Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Photobucket

Friday, November 23, 2007

FORUM DR. FADHILLAH KAMSAH DAN DR MASHITAH

IKHLAS

HIKMAH

RINTIHAN HATI DIA MUJAHID

Segala puji hanya bagimu Tuhan
Lantaran telah menjadikan daku seorang wanita
Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam
Dengan seindah dan sebaik ciptaan

Daku...
Situlang bengkok
Yang Kau gubah dengan kekuatan perasaan
Mengatasi panjangnya akal fikiran
Sebagai fitrah dan anugerah
Hasil doa seorang lelaki

Namun...
Ya Allah...
Biarkan kejadianku memberi guna
Bengkok yang ada menfaatnya

Kiranya daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami..
Seorang MUJAHID
Pengembang perjuangan disayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati..
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa

Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah
Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi

Setulus Siti Fatimah
Yang sering ditinggalkan suami Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakan pulang?
Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan

Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta
Ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelehan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir!!

Namun...
Ya Tuhan...
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku
Sekeping hati yang sentiasa insaf
Hak seorang suami
Tidak kan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya

Dan sememangnya daku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu

Jua...
Memiliki puteri setabah seteguh Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman

Atau..
sesuci..Maryam...
seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni
Siti FatimahIbu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi

Namun...
Mudah mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Srikandi srikandi yang mampu...
Memakmurkan mukabumi Allah
Dengan ketaqwaan..

Kesolehah ramainya ummat Rasulullah
Yang saling redha berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan Islam diakhir zaman
Sebagaimana kesah seorang ibu
Yang telah kematian putera puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
Aduhai.. kiranya aku punya seorang anak lagi
Kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi".
Dan seandainya daku ditaqdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal
Yang tidak menjadikan kematian suami dan anak anaknya
Halangan kecintaan padaMu Ya Ilahi
Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hambaMu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasihMu sendiri pernah menyatakan
"Kulihat kebanyakkan dari isi neraka itu adalah wanita"

KASIH PUDAR TANPA AGAMA

"ALAM perkahwinan adalah fitrah semula jadi manusia, menjadi impian semua orang. Melaluinya akan terbentuk institusi keluarga dan melahirkan zuriat yang dapat meneruskan keturunan manusia".

Dalam Islam perkahwinan satu tuntutan yang perlu dipenuhi.Sebelum ke gerbang perkahwinan, aspek pemilihan jodoh perlu diberi perhatian kerana kesilapan membuat pilihan mengakibatkan masalah kemudian hari.Senario masa kini mendapati kebanyakan anak muda lebih gemar memilih faktor keluarga, harta benda, kecantikan dan pangkat untuk mengikat tali percintaan dan membina gerbang perkahwinan.

Secara fizikal, kriteria pemilihan jodoh tiada cacat celanya, tetapi apabila ia dijadikan keutamaan sehingga agama diketepikan, maka ia satu kesilapan besar kerana boleh menyebabkan kemanisan alam perkahwinan menjadi pudar dan akhirnya berlaku perpisahan.Pakar motivasi, Ahmad Shukri Yusof, berkata kesilapan besar bagi pasangan yang ingin berkahwin tidak meletakkan agama sebagai keutamaan dalam membuat pilihan jodoh mereka.

Menurutnya, kesilapan itu juga mengakibatkan hubungan suami isteri tidak bertahan lama, malah berlaku pelbagai kejadian tidak diingini.

“Kriteria Nabi Muhammad s.a.w sebut walaupun sudah lama, ia masih relevan. Agama perlu menjadi asas memilih jodoh supaya perkahwinan dan kebahgiaan yang dibina bertahan hingga ke penghujung nyawa.“Jika betul-betul berasaskan kriteria yang disebut nabi, tiada timbul pelbagai perasaan dalam alam rumah tangga, seperti ragu-ragu atau takut tidak berasas,” katanya.

Islam menggariskan beberapa panduan kepada umatnya memilih jodoh, seperti mengutamakan lelaki atau wanita beragama dan berakhlak, sebagaimana sabda nabi bermaksud:“Apabila datang kepada kamu seorang yang kamu puas hati dari sudut agama dan akhlaknya, maka kamu kahwinkan anak kamu dengannya segera. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya timbul fitnah di muka bumi ini dan kerosakan yang akan ditempuhnya nanti.” (Riwayat Abu Hurairah)

Umat Islam juga perlu mengelak memilih jodoh dari kalangan lelaki atau wanita fasik.Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesiapa yang mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturahim dengan anaknya.

Selain itu, kita dianjurkan memilih jodoh dari kalangan yang sihat, bebas dari penyakit yang dibimbangi mengganggu tugas sebagai suami atau isteri.Pasangan itu pula biarlah sepadan bagi mengelak keaiban pada beberapa perkara tertentu dan untuk mencapai persamaan dalam bidang sosial, sekali gus menjamin kesejahteraan hidup suami isteri, tanpa ada yang berkecil hati atau rendah diri.Walaupun aspek itu bukannya syarat sah perkahwinan dan tidak dipersoalkan ketika majlis ijab dan kabul, namun ia mempunyai pengaruh besar terhadap hubungan suami isteri.

Ahmad Shukri turut mengingatkan anak muda supaya tidak mudah terpedaya dengan istilah cinta, seperti cinta pandang pertama kerana ia tidak boleh dijadikan asas dalam memilih jodoh.“Cinta hanya sementara, malah cinta itu buta. Jika cinta tidak berteraskan anjuran agama, ia boleh pudar sedangkan mahligai yang mahu dibina seboleh-bolehnya berpanjangan,” katanya.

Beliau berkata, golongan muda perlu menilai dan memahami perkara ini supaya cinta yang selalunya bersemi sebelum perkahwinan tidak menjerat diri pada kemudian hari.Tidak sukar memilih pasangan mengikut garis panduan terbabit.“Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menentukan calon pasangan anda beragama dan berakhlak seperti bertanya orang lain termasuk saudara, kawan, malah melihat tindak tanduknya.“Ini bukan bermakna Islam menolak calon berharta, berkedudukan dan cantik malah ciri ini juga penting kerana sudah menjadi sifat semulajadi manusia suka kepada kecantikan.“Cuma, apa yang penting dahulukan agama. Jika sudah beragama, cantik dan kaya raya, itu tentu pilihan yang baik,” katanya.

sumber : www.hmetro.com.my

pandang kanan... pandang kiri.... pandang depan... pandang belakang.... = serba tak kena

p/s : study no 1, tapiiii pikir kahwin pun bukan no 2 kannn...betul betul betulllll !!!!
Peringatan : Tumpukan yang sepatutnya dahulu, utamakan aulawiyat dalam berfikir dan bertindak... :)

Wednesday, November 21, 2007

PEREMPUAN DARI KACA MATA LELAKI : SEJAUH MANA KEBENARANNYA???

Allah telah menjadikan manusia ini berpasang-pasangan. Malam pasangannya siang, jaga pasangannya tidur, rajin pasangannya malas dan lelaki pasangannya perempuan. Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan. Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai² cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turunlagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya. Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, Maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara spontan, entah tak tahu kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka, tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.

Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu. Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan spontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.

Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Dunia sekarang telah banyak cacat celanya, sehingga ke taraf seseorang yangmemakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT. Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Wallahualam.

Firman ALLAH s.w.t yang bermaksud: "Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Kaum wanita juga tidak terlepas dengan peringatan ini, bilamana ALLAH berfirman selepas ayat di atas: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan......" - surah an-Nuur: 30-31

EXAM OH !!! EXAM...

Emm...cam lama dah tak tengok blog ni, bukan sebab takde masa, aku takde idea....arini ade satu semangat plak nak "memenuhkan" ruangan blog ni...

Alhamdulillah...atas nikmat yang Allah kurniakan...tiada yang lebih berharga, nikmat IMAN dan ISLAM, aiseyh!!! Nape tetiba cam "masuk habuk" je mata ni...nak "hujan" je...sudahlah duhai hati jangan gundah...kene tabah kene kuat dengan ape yang berlaku masukkan dalam lipatan sejarah kehidupan...anugerah yang allah bagi kepada seorang HAMBA YANG DHAIF ini...insyallah setiap kejadian pasti ade hikmahnye...

