Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Photobucket

Saturday, June 28, 2008

SEMASA : GENCATAN SENJATA TERGUGAT!!!

Thursday, June 26, 2008

>> Israel menangguhkan pembukaan sempadan(perlintasan) antara Israel-Gaza, melibatkan laluan perdagangan. Ehud Barak, Menteri Pertahanan Israel mengarahkan agar sempadan-sempadan yang bersempadanan dengan Gaza tidak dibuka, menurut sumber semalam. Rentetan itu adalah balasan ke atas 3 serangan roket yang dilancarkan oleh SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI). Sumber menyatakan, serangan itu dilancarkan dari Gaza dan jatuh di Sderot, Israel. Kerajaan Israel mengungkapkan "tindakan ini adalah bahaya, dan tidak menghormati persepakatan gencatan senjata". Menurut radio Israel, Ehud Barak mengeluarkan ketetapan dengan menutup sempadan Israel-Gaza, terutama yang melibatkan perdagangan. Israel juga menolak permintaan pembukaan sempadan Qarni, sempadan Sufa, sempadan Nehal Auz yang digunakan untuk mengeksport barangan kargo dan bahan bakar ke Semenanjung Gaza.

Menurut radio Israel, Ehud Barak akan bermesyuarat dengan pihak-pihak di bahagian Keamanan Israel dalam masa terdekat bagi menetapkan sempadan-sempadan sama ada ditutup atau dibuka.Sementara itu, Kerajaan Israel turut membuat aduan rasmi kepada Kerajaan Mesir berikutan serangan roket keSderot yang disifatkan "Palestin melanggar persepakatan gencatan senjata".Peter Lener, jurucakap bagi tentera Israel mengatakan "apa-apa pun tidak akan dimasukkan ke Semenanjung Gaza, dijelaskan Gaza telah dibekalkan dan permulaan dimasukkan barang-barang kargo dan keperluan pada hari ahad yang lalu. Katanya, sempadan Erez yang dikhususkan untuk laluan ramai dibuka bagi pesakit-pesakit dari kalangan penduduk Palestin untuk mendapatkan rawatan.Ehud Olmert, Perdana Menteri Israel dan Ehud Barak dijadualkan akan mengakan pertemuan bagi membincangkan bentuk balasan terhadap serangan roket.

Dinyatakan, 2 serangan roket ke Sderot mengakibatkan kerosakan harta benda dan dua penduduk Israel mengalami kecederaan. 1 lagi serangan roket jatuh ke atas sebuah kebun, luar bandar Sderot.Walaubagaimanapun, pejabat Perdana Menteri Israel mengatakan serangan roket ini mengancam gencatan senjata, tetapi Israel tetap berpegang atau memberi komitmen terhadap persepakatan gencatan senjata.Di pihak HAMAS, menurut jurucakapnya Sami Abu Zuhri mengatakan, HAMAS bersama pejuang-pejuang Palestin yang lain terus memberi komitmen terhadap gencatan senjata dengan Israel.Menurut Abu Zuhri, pembukaan sempadan telah ditetapkan pada jam 8(GMT) yang membenarkan kemasukan barangan keperluan, bahan bakar(akan ditambah dari semasa ke semasa) selepas bermulanya gencatan senjata, seperti yang disepakati antara HAMAS dan Israel.Sementara itu, Pengerusi Yayasan bagi Stesen janakuasa di Semenanjung Gaza mengatakan, kerajaan Israel melarang kemasukan solar dan minyak ke Gaza melalui sempadan Nehal Auz yang dikhususkan untuk pengeksportan bahan bakar ke Timur Gaza. Menurutnya, Gaza mengalami krisis bahan bakar pada tahap kritikal, dan memerlukan 12 ribu tan bahan bakar dari Israel dengan segera.

>> JIHAD ISLAMI mengakui pihaknya bertanggungjawab dengan serangan roket semalam. Iaitu serangan pertama selama gencatan senjata disepakati. Dinyatakan, serangan roket ini adalah serang balas terhadap pembunuhan yang dilakukan tentera Israel ke atas pemimpin SARAYA AL-QUDS(JIHAD ISLAMI) di Nablus, Tebing Barat.Bagaimanapun, JIHAD ISLAMI menjawab berkenaan gencatan senjata, iaitu "secara berkecuali". JIHAD ISLAMI tetap berpegang dengan gencatan senjata tetapi mengikut apa yang Israel mampu dan berupaya terhadap gencatan senjata ini.

>> Sumber perubatan Palestin, menurut seorang saksi mengatakan, seorang petani Palestin parah dan kritikal awal pagi semalam akibat tembakan tentera Israel, di Timur bandar Khan Yunus, Utara Gaza.Sementara itu, gerakan pembebasan Palestin di Tebing Barat mengatakan, pihaknya tidak akan berdiam diri dengan tekanan Israel di sana. Sumber menyatakan, pasukan penakluk(Israel menangkap 8 penduduk Palestin dengan alasan mereka 'dikehendaki' di beberapa kawasan yang berlainan.

>> Rentetan persepakatan gencatan senjata, Sami Abu Zuhri(Jurucakap HAMAS) mengatakan kenyataan wakil Israel berhubung persetujuan Mesir yang melibatkan pembukaan sempadan Rafah dengan pembebasan tentera Israel yang ditawan pejuang Palestin di Gaza semenjak 2 tahun lalu, adalah tidak benar.

Abu Zuhri menambah(sumber media elektronik), mengatakan "isu Shalit adalah berkait rapat dengan dokumen penukaran tawanan (tentera Israel-penduduk Palestin yang berada dalam penjara Israel) berdasarkan syarat-syarat yang telah dinyatakan sebelum ini. Shalit tidak akan dapat melihat cahaya sehinggalah penduduk Palestin yang berada dalam tawanan Israel juga boleh melihat cahaya".Sumber menyatakan, Husam Zaki jurucakap bagi kementerian Luar Mesir, "Mesir yang boleh mengeluarkan ketetapan sama ada sempadan Rafah di buka atau tutup".

Sumber maklumat(26/06/08, suratkhabar Misril-Youm dan suratkhabar Al-Akhbar)

No comments: