Monday, June 16, 2008
Posted by
DEMI MASA
at
Monday, June 16, 2008
0
comments
Thursday, June 12, 2008
MOU MUADALAH DI BATALKAN...

Menurut sumber daripada akhbar tempatan menyatakan bahawa antara punca utama kerajaan membatalkan memorandum persefahaman (MoU) antara institusi pengajian tinggi tempatan dengan universiti tersohor di Mesir iaitu Universiti Al-Azhar, adalah kerana ianya tidak laku dan kurang mendapat perhatian di bawah sektor pekerjaan selain dari kursus Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT).
Antara kolej yang turut terlibat secara langsung menghantar pelajarnya menyambung pengajian di Al-Azhar selepas belajar di dalam negara dua atau tiga tahun termasuklah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kedah, dan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di Kelantan.
Sekian.
Posted by
DEMI MASA
at
Thursday, June 12, 2008
0
comments
Labels: BATAL LAGI...EMM....APE2LAAA....
MERDEKAAA!!! exam dah habisss....natijah la plak..adehhhh!!!
Assalamualaikum...buat teman-teman seperjuangan, dah lama tul tak menconteng aku nye blog ni...huhhu..emm...exam ma....
Emmm...kelmrin exam aku tamat...final sem...doa2kan laa aku moga2 dapat balik tahun ni...amin YA RABBB....sebut tentang exam dah habis...pasni natijah laa plak...pada semua sahabat..sekadar peringatan bersama, kita cuba perhatikan kalau time exam ni...solat jema'ah, ngaji quran, sedekah amal kebajikan...tak lekang...tapi bila dah habis exam...semua ntah kemana...ingatan laa untuk aku ni sekali, aku tak kata orang lain...sama je kita ni yg bezakan cuma iman dan taqwa...selaku seakidah kene sling ingat mengingati...ye tak!!!
Muhasabah, solat jema'ah, amal kebajikan....kalau leh biarla kita istimrar, tak dapat buat banyak kita buat sikit, janji berterusan...kadang-kadang yang sikit tapi berterusan tu lebih bermakna...solat hajat jangan tinggal...ni ayat yang sokmo kita dapat dari pemotivasi...maksudnye taqarrub ilallahh jangan nak tggu exam je...pastu lupa...ni lah manusia kan!!! Bila susah masyaAllah dia lah jadi tok wali..berzikir 24 jam....tepuk dada tanya diri???
Emm....macam2 time exam...pas exam lak lagi la macam2...mana tak nya...tunggu result lak...masa ni...tido makan....serba tak kena, nasib baik laa mandi gak kalau tak...huh...apo nak jadi jang oiitt!!!...kalah orang bercinta...
Emm...buat sahabat-sahabat yang baru...nantikan degupan jantung yang akan terhenti dengan tiba-tiba dik penangan natijah yang nak kuo...bukan mati ek!!! tapi perkara mati ni...kita tak tau..doa dan tawakkal jela...kita dah usaha...moga Allah permudahkan...
Ape lagi ek nak tuliss...aku pun takde idea ni..maklumlaaa kepala ni tak center mana lagi..hahaha....
Key lah ade masa aku tulis lagi...tapi bukan nak cerita hal aku...kita tengok perkembangan semasa lak...
.....innallaha ma'assaobirin....
" bersabarla....allah bersama insan-insan yang sabar ...."
Posted by
DEMI MASA
at
Thursday, June 12, 2008
0
comments
Sunday, May 11, 2008
SALAM IMTIHAN!!! MAAAAAAAAKKKK NAK BALIK
Tarikh-tarikh di kalendar di pangkahkan besar-besar agar jelas kelihatan kuantiti masa yang sudah hilang. ‘Exam’ sudah semakin dekat begitu juga dengan cuti musim panas. Gundah bercampur dengan girang. Gelojak kedua-dua perasaan mula berkecamuk. Mengelirukan.
Exam oh exam. Kenapa mesti wujudnya ‘exam’? Apakah rasionalnya ‘exam’? Dunia ini memerlukan ‘exam’ kah? Kenapa para akademik begitu taksub dengan istilah puaka ini sehingga terasa tersiksa pelajar-pelajar dibuatnya. Kesian mereka. Terpaksa mengharungi musim ‘exam’ seolah-olah mengharungi musim satu wabak penyakit. Ia datang dan pergi membawa segala macam jenis sindrom. Bagi mereka yang tidak tahan, lemah imun psikologinya, sindrom ‘stress’ dan kemurungan akan menghinggap seolah-olah taun yang merencam sistem pencernaan.
Malangnya, wabak ini wabak bermusim.Selagi berstatus sebagai seorang pelajar jangan harap ingin lari daripadanya. Kitaran ‘exam’ sentiasa berulang.‘Exam’ datang dan pergi tetapi perginya pasti kembali.
Oh tuhan, apakah ada ubat! Apakah ada vaksin yang mampu mempertahankan diri ini daripada wabak yang menakutkan ini?
Apabila datang musim ‘exam’ maka bermulalah wabak ini. Wabak ini begitu dahsyat. Semua pelajar pasti dijangkitinya. Semua pelajar pasti jatuh ‘sakit’. Ketika inilah ramai yang akan mula mencari Tuan ‘Doktor’. Ramai akan mencuri segala ruang yang ada untu berbicara kepada-Nya merayu agar dihulurkan bantuan dan dipermudahkan ujian. Tuan ‘Doktor’ memang sudah lali dengan keterbiasaan ini. Keterbiasaan dimana diri-Nya hanya diseru ketika musibah mendatang.
Namun demikian, rayuan bantuan yang dipinta secara ikhlas dan sopan pasti disambut baik oleh Tuan ‘Doktor’. Amat jarang sekali untuk Dia menolaknya. Tetapi, Tuan ‘Doktor’ tidak menghulurkan ubat seperti yang dipinta secara magik. Wujud dengan sekali hembusan mahupun mencul, entah dari mana, di telapak tangan secara tiba-tiba. Apatah lagi untuk melihat-Nya adalah sesuatu yang mustahil. Oleh sebab itu, ramai yang akan rasa kecewa. Tidak kurang juga ada yang rasa was-was, diracuni keraguan.
Walaupun begitu, usahlah kita kecewa, usahlah kita putus asa. Firman-Nya sahaja sebenarnya sudah cukup untuk melemahkan vektor jahat yang dibawa oleh wabak ‘exam’ ini. Percuma tanpa sebarang bayaran.
" Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah ( datangnya ) dan apabila kamu ditimpa kemudharatan, maka hanya kepadaNYA lah kamu meminta pertolongan..." ( Surah An - NAhl : 53 )
Kata-kata yang diberi bakal menyembuhkan dengan keizinan-Nya. Namun, tidak memadai sekiranya kata-kata-Nya diambil secara bulat-bulat sebagai penawar. Ubat tidak boleh menyembuhkan tanpa ada usaha. Usaha mesti datang dari pesakit itu sendiri bagi melengkapi terapi yang dimintanya.
‘Exam’ itu satu wabak dan wabaknya bermusim. Musimnya tetap dan datangnya dapat dijangka. Oleh sebab itu, ada sahaja masa untuk kita bersedia. Persediaan mental itu sudah tentu perlu dan persiapan bekalan ilmu untuk menghadapinya itu pastinya wajib. Berilah apa sahaja ubat pun tetapi jika diri sendiri yang menempah bahana, jika diri sendiri yang lalai dan menjerumus kepada kecelakaan tiada siapa mahupun apa yang dapat membantu.
‘Exam’ usah terlalu dirisaukan. Ya, ia memang satu wabak, satu perkara yang menakutkan. Tetapi, di sebaliknya ada manisan Rahmah yang menunggu untuk dihirup oleh mereka yang sabar dan yakin datangnya adalah satu ujian.