Okies!!! PASTI BOLEH...exam dah makin lama makin hampir, buku kuliah masih lagi tak kuar...ade 3 buah lagi kalau kos aku ni, ade langsung yang tak kuar...letak dalam diri itu bukan alasan untuk tidak membaca buku atau tidak pergi kuliah. Kuliah makin rancak...doktor ( pensyarah ) dah mula bagi MUQARRAR...( silibus ), takut tengok kitab...takut bila memikirkan keluarga yang menanti di MALAYSiA...sejenak terfikir MAMPUKAH AKU MENUNAIKAN IMPIAN MEREKA, IMPIAN UMMAT ISLAM DAN IMPIAN AKU SENDIRI ??? semakin hari aku rasa aku cam hilang semangat...dik kerana aku pun tak tau...serabut kepala, kenapa entah!!! Kenapa ni...dosa banyak sangat ni..Aku MESTI pastikan TAHUN INI adalah TAHUN AKHIR bagi diri aku, walaupun rasa cam tak puas lagi menggali khazanah ilmu kat sini...tapi, ada misi dan visi yang perlu diselesaikan...jika ada rezki aku pasti akan jejak semula ARDHUL KINANAH...

Sebut tentang MISI DAN VISI...setiap orang pasti ada, teringat TEMAN aku yang kini pulang ke MALAYSIA...punyai cita-cita yang cukup tinggi, nak merantau keseluruh dunia kalau boleh untuk mencari ilmu, aku kagums dengan dia...dan akhirnya dia menjadi IDOLA aku...dia banyak mengajar aku ERTI ILMU dan juga ERTI SEBUAH KEHIDUPAN DAN PERJUANGAN...citer skit tentang TEMAN aku ni...orangnya biasa, tapi luar biasa camner tu? Sedih plak bila teringatkan dia...

Nak juga bercita-cita cam dia..tapi aku rasa aku tak mampu, tuntutan DI MALAYSIA membuatkan aku kene selesaikan MISI DAN VISI di sini..pernah kawan-kawan berkata : NAK MENUNTUT ILMU TU BILA-BILA masa...yang penting ada kehendak...cuma kadang-kadang kene selesaikan juga tanggugjawab kita sebagai anak kepada ibubapa, agama, bangsa, negara...dunia, camner tu? Tapi tanpa ilmu camner nak handle??? betul jugak kan?? so...FEQH AULAWIYYAT nye...kene lah timbang tara...aku pun jadi terkesima gak sebenarnya bila memikirkan hal ni...fenin-fenin...cuma aku letak jangan sampai " yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran" ape pun takde...ye tak???!!

Monday, November 19, 2007

CERITA HATI...

Semalam...
Yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Kadang ketawa

Dan kini...
Ku mencari
Kalau masih
Ada kesan
Yang terus terseksa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada bersempadan

Pada awan biru
Ku melakar kata-kata
Pada langit cerah
Ku panas semua cerita
Dengarlah mentari
Suara hatiku menyanyi
Berterbangan jiwa
Merentasi pelangi....

Mungkinkah ada esok tuk
Ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta...

Pada awan biru
Ku melakar kata-kata
Pada langit cerah
Ku panas semua cerita
Dengarlah mentari
Suara hatiku menyanyi
Berterbangan jiwa Merentasi pelangi....

Gerimis menitis
Gugur membasahi bumi
Bagai menangisi
Sebuah cerita hati
Andai kau fahami
Semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau
Pasti bisa setia
KE ALAM SYURGA...

DENGARKAN SEGALANYA...

Walau nanti...
Kau kan menghilang pergi
Kan ku tetap
MENANTI...

Walau lautan
Kan kering selamanya...
Kan ku terus setia...
BERSAMA MU...

Dengarkanlah lagu rindu
Ku nyanyikan hanya untuk Mu
Dengarkanlah segalanya...
Dengarkanlah kata cinta

Dengarkanlah bicara hati ini
OH!! KASIH....

Kan ku setia
Menanti kepulangan Mu
Cintaku takkan pudar
Takkan bisa
Kelak hati ku berubah
Bila dirimu bisa
Indah di jiwa

Dengarkanlah diri ini
Dengarkan puisi setia..
Dengarkanlah segalanya..
Dengarkanlah kata cinta
Dengarkan lah Bicara hati ini
Oh!!kasih...

Kanku sanjung cinta Mu
Hingga kehujung Dunia....

Dalam sepi...
Yang menyapa diriku
Bayangmu hadir di hati...
Dalam kelam...
Kau terangi dunia Ku...
Bak Sang Rembulan
Di malam yang sepi...

Dengarkanlah lagu rindu
Ku nyanyikan hanya untukmu
Dengarkanlah segalanya...
Dengarkanlah kata cinta
Dengarkanlah bicara...
Indah didada
Di jiwa...

Yangkan indah selamanya...
DIJIWA....

SELAMAT TINGGAL SAHABATKU...

TEMAN...
KITA SERING DILANDA SEJUTA...
PERMASALAHAN DI DUNIA
YANG AKHIRNYA,
BISA MEMISAHKAN KITA....


MALAM SIANG BERLALU
GERHANA KESAYUAN
TIADA BERKESUDAHAN...

DETIK MASA BERLALU
TIADA BERHENTI
OH SYAHDUNYA...

SEJENAK KU TERKENANG
HAKIKAT PERJUANGAN
PENUH ONAK DAN CABARAN...
BERSAMA TEMAN-TEMAN

HARUNGI KEHIDUPAN
OH INDAHNYA...

BERAT RASANYA...
DI DALAM JIWA
UNTUK MELANGKAH
MENINGGAL KAN SEMUA....
KASIH DAN CINTA...
YANG TERBINA
BIAR TAK KEKAL LAMA..

HATI...
INI SAYU MENGENANGKAN...
SENGSARA...

DI DALAM PERJUANGAN...

JIWA...
KU MERANA DAN MERONTA...
MENGHARAPKAN KEDAMAIAN...
DAN JUA KETENANGAN

TETAPI

KU AKUR PADA HAKIKAT
SUKA DAN DUKA
DALAM PERJUANGAN

PERLU

KETABAHAN DAN KEKUATAN
KETEGUHAN HATI
BERLANDASKAN IMAN

SELAMAT TINGGAL SAHABAT KU...
PEMERGIANKU SEMENTARA
KENANGAN INDAH BERSAMAMU...
TAKKAN KU LUPA, SELAMANYA...

BERJUANGLAH...
HINGGA
KE AKHIRNYA,
DAN INGATLAH...
SEMUA IKRAR KITA!!!!

TAHA HUSSIN:ORENTALIS?!!


Aku dan rakan-rakan sekuliah ditugaskan untuk membuat "bahas" ( assignment ) yang tajuknya cukup senang ( kununnyaa.. ). Agak pening gak cari bahan, jumpa doktor pensyarah aku dia kata cari kat internet...Cari punya cari..sakit gak pala ngadap komp...alhamdulillah dapat lah bahan-bahan. Timbul plak satu lagi masalah "CAMNER EK NAK WAT BAHAS NI??"...Kalau wat sendiri rasanya hancur...Nahu pun tunggang langgang..masa ni baru tau...betapa aku ni lemahnya Bahasa Arab..terutama penguasaan LUGHAH. Bertaubatla...manfaatkan masa yang masih berbaki..


