, sebuah gerakan Islam dan ummah keseluruhannya. Tetapi sejauh mana kita mengambil berat faktor manusia? Sejauh mana kita mementingkan manusia dalam pembangunan hidup ini?

JIKA BENAR MANUSIA PENTING

Jika kita bersungguh-sungguh berpakat di atas suatu persetujuan bahawa manusia adalah yang paling utama, bagaimanakah sikap kita terhadap manusia? Usah dulu ke peringkat yang lebih rumit, cukup sekadar dinilai dalam kehidupan seharian.
Andai anak pecahkan pasu bunga, lupakah kita pada kelakuan ibu yang membelasah anaknya seolah-olah si anak andai binasa, boleh dibeli di mana-mana?
Jika mat rempit menjunam di atas jalan, diperiksanya motor terlebih dahulu atau kakinya yang sudah separuh tergantung?

Hakikatnya, kita tidaklah begitu menghargai manusia.

Betul ke? kita tak menghargai manusia? so...mari kita kaji sama2...aku nak korang semua fikir2kan and bag lah cadangan...aku dh tak tau nak tulis ape ni...lain kali aku sambung plak...hahaha...keayh!!!




Monday, January 28, 2008

Saturday, January 26, 2008

Friday, January 25, 2008

MALAYSIA : NEGARA ISLAM??

KATA A'MWA BIN AZZRAB AL ADAWANI: " yang benar dan batil tidak mungkin di himpun bersama, dan ia tetap takkan hilang keadaan itu walau dah berpaling dari kebatilan, yang batil tetap batil, yang benar tetap benar, hanya yang bodoh bersama yang batil..."

KOLEKSI KENYATAAN/UCAPAN YANG MENGHINA ISLAM, MENGELIRUKAN RAKYAT MENGENAI ISLAM DAN MENGHALANG PERKEMBANGAN ISLAM DI MALAYSIA.


(Kenyataan Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan -

(Kenyataan Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan). Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.

Ucapan Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 Umno bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

Ucapan Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah). Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.

(Kenyataan Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT Umno). Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud.
(Ucapan Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.


Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? - Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)
(Ucapan Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -

(Kenyataan Najib Razak pada 20 April 1992 kepada para wartawan). Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."

(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)" Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. "Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). "Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa
kini."

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi Umno, 1994). "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud."
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir."

.(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam".

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."

(Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). "Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam."

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."

(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak."

(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan
rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama."

(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994) "Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam."

"(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 15 Julai 1994). Jika semua urusan selesai dan kita puas hati sikap Israel, kita akan mengiktiraf negara itu."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam."

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 28/9/2001) Perhimpunan Agong Umno. Mahathir berkata: Malaysia telah diistiharkan sebagai sebuah Negara Islam oleh Dr Mahathir ketika merasmikan Kongres Tahunan Partai Gerakan pada 28 September 2001 yang lalu.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad3/3/94) 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'.



(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 14/7/92) 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 2/5/92) 'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan
kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 1994) 'Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud'( hukum Islam)

(Dato' Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93) 'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'.

(Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99) 'Apa erti negara Islam jika mundur'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 11/1/02 Berita Harian Mahathir berkata:Malaysia adalah sebuah negara Islam sejak merdeka dan peniaga serta pelancong Jepun sudah melawat negara ini sejak itu lagi. Kita tidak mengalami sebarang perubahan walau sedikitpun, lantas kebimbangan ini tidak berasas sama sekali, katanya berucap pada majlis jamuan meraikan rakan sejawatannya dari Jepun, Junichiro Koizumi di Seri Perdana di sini malam ini.

*

Firman Allah SWT: "Maka demi Tuhanmu mereka (pada hakikatnya) tidaklah beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim
Allah swt." (al-An'am:57)
*

Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang kafir" (al-Maidah: 44)
*

Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim" (al-Maidah:45)
*

Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang fasiq" (al-Maidah:47)
*

Firman Allah SWT: "Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik dari hukum Allah bagi
orang-orang yang yakin?" (al-Maidah:50)

MENGHINA SUNNAH - BERJANGGUT

(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa). Di zaman itu nak cukur pun mudah ke?

Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang pasir".

MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK

(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam".

Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat".

(Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas: "Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa".

*

Allah berfirman: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka.( An-Nuur:31)

*

Sesungguhnya termasuk ahli neraka, iaitu perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat.mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium buanya (Muslim)

MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA'

(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada."Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih."

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC). " Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka".

*

Allah kata (berfirman): "Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambaNya hanyalah ulama'" (Mafhum al-Quran, Surah al-Fathir:28)
*

Rasullullah bersabda:
*

"Ulama' itu waris sekalian para Nabi"
*

"Ulama' itu pelita-pelita bumi, pengganti-pengganti Nabi
*

"Ulama' itu para pemegang amanat Allah atas segenap makhlukNya" (Muslim)

Lanjutan dari gesaan Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.