‘Exam’ usah terlalu dirisaukan. Walaupun ia sukar, sukarnya ada satu pengajaran. Satu pengajaran bagi mereka yang angkuh dan bongkak agar mereka sedar hakikat sebenar menjadi seorang insan yang perlu kepada tuhan, yang lemah tatkala dihurung musibah.
Hadapilah ‘exam’. Jadikanlah ia sebagai satu kayu ukur. ‘Exam’ akademik, jadikanlah ia sebagai tanda aras kefahaman kita terhadap sesuatu subjek. ‘Exam’ kenaikan pangkat, jadikanlah ia sebagai indikasi dedikasi kita terhadap sesuatu tugas. Namun, yang paling penting sekali, ‘exam’ takwa. ‘Exam’ terbesar yang graduasinya adalah graduasi segala graduasi. Sijilnya adalah sijil di atas segala sijil. Exam yang mengundang pahit kepada manis fantasi hidup di dunia yang penuh dengan ilusi. ‘Exam’ yang hanya ada dua kemungkinan.
Posted by
DEMI MASA
at
Sunday, May 11, 2008
1 comments
Labels: imtihan...imtihan
Tuesday, April 29, 2008
NAK BERJAYA KE TAK???? JANGAN TIDO YEE...
Posted by
DEMI MASA
at
Tuesday, April 29, 2008
1 comments
Labels: Salam mujahadah
Friday, April 18, 2008
SALAM IMTIHAN!!!!
SALAM IMTIHAN !!!!
Salam buat sahabat-sahabat seperjuangan,
Seperti mana yg kita sedia maklum ( eh! ayat skema laa plak!!! ), exam dh dekat ek!! Camner persediaan??? agak-agak dah bis ke kitab yang dah kuar tu, bagi yang tak keluar kitab lagi sabao laa ek...biasala kita dok ngaji ni, yang penting jangan putus asa. Rasanye semua dah kuo kot..zaman aku je...dulu pernah seminggu sebelum exam kitab baru kuo...amik kau...senak nak ualng kaji...
Emm....Jadual exam tak kuo lagi ni...kalau universiti cawangan lain dah kuo, kami di Mansurah ni jadual takhalluf ( repeat paper ) pun tak kuo lagi , jauh sekali jadual syafawi ( ujian lisan ) dan juga tahriri ( ujian bertulis )....jadi senak plak memikio...tapi biasala untuk pengetahuan sahabat - sahabat yang tak ngaji sini ni kita leh share sama-sama rasa ngaji kat mesir ni...pesanan aku buat yang nak datang sini kene buat bersediaan mental dan fizikal serta segala-galanyelaa....kalau tak mungkin tak mampu nak bertahan...
Sebab sepanjang pengalaman aku dok sini...emm...ade yang baru sampai tapi tak masuk pun kuliah lagi dah balik dah...kenape? emm..kene tepuk dada tanya hatilaa....konklusi yang aku dapat buat...kurang daya ketahanan dalaman dan luaran...aku citer laa skit pengalaman aku ek...imbas kenangan...
Sistem Al-Azhar lebih mengadabtasi dari kitab TURATH ( sekolah pondok ) yang di modenkan, ( cetak semula je...guna tulisan baru ) perjalanan sistem pengurusan yang manual juga memang jauh sekali dengan universiti-universiti yang ada kat dunia ni...tapi pada aku itulah keaslian AL AZHAR universiti tertua di dunia...mana ada universiti lain pakai sistem manual dah...
Contoh...tak tengok jauh..kertas soalan....emm..kalau di Malaysia...ha...komputer nye cetakan....kalau sini...jap lagi nak exam doktor baru wat soalan dapat kertas soklan yang panas lagi baru lepas taswir ( fotostat) bukan komputer yang cetak...doktor tulis tangan tu...tau-tau je laaa tulisan arab ni....sebab tu kat sini tak pernah ada soklan bocor...hebat tak hebat...haa....amik ko...mula-mula aku datang sini memang rasa nak tempah tiket balik je...tapi...Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambanya....aku teruskan juga perjuangan kat sini...dan insyaAllah inilah tahun terakhir di sini...sedih sangat-sangat nak tinggalkan mesir ni...kenangan banyak...banyak ajar aku segalanya...jika diizinkan Allah...ingin aku jejak semula satu hari nanti...amin ya rab...
ok itulah sedikit sebanyak cerita kat sini...awal-awal dah ade imtihan....tak yah masuk exam dh ade exam dulu dah...ujian ketahanan....emmm....ALLAH TAKKAN UJI HAMBANYE JIKA HAMBANYE TAK MAMPU...