Bincang punya bincang, aku pun ajak kawan-kawan arab aku discuss tentang bahas yang kene wat, so..kesimpulan yang bersimpul tadi alhamdulilah dapat diselesaikan. Settle...seronok gak wat bahas ni rupanya, yelah sepanjang aku berkecimpung dalam syukbah usuluddin ni..tak pernah lak aku kene wat bahas, akhirnya berjaya gak aku wat, arini hantar..selesailah...bahas aku berkenaan ( TAHA HUSSIN: ORENTALIS?!! )


Sebut tentang TAHA HUSSIN ni...mesti ada yang tertanya-tanya sape dia, cam aku gak mula-mula..sapelah dia ni??? Dah abis cari ( putus harapan lah konon ) sampai last..last aku and kawan aku Zuraihan tanya lah Kak Radin ( Isteri Fellow MANHAL Us. Asri ) "akak..taha hussin ni sape?" tiiit..tiiit..mesej di balas. " Taha Hussin pun tak tau? Orang punya glamour tu kat Mesir?" pupp!! Amik kene batang hidung ini petanda yang menunjukkan yang kami kurang membaca...padan muka aku!!! Wakaka...katak bawah gelas..harap je search internet tapi buta gak...padan muka aku..bertaubatlaa...MANFAATKAN MASA YANG BERBAKI...sekali lagi ayat ini bagai ini menerpa ke laluan, lintasan hati...
Keyh !! Berbalik semula tentang TAHA HUSSIN, dia ni seorang pengkritik adab mesir, "AMID KULIAH ADAB" dekan laaa..ni biodata dia:


NAMA : TAHA HUSSIN


TARIKH LAHIR : 14 NOVEMBER 1889


TEMPAT LAHIR : SEBUAH PERKAMPUNGAN KECIL YANG TERLETAK DI MARKAZ MUGHAGHAH DI DAERAH MUNYA UTARA MESIR


ADIK BERADIK : ANAK KE TUJUH DARI 13


PEKERJAAN BAPA : SEORANG BURUH DI SYARIKAT GULA.


TAMAT HAFAZAN QURAN : UMUR 9 TAHUN


LATAR BELAKANG PENDIDIKAN :


- HAFAZ QURAN DAN TAMAT PADA UMUR 9 TAHUN


- UNIVERSITI AL AZHAR ( 1902 ), DI KAHERAH


- LULUS IMTIHAN QABUL UMUR 13 TAHUN


- BUTA KETIKA BERUMUR 3 TAHUN KERANA MASALAH KESIHATAN YANG TAK TERJAGA.


- 1908 : DIA KE UNIVERSITI CAIRO..


WALAUPUN BUTA DIA DAPAT TERUSKAN PENGAJIAN HINGGA KE Ph.D.


- MENJADI DEKAN DI UNIVERSITY ALEXANDARIA



BANYAK MENGARANG KITAB ANTARANYA:


- ASY SYI'RUL JAHILI


- AL AYYAM


- 'ALI HAMISH ASSIRAH


DAN LAIN-LAIN


Nanti aku sambung balik hayat dia...aku nak citer tentang di nyer fikrah dasat maa...dalam buku dia "FI SYE'RUL JAHILI " dia ada mengatakan bahawa bahasa arab ni bukan selayaknye untuk digunakan untuk zaman moden tak up to date laa lebih kurang...pastu dia ade gak mengkritik bahawa AL QURAN ni bukanlaa..diturunkan oleh Allah...bahkan quran ni sebenarnya bukan quran, dia gak tak percaya akan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail... Beliau juga mengatakan bahawa perkataan "SURAH" dalam al quran tu berasal dari lughah "IBRIYAH" (israel nye loghat) yang bermaksud "SILSILAH"...


Dasat dia nye fikrah, terpegun aku dan kawan-kawan baca...Patut la...dia memang di tolak habis-habisan oleh rakyat Mesir...dakyah yang halus...


Taha Hussin ni gak mengingkari bahawa Islam ni punya hubungan dengan nabi-nabi terdahulu..Di dalam kitabnya.." MUSTAQBAL AS THAQAFAH FIL MASR " turut menerangkan bahawa beliau berpendapat dan menyeru : AMIK PERHATIAN!!!


- supaya kerajaan mesir mengikut HADHARAH BARAT ...tanpa ada sempadan dan tidak mengaitkan segala aspek itu dengan ISLAM...


- seru supaya membangunkan negara mengikut undang-undang berasaskan MADANI ( barat gak laa..) dan pisahkan samasekali dengan agama...


- menyeru agar menggunakan bahasa yunani dan latin dlm kehidupan seharian


- MENGHAPUSKAN SISTEM PEMBELAJARAN DI AZHAR...


begitulah serba skit tentang TAHA HUSSIN...nanti sambung lagi...lupa lak...dia mati pada 3 SYAWAL 1393...tamatlah riwayat...


So, bila dikombinasikan dengan negara kita..cam ade yang serupa je...sape plak ORENTALIS tu ye? menyeru untuk ISLAM HADHARI...gunakan bahasa inggeris dalam subjek yang sebelum ni bahasa melayu...perundangan dipisahkan dari ISLAM ( sebab tu takde HUDUD )..teringat lak ceramah ustaz ZAHARUDIN ABD RAHMAN kenal dia masa dia presiden PMIUM...dia datang sekolah aku...dalam ceramah beliau kat you tube laa..." dalam islam ade undang-undang dan tatacara hidup, islam dah dijadikan cantik...kenapa mesti nak marah pada orang-orang yang mengikut prosedur dan undang-undang islam gariskan, marahlaa pada orang yang tak ikut..contoh kita gi restoran 5 bintang pakai kain pelekat...mesti diorg marah...cuba jawab SUKA HATI AKULAA..nak pakai ape...pastu gi pejabat pakai tuala...ape macam...macam tu gak islam dah ade garis panduan kita ikutlaa...bila tak ikut tu yang jadi menyusahkan..." gitulaa lebih kurang...nak tau buka you tube..tengok...amik istifadah ye tak? nak citer dalam ni tak cukup page...


Jangan susah dan menyusahkan..sebab Islam tu senang lagi menyenangkan...yang paling best negara kita..hapuskan SAR..ye tak? serupa tak ngan perancangan orentaliss..keyh sahabat-sahabat renungkan...ni aku list kan yang NEGARA KITA :


- seru gunakan bahasa inggeris dalam matapelajaran sekolah


- pisahkan perundangan dengan agama ( tak guna hukum HUDUD )


- HAPUSKAN sistem SAR ( kalau TAHA HUSSIN tadi..HAPUSKAN SISTEM PEMBELAJARAN AZHAR )


- SERU kerajaan supaya menerima ISLAM HADHARI...


Agak-agak...nampak tak??? dia punya persamaan...just renung dan perhati pikir dan kaji...amik iktibar seterusnya BERTINDAK MENGIKUT ARAHAN...



Friday, November 16, 2007

UNTUKMU PMRAM



Rujukan : http://www.pmram.org


1954
PMM menghantar dua orang wakil ke Kongres Pemuda Islam yang diadakan di Karachi.

1955
Badan politik tersebut tidak dapat diberikan bantuan sepenuhnya kerana ia berada di luar PMM. Justeru, ditubuhkan pula badan perjuangan yang juga bertujuan ke arah mendapatkan kemerdekaan tanah air. Ia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan PMM. Anggotanya terdiri daripada Wan Abdul Kadir Ismail, Wan Husin Azmi dan Hassan Salih. Di antara kegiatannya ialah:
1. Menerbitkan majalah BEBAS yang berfungsi sebagai lidah rasmi perjuangan para pelajar Melayu di Perlembahan Nil.


2. Melaungkan perjuangan pelajar Melayu Mesir melalui radio Mesir yang disalurkan dalam bahasa Melayu.


3. Mengirimkan kawat kepada Persidangan Afro-Asia supaya persidangan itu menyokong kemerdekaan Tanah Melayu.


Pada bulan Januari, seluruh anggota PMM mengadakan Mesyuarat Agung Tergempar bersama Anggota Pengurus dari persatuan pelajar Indonesia, Negara Thai dan Filipina di Mesir. Hasilnya terbentuklah Badan Gabungan Pemuda Asia Tenggara yang memperjuangkan cita-cita pelajar dari empat buah negara dengan lebih luas, tegas dan aktif.
PPM juga telah menggabungkan diri dalam Persatuan Pelajar Kongres Islam yang berpusat di Kaherah bagi merapatkan perhubungan dengan pemuda-pemuda Islam di seluruh dunia. Pada ketika ini juga, timbul keinsafan daripada ahli PMM yang memegang biasiswa atau zakat untuk mengadakan satu tempat yang tetap untuk dijadikan pejabat PMM setelah 25 tahun lamanya berpindah dari rumah ke rumah untuk mengadakan perjumpaan sesama mereka. Ahli-ahli telah bersetuju untuk mengeluarkan derma bulanan secara tetap untuk menyewa sebuah tempat.
Pada Mac 1955, sebuah tempat yang sederhana telah dapat disewa dan ekoran daripada itu, pelajar puteri mula menunjukkan minat untuk berorganisasi dan badan khas (Badan Wanita) telah ditubuhkan untuk siswi.
Pada Jun 1955, Kerajaan Malaya telah menghulurkan bantuan sebanyak 625 pound sebulan kepada PMM.


1956
Pada bulan Oktober, seramai 65 orang pemuda Melayu telah mendaftarkan diri sebagai askar sukarelawan untuk membantu Mesir menentang pencerobohan tiga serangkai Inggeris-Perancis-Israel sebagai tanda simpati. Mereka yang tidak berkesempatan untuk berperang telah menderma darah, manakala pelajar wanita membantu menjahit pakaian tentera. Apabila peperangan tamat, PMM telah menerima dua pucuk telegram khas daripada Jamal Abdul Nasir yang mengucapkan terima kasih atas pengorbanan pelajar Melayu. Apabila beliau dilantik sebagai Presiden, PMM telah mengucapkan tahniah atas perlantikan beliau dan menghadiahkan sepasang pakaian kebangsaan Melayu dan sebilah keris sebagai lambang perjuangan bangsa Melayu.
Pada 25 Oktober, PMM telah menubuhkan sebuah badan gabungan yang dinamakan Badan Perjuangan Melayu Se-Timur Tengah yang bertujuan untuk menyatupadukan dasar anak-anak Melayu di Timur Tengah. Dua orang wakil telah dihantar ke dalam Badan Perjuangan Pembebasan Rakyat Islam iaitu saudara Wan Abdul Kadir Ismail dan Dr. Wan Husin Azmi.

1958
PMM menjadi tempat tumpuan wakil-wakil kedutaan negara asing untuk mengenali Persekutuan Tanah Melayu kerana pada ketika itu Tanah Melayu masih belum mempunyai kedutaan di Mesir. PMM mendesak pihak berkuasa di tanah air agar mewujudkan kedutaan dengan seberapa segera supaya segala urusan dan perhubungan di antara kedua-dua buah negara berjalan dengan baik.

1959
PMM meneruskan perjuangan mereka mendapatkan tapak Rumah Melayu sebagaimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan Mesir. Akhirnya segala urusan itu berjaya dan tanah seluas 2.212 meter persegi dihadiahkan oleh kerajaan Mesir dengan rasminya atas nama PMM tetapi untuk menjaga keselamatan pada masa akan datang, maka pada pertengahan bulan 1960 nama pemilik tanah tersebut ditukar kepada Persekutuan Tanah Melayu.
PMM telah memperbaharui pendaftarannya secara rasmi di sisi undang-undang Kerajaan Mesir dan menguruskan pertukaran pasport baru daripada pasport British kepada Persekutuan Tanah Melayu.

1960
Pada bulan Februari, desakan PMM terhadap kerajaan Tanah Melayu telah berjaya apabila kedutaan Besar Malaysia di Kaherah telah ditubuhkan dengan rasminya dan Duta Besar yang pertama ialah Tan Sri Ghazali Hj. Jawi.

1962
Suara rasmi PMM " Warta" diterbitkan untuk menggambarkan segala aktiviti Persekutuan ini kepada ahli. Ketua Badan Penerangan yang mengasaskannya ialah saudara Mohd Zin Senudin.
PMM menubuhkan sebuah Jawatankuasa Mentafsir Undang-undang Tubuh. Ahli Jawatankuasa tersebut adalah seramai 15 orang yang diketuai oleh saudara Wan Mokhtar Ahmad (Dato' Sri Amar Diraja). Manakala panitia bulan bahasa telah dibentuk bersama oleh pihak kedutaan di sini.
Pada bulan Mac, PMM telah menerima lawatan Menteri Pertanian Malaysia dan Syarikat Kerjasama, Encik Abdul Aziz Ishak dan Syed Nasir Ismail (Pengarah DBP).
Seterusnya PMM menerima lawatan Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew. PMM mengambil peluang membuat pertunjukkan melalui televisyen Mesir sebagai usaha memperkenalkan negara.
PMM juga telah berjaya membuat beberapa tajuk kajian ilmiah dan di antaranya ialah Faham Qadiyani, Hak Milik Perseorangan, Tasawuf dan Hijab.
Badan Penerangan telah mengirim sebanyak 12 berita ke tanah air untuk memperkenalkan PMM.

1963
PMM mewujudkan Panitia Asrama Melayu bagi melicinkan lagi pentadbiran memandangkan pembinaan Rumah Melayu hampir siap. Saudara Abu Bakar selaku Yang Dipertua PMM ketika itu bersama Badan Pengurus telah menolak majlis Pembukaan Rumah Melayu berdasarkan suara ramai kerana kelengkapan yang masih belum mencukupi(air, elektrik, lif dan sebagainya).
PMM menerima lawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak bagi membincangkan masalah bantahan pembukaan Rumah Melayu yang masih belum lengkap.
Pada 31 Ogos, bangunan Rumah Melayu telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tan Sri Ghazali Jawi, Duta Besar Malaysia yang pertama di Kaherah bersempena dengan perayaan menyambut kemerdekaan Tanah Melayu yang keempat.
Pada 19 September, satu memorandum yang ditandatangani oleh Saudara Ghazali Abdul Wahid dan Wan Mokhtar Ahmad telah dihantar ke Kementerian Pelajaran sebagai langkah memperjuangkan Ijazah Timur Tengah.

1964
PMM menghantar satu kawat takziah ke Malaysia berikutan kematian Ustaz Zulkifli Muhammad (Bekas YDP dan Timbalan YDP Agung Pas) serta kawat tahniah kepada YTM Tunku Abdul Rahman di atas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri.
PMM telah menghantar 4 orang wakil tetap ke Kelab Pelajar-pelajar Asing di Kaherah iaitu saudara Ismail Abdul Halim(YDP PMM), Yahya Osman (Setiausaha Agung PMM) dan Ismail Hj. Ibrahim.
PMM mendesak pihak kedutaan membuat penafian kepada akhbar al-Ahram kerana menghina kaum Melayu dalam satu siaran akhbarnya berhubung isu pergaduhan kaum di Singapura. Malangnya, pihak kedutaan tidak mengambil sebarang tindakan dan PMM melahirkan rasa kesal terhadap kedutaan.
PMM menubuhkan satu lagi jawatankuasa memperjuangkan Ijazah Timur Tengah dan mengirim satu lagi memorandum ke tanah air.
PMM telah mencipta lencana dan simbolnya yang tersendiri dan telah memperbaharui pendaftaran dengan pihak berkuasa.

1965
PMM bersetuju menukar nama kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Bersatu (PMRAB).
PMRAB menerima kunjungan DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, YAB Tun Abdul Razak, Menteri Penerangan, Encik Senu Abdul Rahman dan Menteri Pelajaran, Encik Khir Johari.
Beberapa tuntutan telah dikemukakan oleh PMRAB. Antaranya masalah tempat tinggal pelajar perempuan, pengiktirafan Ijazah Timur Tengah dan menggesa supaya biasiswa diberikan kepada penuntut di sini.
1966 PMRAB diminta untuk memperbaharui pendaftarannya.

1967
Pada 31 Ogos, PMRAB telah mengadakan kerjasama dengan persatuan lain untuk menubuhkan Gabungan Mahasiswa Asia Tenggara di Lembah Nil (SOLIDARITA) memandangkan perlunya kerjasama anak-anak Asia Tenggara di perantauan. Persatuan ini diwakili oleh Mahasiswa Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
Tunjuk perasaan telah diadakan oleh ahli-ahli PMRAB bagi membantah sebarang penyelewengan terhadap pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Berikutan itu, pelajar-pelajar di sini telah diberi amaran keras oleh Kerajaan Malaysia.

1968
PMRAB mengeluarkan majalah bulanan "Susila".
Pada tahun ini juga hasrat rakyat Malaysia bergema kembali untuk menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia. PMRAB telah menyalakan sokongan dan mengharapkan pihak Kerajaan Malaysia agar tidak teragak-agak untuk melaksanakannya.


1969
Badan Pengurus PMRAB meluluskan rancangan mengadakan Minggu Pengetahuan pada setiap tahun dengan tujuan untuk menggalakkan budaya ilmu dan belajar kepada ahli-ahli PMRAB.

1970
Pada bulan Jun, PMRAB diketuai oleh saudara Awang Pon Sibon bersama generasi muda yang baru.
Pada tahun ini juga satu pembaharuan telah dilakukan dengan perlantikan seorang siswi sebagai Ketua Badan Pengetahuan iaitu Salehah Osman (beliau merupakan siswi yang ketiga dalam jawatan Badan Pengurus selepas saudari Balqis Abu Bakar dan Faridah Abu Bakar).
PMRAB telah menubuhkan Jawatankuasa Mengkaji Undang-undang Asrama Rumah Melayu dan telah dipengerusikan oleh saudara Wan Ahmad kerana pihak Kedutaan Malaysia telah mengemukakan satu undang-undang yang tidak dapat diterima oleh PMRAB kerana undang-undang tersebut telah mengkhianati kepentingan pelajar Melayu.


1971
PMRAB menubuhkan satu jawatankuasa untuk mempercepatkan pembinaan asrama puteri yang dipengerusikan oleh saudara Abdul Syukur Hashim. Satu jaminan telah diberikan oleh Kerajaan Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM 300.00 dan berjanji akan mendirikannya pada tahun 1972.
Nama PMRAB telah ditukar kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
PMRAM telah memperbanyakkan kursus dakwah dan telah berjaya melahirkan seramai 64 orang kader dakwah. Sesi dakwah telah diwujudkan dan dipengerusikan oleh Yang Dipertua saudara Abdul Wahab Zakaria (merangkap Pengerusi Dakwah).
PMRAM menerima tetamu iaitu Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr. Ismail Datuk Abdul Rahman seterusnya rombongan dari Malaysia telah sampai ke Kaherah untuk mengkaji ijazah dari Timur Tengah.

1972
PMRAM telah menganjurkan kursus-kursus dakwah dan telah dapat melahirkan seramai 16 orang kader dakwah. Saudara Abdullah Abbas Abu Bakar telah terpilih sebagai kader terbaik.
Pada tahun ini juga, PMRAM telah mengutus kawat takziah atas kematian tokoh negara, Tun Dr. Ismail.


1973
Pada 6 Oktober, PMRAM telah menderma sebanyak 500 pound kepada Kerajaan Mesir atas kemenangan mereka dalam peperangan tiga serangkai (Inggeris-Perancis-Israel) dan derma tersebut telah disampaikan oleh Yang Dipertua PMRAM kepada Dr. Abdul Halim Mahmud, Syeikh al-Azhar.


1975
PMRAM telah tutup pendaftarannya sehingga ke tahun 1979 kerana wujudnya fahaman kenegerian di antara ahli. Suasana mendung terus menyelubungi ahli PMRAM sebaik sahaja Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun ini. Pada tahun ini juga berlaku krisis pemikiran di antara pucuk pimpinan PMRAM itu sendiri.

1980
Pendaftaran PMRAM telah diperbaharui semula.
Pada tahun ini bermulalah zaman peralihan dan perubahan ke atas mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di Perlembahan Nil yang diketuai oleh saudara Idris Ahmad sebagai Yang Dipertua dan pada tahun 1981, jawatan ini diterajui oleh saudara Abdul Ghani Abdul Rahman.
Beberapa orang pemimpin berkaliber seperti saudara Harun Taib telah menyusun program-program yang menjurus ke arah penghayatan Islam yang sebenar dan banyak kegiatan tradisi berbentuk hiburan telah ditinggalkan.
PMRAM telah menghadapi masalah kewangan kerana pihak JPM enggan menyalurkan bantuan kewangan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia. Namun, masalah ini tidak melemahkan semangat PMRAM dan mereka tetap meneruskan program malahan ada di antara ahli-ahli yang sanggup mendermakan wang poket mereka untuk menjayakan program-program tersebut seperti Sambutan Menyambut Hari Kemerdekaan dan Minggu Persaudaraan.


1983
Sebuah bas sebagaimana yang dipohon akhirnya berjaya diperolehi.
Pada 1 April, PMRAM turut sama menyertai sambutan perayaan sempena Seribu Tahun al-Azhar dengan kerjasama Kedutaan Malaysia. Perayaan tersebut turut dihadiri oleh Syeikh al-Azhar al-Imam al-Akbar Syeikh Jadul Haq, Menteri al-Auqaf, Syeikh Ibrahim Dasuki dan pegawai-pegawai kanan di Kementerian Waqaf dan pihak Universiti al-Azhar.

1991
Kumpulan pertama pelajar siswi Malaysia telah dihantar ke cawangan al-Azhar di Iskandariah iaitu seramai 18 orang. PMRAM telah berperanan menguruskan penempatan dan urusan kuliah mereka seterusnya membentuk DPPI (Dewan Perwakilan Pelajar Iskandariah) yang bertujuan untuk menjaga kemaslahatan mereka.
Pada tahun ini juga, PMRAM telah mengadakan "Pameran Memperkenalkan Malaysia" yang bertempat di Universiti Ain Syams dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia.
Pada 6 Ogos, Usrah Al-Wadi ditubuhkan. Objektif penubuhan kumpulan nasyid ini ialah:
1. Mewakili suara mahasiswa al-Azhar dan PMRAM untuk diketengahkan kepada masyarakat.


2. Membantu PMRAM dalam segala aspek yang diperlukan.


3. Memenuhi tuntutan dakwah dalam bidang hiburan Islam.


4. Menyediakan hiburan sebagai alternatif untuk menghapuskan hiburan tidak Islamik.


5. Memulihkan dan membina psikologi ummah.


6. Memanfaatkan kecenderungan seni di kalangan mahasiswa al-Azhar.
Di antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh usrah al-Wadi ialah merakam album, membuat persembahan, memenuhi jemputan nasyid, membuat kajian dan penulisan tentang kesenian Islam dan mengadakan lawatan muhibbah terhadap kumpulan nasyid yang lain (Gabungan Penasyid Muda) di Malaysia. Sehingga tahun 1997, kumpulan ini telah menerbitkan sebanyak 6 buah album.