MENGIZINKAN MAKSIAT MEMBELA ORANG BUAT MAKSIAT

Dato' Seri Abdullah Ahamd Badawi Jun 2001 : Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar Jun 2001 : menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang.

Dato' Rais Yatim Jun 2001 mengkritik tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan Jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub "The Ship" di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras : "Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya," katanya.

*

JAIS: Enakmen Jenayah Syariah Selangor, No.9 thn 1995 menerusi Seksyen 10, menetapkan mana-mana orang Islam yang memilikki, menyimpan atau menjual bahan yang menghina Islam boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun atau denda lima ribu ringgit atau kedua-duanya sekali. Hukuman bagi penjual atau pemilik bukan Islam akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri, KDN.


p/s: Sejauh mana perlaksanaan undang-undang yang betul-betul mengikut undang-undang...pun masih lagi samar...MEMILIKI , MENYIMPAN ATAU MENJUAL...rasa-rasa undang-undang ni kene wat pindaan tambah skit..."juga MEMBUAT KENYATAAN...SERTA YANG BERKAIT DENGANNYA.." haa...baru betul, ye tak??? emm...aku pun tak tau sangat bab-bab undang-undang ni...tapi bila kita dah wat undang-undang kita kene ikut undang-undang kalau tak samalaa cam " cakap tak serupa bikin " huhuhu...layak ke kita di gelar pemimpin bila cakap tak serupa bikin...tepuk dada tanya iman...ape lagi...UNDI ADALAH RAHSIA??? JANGAN UNDI HANTU PLAK...langsung kita tak kenal pemimpin...tau-tau je...ade yang bagi arahan...maklumlah sekarang pengundi pun pengundi hantu, yang nak dicalonkan tu hantu gak kot...sebab tu geng-geng hantu turun, dalam nak membina kerajaan ni kita takleh laa nak "main-main hantu" ( macam pernah ku dengar ayat ini tapi di mana ya??!! fahami dan khatamkan ilmu DEMOKRASI baru leh cakap tentang demokrasi...ye tak? huhuhu...jangan silap langkah tertukar DEMOKRASI ATAU DEMO KRASI...( demo KERASi ) keje wat demo je laa erk...bila nak laksana ntah...patutpun..jangan salahkan anak murid yang memberontak salahkan cikgu yang salah didik...ye ke???

USAHA , DOA , IKHTIAR , TAWAKKAL....

"Barang siapa yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinye, nescaya akan Allah kurniakan baginye ilmu yang tidak di ketahuinya"


Terkesima aku meneliti kata-kata ni(ayat buku la plak), aku dapat dari buku note aku...aku pun tak ingat bila masa aku tulis..huhuhuu

Emm...semalam tamatla sudah aku punya imtihan ( exam ) bagi fasa 1 ( Dis - Jan ), a'la kullihal ( camner pun ) doa-doakan saje...alhamdulillah, moga Allah permudahkan Aminnnnnnnnnnnnnn....bila abis exam maknanye, bermula la plak kisah baru untuk ke fasa dua..( Mei - Jun ), makin lama makin sedih plak hati ni...bila abis exam fasa dua insyaAllah aku akan pulang ke Malaysia, tamatla pengajian aku kat sini selama 6 tahun...fuhhh...walaupun hati ni..nak meninggalkan tempat ni tapi jika diizinkan Allah aku datang semula..melawat ke..sambung ngaji ke...kerja ke...ye tak??? Yang penting ade tanam azam ye tak?!!!

InsyaAllah walaupun tak laa lama aku duk sini, akan cuba aku manfaatkan ape yang ade...yang penting keberkatan, kalau belajar banyak-banyak tak berkat tak guna juga, yang penting kita mesti ade azam nak belajar dan terus belajar...demi dunia dan akhirat, membangunkan ISLAM!!Eh!! Bersemangat plak...

Semalam aku exam subjek "falsafah islam di BARAT", aku and geng2 AF 4 ( AKIDAH FALSAFAH TAHUN 4 )...cam pening gak sebab...kami direct exam..bermula dari 22,23,24..fuhhh senak kepala nak habiskan paper2 last tu..nak cerita kat sini HIKMAH TAWAKKAL YANG TINGGI..kami baca 2 tajuk sahaja sebab dah tak sempat dah nak baca yang lain...bukan tak baca langsung yang lain tu..baca jugak cuma tak laa daqiq ( tumpu / bersungguh-sungguh )...dengan mood study hilang sebab terlalu letih dh 2 hari x tido dengan cukup bila tiba subjek last..kami jadi miongg...nak jadikan cerita, dapat study 1 jam je sebelah malam, selebihnya kami "tido" sampai subuh...bila bangun subuh mula gelabah, so...muka masing-masing wat rileks je...macam bagus!!! pastu kami pun amik port study jela mana-mana yang sempat, TAWAKKAL TU ALALLAH..sebab cam aku dh cakap tadi..tak sempat campur ngan kepala dah senak..so jangan sampai " yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran " memang serah bulat-bulat pada DIA..moga dipermudahkan...

Masuk je dewan exam...berdebar juga, dapat soklan...alhamdulillah..TEPAT KESASARAN..ALHAMDULILLAH, kebetulan ape yang kami baca berkait ngan NUSUS FALSAFIAH yang kami exam semalamnye..tokoh-tokohnye orang yang sama..alhamdulillah...so, amik pen, BISMILLAHITAWAKKALTUA'LALLAH..

Kesimpulannye, jangan study last minute atau ape2 jela..dan tawakkal tu perlu, yang penting USAHA DULU..ye tak...emm...so chek it out balik..jadual study, dan sistemkan balik ape2 yang patut...jangan main taram je..huhuhu...

Friday, January 18, 2008

GEMPAR!!! JOM TENGOK BERITA...KES BUNUH DI MANSURAH...PELAJAR TERLEPAS HUKUMAN GANTUNG...

Pelajar Malaysia terlepas hukuman mati di Mesir
17/01/2008 7:09pm

SHAH ALAM 17 Jan. - Pelajar tajaan Malaysia di Mesir, yang dituduh membunuh rakan senegaranya Jun tahun lalu terlepas daripada hukuman gantung sampai mati dalam keputusan perbicaraan di Mahkamah Mesir 14 Januari lalu.
Bagaimanapun, tertuduh yang merupakan pelajar tahun dua, Jurusan Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar cawangan Mansourah itu dikenakan hukuman penjara 25 tahun atas tuduhan tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, keputusan tersebut pasti menggembirakan pelajar berkenaan yang selama ini merasakan bakal dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
``Saya menerima laporan tersebut melalui kiriman pesanan ringkas (SMS) pegawai kita di sana, pagi ini yang memaklumkan pelajar berkenaan terlepas hukuman gantung.
``Selain itu, saya dimaklumkan, pelajar terbabit juga dibenarkan membuat rayuan bagi mengurangkan tempoh hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya," katanya di sini hari ini.
Abdul Rahman enggan mendedahkan identiti pelajar yang berasal dari Dengkil, Selangor dan ditaja oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu.

Wednesday, January 16, 2008

DEMI MASA...

Assalamualaikum..w.b.t,
Salam Imtihan, Salam Ma'al Hijrah...wat teman2 seperjuangan, peperiksaan dah separuh dah habis..emm...so..kaji punya kaji..bagaimana agaknye dengan peperiksaan anda?...aku dan kawan-kawan tahun ni dikejutkan dengan soklan yang memang kami tak jangka...bukan soklan dia..berani mati..tapi..soklan dia senang sangat-sangat..sampai jawap plak jadi tak kompiden, tu yang musykil tu...aku ngan kawan-kawan jadi cam...sakit pala gak la pikio, sebab aku macam tak percaya je....emm...moga Allah permudahkan, aminnn...
Dah 4 paper dah yang lepas, emm...takut gak ni...macam main2 je aku ni.. jawab exam pun entah ape2..aduss..takutlaa...doa2kan saje...
Malam ni aku jadi miung jap abis semua orang aku kaco, tensyen tu..ntahlaaa....emm..mybe aku tensyen jawab exam tadi, soklan ok je...tapi..jawapan dia...fuhh..dasat maa...
So..aku kene keje kaut lagi, pada kawan-kawan...kaji balik..ye tak? aku rasa memang WAJIB kaji balik, demi kelancaran untuk perjuangan seterusnye..ye tak?!!
PERJUANGAN BELUM SELESAI...

REHAT SAT...??


MyLiveComments

Sunday, January 13, 2008

Friday, January 11, 2008

TAUBAT SEORANG HAMBA...

Hati hiba mengenangkan
Dosa-dosa yang ku lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima taubat hamba berdosa

Ku akui
Kelemahan diri
Ku insafi
Kekurangan ini
Ku kesali
Kejahilan ini
Terimalah..
Terimalaah...
Terimlaah
Taubatku ini

Telah aku merasakan
Derita jiwa dan perasaan
Kerna hilang dari jalan
Menuju redhamu
Ya Tuhan..

Ku akui
Kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah
Terimalah
Terimalah
Taubat ku ini....

Dihamparan ini ku meminta
Moga taubat ku diterima...

Ku akui kelamahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah
Terimalah
Terimalah...
Taubat ku ini...

TERIMALAA...TAUBAT KU INI

Wednesday, January 9, 2008

MY MOTHER...