EMM...sowi laa...dah lama aku dok menconteng kat "alam maya" ni...emm...laaa ni sibuk dengan persediaan untuk exam...so...masa terbatas...ni pun aku curi-curi...kebetulan tadi gi kuliah doktor tak datang tepon ketua kelas..depa kata..datang hari ahad ade perjumpaan dengan doktor...so...aku masuk cc sat teman kawan aku...dia tepon mak....
Ok laaa...aku benti satakat ni lu kot...lain kali aku sambung balik...pengalaman dalam dewan exam...yang ni lagi mencabar...nantikan sambungan citer aku...hehehehe...cam nak wt filem lak...hihihihi...ok
SALAM IMTIHAN BUAT SAHABAT....
" BIAR PENAT JANGAN TENAT "
adik aku kata :" SINGLE is SIMPLE, DOUBLE is TROUBLE, TRIPLE is DOUBLE TROUBLE...
Posted by
DEMI MASA
at
Friday, April 18, 2008
0
comments
Labels: salam imtihan....
Saturday, March 29, 2008
ASSALAMUALAIKUM....
SALAM SEJAHTERA BUAT SAHABAT..DAN TEMAN-TEMAN SEPERJUANGAN..
Emm...dah lama tul aku tak " mengerjakan " blog aku ni, macam dah usang ek!! Punya le lama bebenau aku tak update, aduss...aku sebenarnye sibuk skit...laa ni kuliah aku kene attend le plak, pastu khamis ni siap ade ujian lak!! Cam ujian kelayakan laa lebih kurang...makin senak pala aku bila pikio...
Baru-baru ni pensyarah aku masuk " muhadharah " berleter kat aku dan kawan-kawan aku, termasuk geng-geng aku yang arab tu sekali....PERANAN MAHASISWA!! KEBANGKITAN MAHASISWA!! Pergh!!! Sukar untuk aku percaya ape yang di alami..ape tidaknya...baru je lepas aku masuk join program forum perdana bersama TUAN IBRAHIM TUAN MAN, US NIK ZAWAWI dan tak ingat dah sape namanye...anjuran Badan Anak Selangor Mesir...Sekali balik dari kaherah masuk ke kuliah kene lagi sejibik...memang best dua kali basuh...beliau lebih tumpukan pada mahasiswa ISLAM...khusus pada mereka yang mengaji AGAMA...
Terkesima aku seketika bila di sentuh " Kamu selaku pelajar azhari dan azhariah perlu merasa bangga kerana terpilih untuk berada di universiti terulung AL AZHAR...tugas kamulah nanti untuk membentuk masyarakat, membimbing masyarakat...nak tegur remaja-remaja kita yang makin hari makin parah...kita yang mengkaji, mendalami, mengaji ilmu agama inilah yang bertanggung jawab...dalam segenap aspek..." terjemahan aku dan kawan-kawan...hehehe...
Begitulaa..konklusi yang leh aku buat dari ape yang pensyarah aku bagitau...( kalau nak taip semua yang dia cakap..nanti aku lak yang jadi pensyarah..mana leh derhaka..) konklusinye..KITALAH JUARA...maknanya kita kene berusaha menjadi ULAMA' WARATHATUL ANBIYA'..yang pasti pepandai le korang wat konklusi sendiri...aaa lu pikir la sendiri... :)
Ape lagi aku nak citer ye...nantila lain kali aku sambung bebelan aku keyh... Salam Reformasi!!
Posted by
DEMI MASA
at
Saturday, March 29, 2008
0
comments
Labels: chit chat...yesss za..