1992
Pada 16 Januari, PMRAM telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-59. Barisan kepimpinan PMRAM ketika ini diterajui oleh saudara Zulkifli Yaacob. Pilihanraya PMRAM kali ini telah menyaksikan bagaimana kedutaan telah terlibat dalam kempen di Asrama Rumah Melayu untuk memberikan sokongan kepada calon-calon tertentu. Namun, apabila keputusan diumumkan, kesemua 15 calon PMRAM telah berjaya memenangi semua kerusi yang dipertandingkan.
Pada awal Februari, terdengar ura-ura bahawa Kedutaan Besar Malaysia kaherah akan menaja satu persatuan baru khusus untuk pelajar-pelajar Melayu Mesir dengan alasan bahawa PMRAM yang ada sekarang ini tidak dapat menyatukan para pelajar.
Pada 20 Februari, Badan Pengurus PMRAM telah mengadakan pertemuan dengan Tuan Yang Terutama(TYT) Duta Besar Malaysia di Kedutaaan Besar Malaysia, Mohandiseen untuk membincangkan masalah penubuhan Malay Student Association (MSA) yang kemudiannya telah ditukar nama kepada Persatuan Pelajar-pelajar Malaysia Mesir (PPMM). Badan Pengurus PMRAM telah membuat keputusan untuk membantah penubuhan persatuan tersebut kerana PMRAM masih mampu untuk memberi perkhidmatan kepada pelajar-pelajar di sini. Namun, pihak kedutaan tetap ingin menubuhkannya sehingga tercetus demonstrasi aman daripada pelajar-pelajar Malaysia. Ekoran daripada itu, pihak kedutaan secara rasmi telah memutuskan hubungan dengan PMRAM pada 24 Februari dan tidak membenarkan PMRAM menggunakan segala kemudahan yang ada di Asrama Rumah Melayu.
Pada 28 April, pihak kedutaan telah memalang pintu pejabat PMRAM di Abbasiyyah setelah mengeluarkan notis supaya mengosongkan pejabat di Asrama Melayu. Ekoran daripada itu, pihak PMRAM telah mengadakan demonstrasi yang dibenarkan oleh pihak keamanan Mesir dalam usaha menuntut kembali hak-hak PMRAM di hadapan Datuk Hamid Othman.
Pada tahun ini juga, PMRAM telah menyewa khas sebuah kapal terbang Sudan untuk membawa jamaah haji(ahli PMRAM) seramai 150 orang ke tanah suci Makkah.
Kontinjen Badminton PMRAM memperkenalkan sukan badminton kepada majlis Sukan Mesir.
PMRAM telah menyusuli para pelajar yang dihantar ke cawangan baru al-Azhar di Damanhur, Tonto, Shibin El-Kom dan Mansurah, seterusnya menubuhkan empat buah Dewan Perwakilan Pelajar di tempat-tempat tersebut.
Pada 17 September, PMRAM telah melaksanakan Majlis Konvokesyen buat pertama kalinya bagi mahasiswa yang telah tamat pengajian bertempat di Dewan kuliah Tarbiyah Universiti al-Azhar dan di samping itu pihak PMRAM telah mengadakan Sudut Pameran untuk memperkenalkan Malaysia kepada rakyat Mesir.

1993
PMRAM telah menghantar seramai 450 orang untuk menghadiri Kursus Kesedaran dan Kepimpinan Pelajar di Mesir anjuran JPM. Dalam kursus tersebut, PMRAM telah mengemukakan pelbagai resolusi agar pihak kerajaan sentiasa berlaku adil terhadap pelajar Malaysia di Mesir.
PMRAM mengadakan pertunjukan dan latihan sepak takraw di Kelab Sukan Zamalek Kaherah, Mesir.
PMRAM juga mengadakan Majlis Konvokesyen Mahasiswa/wi Kali ke-2 di Niqabat Mohandiseen, Ramses.
PMRAM turut menjalinkan hubungan dengan Institut Pemikiran Islam Antarabangsa.
PMRAM juga menghantar wakil untuk menghadiri kursus pentadbiran anjuran Kementerian Mesir.

1994
PMRAM membantu Pusat Islam dalam memberikan penjelasan tentang Jamaah al-Arqam.
Lanjutan penghantaran mahasiswa/wi ke cawangan-cawangan al-Azhar, PMRAM menguruskan penghantaran mahasiswa/wi ke dua buah cawangan al-Azhar yang lain iaitu Dumyat dan Zaqaziq.
PMRAM mendapat notis keluar dari Asrama Melayu disebabkan kerja-kerja baik pulih yang akan dijalankan pada awal Januari.
Hari Pengetahuan dan Persaudaraan telah diadakan dengan kerjasama Jabatan Penuntut Malaysia sebelum Asrama Melayu dibaikpulih.


1995
PMRAM telah berpindah dari Asrama Melayu buat sementara waktu memandangkan pembinaan sedang dijalankan.
Pada bulan Januari, PMRAM mendapat kebenaran daripada Kementerian Kemasyarakatan Mesir untuk membuka cawangan PMRAM di Madinat Nasr.
Pada bulan Julai, Konvensyen PMRAM kali pertama di Mansurah di batalkan oleh pihak kedutaan atas keselamatan.

1996
Pada bulan Oktober, Majlis Konvokesyen Kali ke-3 diadakan di Dewan Haflah Kubro, Universiti al-Azhar.

1997
Pada 13 Mac, Majlis Pelancaran Homepage PMRAM dan Seminar Penulisan dan Ulangtahun Suara Kampus kali pertama diadakan di Rumah Melayu.
Pada 25 Mac, PMRAM menyertai Pameran Kebudayaan di Universiti Ain Syams, Kaherah dan memenangi tempat kedua dalam pameran tersebut.
Pada 22 Jun, PMRAM menyertai Pertandingan Badminton Antarabangsa di Nadi Syabab Haiyyu Sadis.
Pada 26 Jun, Konsert Penyatuan Mahasiswa/wi al-Azhar sekaligus pelancaran album ketiga kumpulan nasyid as-Shoff di Rumah Melayu yang turut dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.
Pada 22 September, Majlis Konvokesyen dan Anugerah Pelajar Cemerlang ke 6 diadakan di Dewan Saleh Abdullah Kamil.
Pada 25 September, PMRAM telah mengadakan Seminar Penulisan. Serentak dengan itu, satu Majlis Pelancaran Antologi Cerpen Mahasiswa al-Azhar "Sinar di Horizon Nil" turut diadakan pada 26 September yang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Aziz bin Deraman, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pada 17 November, PMRAM mengadakan Konsert Penyatuan Mahasiswa/wi al-Azhar II untuk melancarkan Album al-Wadi ke-6 yang bertajuk "Indahnya Bersama Islam" di Rumah Melayu.

1998
Pada bulan Februari, Majalah Tahunan PMRAM, "al-Kasyaf" Edisi Perdana telah dilancarkan.
22 dan 23 Februari, Muktamar Sanawi PMRAM diadakan bagi menggantikan Mesyuarat Agung Tahunan yang dijalankan sebelum ini.
PMRAM President Cup (PPC) pertama kali diperkenalkan.
Skuad Waja Diri ditubuhkan di bawah anjuran Badan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan. Antara seni yang diperkenalkan ialah Silat Gayung dan Taekwando.
April, Penubuhan Jawatankuasa Bertindak Krisis Ekonomi (JBKE) untuk menangani masalah kewangan ahli PMRAM ekoran kegawatan ekonomi Malaysia.
Julai, HEWI menganjurkan Kolokium Mahasiswi Cemerlang yang dihadiri oleh mahasiswi dari negara Malaysia, Thailand (Pattani), Brunei dna Singapura.
Pada 8 Ogos 1998, bertempat di Dewan Ummi Kalthum, Mansoura telah diadakan Konvensyen Dewan Perwakilan Mahasiswa II (KDPM II). Konvensyen ini dirasmikan oleh Ustaz Ahmad Bukhori Ghazali, Presiden PMRAM yang sekaligus menyampaikan ucap utama sempena konvensyen tersebut. Hasil daripada konvensyen itu, akhirnya telah berjaya menggariskan 7 deklarasi mahasiswa yang dinamakan deklarasi Mansoura.
14-31 Ogos 1998, Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan kali -42 diadakan dengan beberapa pembaharuan iaitu pertandingan forum, dakwah kreatif, musabaqah al-Quran, pantun dan acara balapan.
19 Oktober 1998 penubuhan Badan Kebajikan Anak Kuala Lumpur Mesir (BKAKLM)
PMRAM mengadakan satu road show yang dinamakan Forum Keadilan Ummah ke seluruh Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM). Program ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan mengenai isu semasa yang berlaku di tanah air dan kezaliman ISA. Lantaran itu, sebanyak L.E 4092.00 telah berjaya diperolehi melalui kutipan derma.