Who should I give my love to?
My respect and my honour to?
Who should I pay good mind to - after Allah,And Rasullullah?
Comes your Mother,
Who next?
Your MotherWho next?
Your MotherAnd then your Father

Cause who used to hold youAnd clean you and clothe you?
Who used to feed youAnd always be with you?
When you were sick, stay up all night,Holding you tight?
That’s right no other,
my Mother

Who should I take good care of,
Giving all my love?
Who should you think the most of - after AllahAnd Rasullullah?
Comes your Mother,Who next?
Your MotherWho next?
Your Mother And then your Father

Cause who used to hear youBefore you could talk?
Who used to hold youBefore you could walk?
And when you fell, who’d pick you up?
Clean your cut?
No one but, your Mother, my Mother
Who should I stay right close to?

Listen most to?
Never say no to – after AllahAnd Rasullullah?
Comes your Mother,
Who next?
Your Mother
Who next?
Your MotherAnd then your Father

Cause who used to hug youAnd buy you new clothes?
Comb your hair and blow your nose?
And when you cried who wiped your tears?
Knows your fears?
Who really cares?
My Mother

Say Alhamdulillah,
Thank you Allah
Thank You Allah
for my Mother

Thursday, January 3, 2008

SALAM TAHUN BARU...

SELAMAT TAHUN BARU...
Tak terlambat kirernye aku nak ucapkan "SELAMAT TAHUN BARU" buat semua yang membaca blog aku ni...baru 3 hari berlalu masuk tahun baru...

Buka buku baru, tutup buku lama, azam baru....azam lama? :) senyum sendiri memikirkan, pada aku kene chek semula kot..mana-mana yang tak tertunai..ye tak? Takut gak ni...bermula detik 12:01 minit 1 JANUARI 2008, aku mula pasang azam baru dan buka lembaran baru, biarkan kenangan 2007 berlalu...memang best!! Bukan terus lupa buku lama...dah tak nak pusing belakang pada aku menyakitkan...Bukan bermakna kita kene lupa just abaikan je, pada yang nak chek...tafaddal..yang tak nak luka lama berdarah lagi...kene wat list awal-awal ape yang belum tertunai dia masa yang lepas...ye tak?

5 aribulan aku exam...nape ntah tahun ni cam tenang manjang...ape kes... aku pun tak tau, tak rasa pun nak exam...rasa ape ntah!!! Aku ni ade masalah jiwa kot hhahahahahahaha....takdela, aku takut gak cuma saje je mengcoolkan keadaan...tak nak gabra..tapi jadi tenang sangat plak..pelik tul...takpela moga ketengan ini berterusan...

Aku tipon mak aku arini, citer-citer hal aku kat sini and tanya hal kampung pas banjir...Mak kata atok aku sakit la ni...mybe oprate hari ni...adik aku jaga kat spital, mak aku just ulang alik je, emmm....aki aku tinggal ngan adik lelaki aku, diorang ulang alik je...adik aku 2 orang and sepupu 1 orang jaga ...ok lah tu wiso gak aku sebenarnye...

Pastu mak citer hal persediaan kahwin adik aku nombor dua, angah...emmm...alhamdulillah, berjalan lancar, arini jumpa tok imam hal akad nikah and ape ntah..aku pun tak tau, coz aku pun tak kawin lagi...hehehehe...adik aku jalan dulu, ok pe...dah jodoh dia dulu ye tak..mak akau kata kita kembali ke LOH MAHFUZ....adik aku insyallah akan melangsungkan perkahwinannya 1 februari akad, 2 februari kenduri....emm...alhamdulillah mogaa..dipermudahkan segalanye..and adik aku di bawah lembayung rahmat kebahagiaan...aminnnnnnnnnnnnnnnn.....

Emm...aku? stay cool..abis study lu baru pikio...dah keje, dah setle semua...baru pikio, bukan tak terpikio langsung..cuma...malas ade, serik ade, takut pun ade...so..kalau tak nak tanggung risiko lain..jangan pikio lagi, karang study ntah kemana...ape ntah ke mana...ye tak? Pepepun..just wait and see..doa. usaha. ikhtiar dan TAWAKKAL....yang penting buka buku baru, lembaran baru, azam baru dan yang sama waktu dengannya....

Exam aku lagi sehari, ngafal2 benti jap...tapi jadi benti lama plak...hehehe....study 5 minit benti 5 jam ape kes....hahaha...anyway, pada kawan-kawan ku selamat menghadapi IMTIHAN moga beroleh kejayaan bersama...KITA BALIK TAHUN NI....bawa GADING EMAS untuk KUAGA...CITA-CITA, IMPIAN dan sebagainye,yang penting DUIT ( DOA . USAHA . IKHTIAR . TAWAKKAL )jangan duk atas tikar sejadah je, baca buku tak...ape pun tak...sama je..laa...yang penting..USAHA allah akan tentukan...AMINNNN...

SALAM MUJAHADAH, SALAM IMTIHAN...