1999
Pada 28 Mac 1999, jemaah haji PMRAM turut sama menjayakan program Ijtimak Mahasiswa Sedunia di Mina. Program ini juga di bawah anjuran Jawatankuasa Bertindak Perhimpunan Mahasiswa Sedunia Musim Haji Tahun 1419 Hijrah. Antara wakil yang menghadiri ijtimak tersebut ialah wakil dari HIZBI UK, Mesir, wakil Jordan, wakil Syria, wakil Iraq, wakil Mekah dan wakil Madinah.
PMRAM telah berjaya melancarkan Perkhidmatan Talian Maklumat @ Infoline dengan tujuan memudahkan para ahli mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat melalui aneka talian yang an disediakan. Antara khidmat talian yang disediakan adalah mengenai agama, kaunseling, kesihatan, akademik, bait muslim dan teknologi maklumat.
Tanggal 10 dan 11 Ogos 1999, telah diadakan Simposium Lughatul Quran Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Dewan Rumah Melayu Abbasiyyah.
Skuad Multibahasa di bawah Badan Komunikasi dan Bahasa Arab ditubuhkan.
Penghantaran Mahasiswa ke tiga Muhafazah baru di Tafhana el-Asyraf, Dissuq, Itai Barut.
16 September 1999, satu tragedi lemas yang meragut nyawa mahasiswa Al-Azhar telah berlaku di Pantai Baltim, Kafru Syeikh. Dua mangsa tersebut adalah Allahyarham Tarmizi Tahir dan Allahyarham Mohd Fadzli Asar • dan kedua-duanya berasal dari Selangor.

2000
PMRAM President Cup (PPC) buat kali pertama dalam sejarah PPC dianjurkan di luar kota Kaherah. Tanta telah dipilih untuk menjadi tuan rumah PPC yang berlangsung selama empat hari bermula 26 hingga 29 Februari 2000.
19 Mac 2000, PMRAM (Tahun 1999) sekali lagi mencatatkan sejarah apabila mengadakan Ijtima' Tergempar bertempat di Dewan Asrama Rumah Melayu Abbassiyyah (ARMA) dengan mencatatkan kehadiran ahli di luar jangka berjumlah lebih 2994 mahasiswa/wi. Objektif sebenar ijtima' ini diadakan adalah untuk mendapatkan sokongan ahli kepada undang-undang baru yang diluluskan oleh Parlimen Mesir. Serentak dengan ijtima' tersebut, telah diadakan juga Konsert Keamanan Kosova dan ChechNya Peringkat PMRAM yang berlangsung juga di Dewan Asrama Rumah Melayu Abbassiyyah. Konsert Keamanan dihadiri oleh tetamu jemputan iaitu Encik Khalid Abd. Samad Pengarah Kawasan Mas, wakil mahasiswa Indonesia, Thailand, Turki, Kosova, ChechNya, Sanjak, beberapa keluarga dari Kuala Lumpur dan Penyelia Maahad Tahfiz al-Ummah.
Lajnah Persekolahan ditukar kepada Lajnah Pendidikan
Lawatan Perdana Menteri, Menteri Pendidikan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan beberapa orang Menteri Besar.
PMRAM mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu Palestin - Israel.
Menghantar beberapa kotak pakaian kepada penduduk Chechen.
Melancarkan tabung bantuan kemanusiaan kepada Palestin dan melancarkan kempen boikot barangan Yahudi dan sekutunya.
Kehadiran delegasi UKM seramai 33 orang dalam lawatan rasmi.
13 Disember 2000, Mesyuarat tertutup PMRAM bersama Dato' Duta, pegawai-pegawai kedutaan dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah.



Mengadakan Ijtima’ Tergempar bagi membincangkan perubahan undang-undang tubuh baru.

Menganjurkan PMRAM International Knowledge Festival In Egypt (PROFIT) yang melibatkan penyertaan mahasiswa Negara Asia dan Afrika.

Pada 2-11 Mei, PMRAM telah menyertai Pameran Kebudayaan Universiti Ain Sham bersempena 24th People’s Day Festival Egypt 2005 dengan dianggotai oleh 13 negara. PMRAM yang mewakili negara Malaysia telah mendapat tempat pertama.
14 September, PMRAM telah menganjurkan Festival Konvokesyen dan Anugerah Mahasiswa Cemerlang (FKAMC 05) yang buat julung-julung kali mengadakan konsert bersama kumpulan nasyid jemputan dari Malaysia iaitu HIjjaz.

2006
5 April, PMRAM telah mengadakan kunjung hormat ke Kedutaan Besar Malaysia Kaherah sempena dengan perlantikan barisan kepimpinan Badan Pengurus dan AJKT HEWI PMRAM yang baru serta mengemukakan Draf Cadangan Peningkatan Penguasaan Bahasa Arab dan Kebajikan Mahasiswa Al-Azhar Malaysia di Mesir bagi mencari titik persamaan dan dalam rangka bekerjasama dengan KBMK dalam meningkatkan kualiti dan martabat mahasiswa-mahasiswa di Mesir.
22 hingga 27 Ogos, Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) PMRAM telah mengadakan Sambutan 50 tahun HEWI PMRAM (IKHLAS 06) yang turut disertai oleh wakil-wakil mahasiswi dari Ireland dan Jepun. Serta menjemput bekas-bekas kepimpinan Badan Pengurus dan HEWI PMRAM. Program dikendalikan sepenuhnya oleh HEWI PMRAM.
17 hingga 19 September, PMRAM telah berjaya menganjurkan PMRAM International Konwledge Festival in Egypt (PROFIT) yang bertemakan ‘Memacu Perekonomian Islam’. PROFIT 06 kali ini memaparkan kepada para peserta kertas-kertas kerja yang membincangkan perbahasan-perbahasan ekonomi menurut kaca mata Islam Islam. Program yang gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Dato’ Zainal Abidin Abdul Kadir, Duta Besar Malaysia Ke Kaherah. PROFIT yang dilaksanakan di Asrama Rumah Melayu Abasiah (ARMA) telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada semua ahli serta dari negara luar seperti Singapura dan Brunei.


" GEMBLENG KEKUATAN PASAK KEILMUAN "

SAMY YUSEFF..MUA'ALLIM

KOLEKSI US AZHAR IDRUS...

SEKALI AKU TERINGAT LAA PLAK...

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?..(Al-Ankabuut:2)

Renung sejenak...firman allah yang begitu dalam maksud dan sungguh cantik bahasanya buat kita hambanya yang bergelar khalifah...selaku yang telah "BERJANJI" akan menjadi pentadbir bumi...
Tapi sayang manusia sering terlupa "perjanjian" yang dah dibuat, sejak dari alam rahim..hingga ke dunia akhirnya..janji tinggal janji..tak taulah kita dilupakan, terlupa, pelupa, saja buat lupa atau..memang tak nak ingat akan janji kita...tepuk dada tanya IMAN tanya HATI...dah kita laksakan belum PERJANJIAN itu..sempurnakah perjanjian yang bakal dituntut..????
Bukan semudah itu nak laksakan perjanjian, tanpa ujian dan pengorbanan...hidup penuh liku dan duri... nak capai kejayaan bukan mudah kene lalaui kegagalan gak dulu...

Aisyeh!! aku nak tulis ape sebanarnya...haa..teringat waktu muhadharah ISTISYRAQ WA TABSYIR madah favorite aku tu...DOKTOR ABDUL LATIFF MUHAMMAD ABDUL LATIFF..sangat best...aritu dia ade sentuh peranan umat islam sekarang untuk hadapi masalah orentalis yang makin bertebaran sekarang...hatta pelajar-pelajar lepasan al azhar sekalipun dah ade yang terkesan dengan pemikiran orentalis...doktor menerangkan visi dan misi orentalis... dan kata-kata yang paling aku tertarik.."seorang pencuri dia takkan masuk rumah tanpa mengetahui selok-belok tuan punya rumah dan juga segala aktiviti rumah tersebut.." menarik kan?? emmm...cuba adabtasi kan dengan gerakan orentalis...jika diperhatikan golongan mereka ni tak pakai perang senjata dah diaorang pakai perang SARAF...dasat tu..cuma kita yang tak sedar...dah sedar tapi tak bertindak ikut arahan...orentalis ni...orang sering pikio..mesti orang barat punya kerja...sedar tak sedar sebenarnya...orentalis lebih ramai dikalangan kita sendiri..."DURI DALAM DAGING"..yang ngaji agama pun sama... teringat dalam kitab BIDAYATUL HIDAYAH karangan IMAM AL GHAZALI..imam hujjatul islam.. RASULULLAH BERSABDA : " SELAIN DARI DAJJAL ADA SATU PERKARA YANG SANGAT AKU BIMBANGKAN LEBIH DARIPADA DAJJAL..LALU ADE ORANG BERTANYA : APAKAH ITU WAHAI RASULULLAH? NABI S.A.W MENJAWAB: MEREKA ULAMA' SU' YAKNI ULAMA' YANG JAHAT..."
Sebut tentang kitab ni..rasanye..kalau sahabat-sahabat baca...memang best..yang diterjemah pun dah ade tapi kat mesia laa..ape guna kita ngaji bahasa arab kalau tak praktik.. yang bahasa melayu baca gak laa...untuk memantapkan lagi..satu lagi kitab "RISALAH MUSTARSYIDIN" karangan IMAM ALMUHASIBI..memang best..mula-mula tu aku susah gak nak baca buku ni..tapi bila aku masuk kelas yang dibuat oleh seorang ustaz masa aku lepak KAHERAH alhamdulillah...memang best..carilaa ek buku tu..pastikan baca habis...pasti korang akan rasa sesuatu..insyallah aku akan cuba masukkan dari masa ke semasa tentang ape yang terkandung dalam ktab yang aku sebutkan...

Thursday, November 15, 2007

SELAMAT PENGANTIN BARU ACHIK NASIR DAN KAK TUNA

FIRMAN ALLAH SWT: " wahai! Golongan manusia bertaqwalah kamu kepada tuhanMU, yang menjadikan kamu dari jiwa yang satu,dan daripadanya Allah ciptakan isterinya,dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuanyang banyak....
Dan bertaqwalah kepada ALLAH yang dengan namaNYA kamu saling meminta antara satu sama lain, dan peliharalah hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu....." ( Surah ANNISAA' : ayat 1 )
Adusss!!! penatnya,baru balik dari majlis akad nikah sahabat aku..achik nasir dan kak tuna, teringat lak kat kampung...seronok gak orang kata " amik berkat " ye tak? hehehe...aku cam biasa la amik port untuk penanggah..jaga lauk, ke lauk jaga aku pun aku tak tau laa...maklumla...kalau ngan DPM ni aku lemah skit coz..tak pernah join langsung dari aku mula sampai hinggalah dah nak masuk tahun ke enam aku kat sini, dah tahun akhir pun masih tak dapat lagi nak berkhidmat untuk DPMM...ampunkan aku wahai warga MANSURAH, emmm...Majlis kenduri depa berlangsung SABTU ni,aku dapat lagi satu kerje kena wat bunga telur ( coklat je ) habis aku sapu ahli bait sampai memember aku untuk jadi " pembantu aku ", mana taknya MINAH BRUTAL kene jadi TYCO wat bunga telo...tapi jangan pandang sebelah mata ye...walaupun aku ni BRUTAL ( ye ke ? ) tapi...wanita melayu terakhir, bukan nak ria', nak ujub dan takabbur je...ASTAGHFIRULLAH, ye lah kan sambil tengok sambil belajar...kat sini betulla orang kata macam-macam ilmu ada...sampai ilmu nak kendalikan majlis kenduri kawin pun ada...Jadi nak katanya...kita yang ada kat sini rebutlah peluang yang ada ni...tak kiralah ilmu ape, jangan tersalah tuntut dahle...
Melalui majlis ni gak leh kita amik istifadah dan panduan kehidupan harian kita, sebab ape aku kata camtu? haa....pada sape-sape yang dah berpunya...cepat-cepat laa..langsungkan majlis..yelah kan bleh ELAKKAN MAKSIAT yang mana kita ni dah sedia maklum tak elok kawan lama-lama or bertunang lelama...nanti MASALAH BESAR...pempaham jelaa...kita ni dah sedia ada dan memang ada "dosa kering"( ada ke istilah cam ni ek?!! ) dan dosa-dosa yang selainnya, so...bagi mengelakkan dari bertambah dosa yang memang sedia ada...jadi BERTINDAK MENGIKUT ARAHAN ( syariat yang dah ditetapkan al - quran....)

Wednesday, November 14, 2007

DI SISI MUJAHID ADA MUJAHIDAH...

Terkadang hati ini tertanya-tanya….kenapa masih perlu menunggu? Sedangkan aku tahu, aku telahpun menemui mujahidku… diri ini terlalu yakin, dialah jawapan doa hari2 ku… “Ya Allah, kurniakanlah kepada ku hamba Mu yang soleh sebagai suami, agar dia dapat membimbingku menuju syurgaMu…”
Resah gelisah hati menunggu…mengira setiap detik dan waktu, impian itu menjadi kenyataan… bersama-sama si mujahid… menemaninya dalam perjuangannya… eh?? perjuangan?? Ya Allah…aku lupa lagi… seorang mujahid, tujuannya satu… berjuang malah berkorban untuk menegakkan Deen-ul-haqq… walau telah bergelar suami, perjuangan tetap berjalan.. pengorbanan tetap diteruskan!! Malah itu juga seharusnya menjadi perjuangan aku juga bukan?..
“Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….” [33:4]
Hati si mujahid telahpun sarat dgn cinta kepada Rabbnya.. yang menjadi pendorong kepada perjuangannya.. (begitulah harapnya) .. mana mungkin pada masa yg sama, si mujahid menyintai ku (setelah bergelar isteri) dengan sepenuh hatinya? Walaupun setelah ku curahkan selautan sayang.. ku legakan penat lelah perjuangannya dengan gurauan manja.. ku cukupkan makan pakainya….si mujahid masih tidak boleh leka dr perjuangannya!! Ya Allah, aku kah yang akan menjadi fitnah yang melekakannya dari perjuangannya yg dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya???…..
“Katakanlah, “ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24]
Oh tidak!! Aku tidak mahu menjadi penyebab si mujahid leka akan tanggungjawabnya yang lebih besar…tanggungjawabnya utk Ad-Deen ini…. Tapi sanggupkah??…sanggupkah diri ini hanya memperoleh secebis hati si mujahid yang telah sarat dgn cintanya kepada yang lebih berhak?? Sanggupkah diri ini sering ditinggalkan tatkala si mujahid perlu ke medan juang?? Malah sanggupkah diri ini melepaskan si mujahid pergi sedangkan hati ini tahu si mujahid yang teramat di cintai mungkin akan keguguran di medan juang??..sanggupkah???
Ya Allah… Layakkah diri ini menginginkan suami semulia Rasulullah..sedangkan diri ini tidak sehebat Khadijah mahupun Aisyah… Lihat sahaja isteri-isteri Nabi… Ummul-muslimin…Ummi-ummi kita…lihat saja perjuangan dan pengorbanan mereka… lihat sahaja ketabahan hati mereka… sehinggakan setelah diberi pilihan antara cinta duniawi dan cinta mereka terhadap Allah dan Rasul…Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu “Jika kamu menginginkan kehidupan di dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut’ah dan ku ceraikan kamu dengan cara yang baik“ [33:28]
Allah dan Rasul tetap menjadi pilihan! Mampukah aku menjadi seperti mereka?? Mampukah aku membuat pilihan yang sama kelak, setelah mabuk di lautan cinta kehidupan berumah tangga?? Mampukah aku mengingatkan si mujahid tatkala dia terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskn lagi si mujahid dengan cinta duniawi??
Ah sudah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan waktumu…. Masanya belum tiba utuk kau memiliki si mujahid, kerana kau sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!! Hati, janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid, tetapi kejarlah cinta Penciptanya…Hati, janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu…sedangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu ku raih…. Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??…tapi kau masih terlau rapuh untuk menghadapinya…kau perlu tabah!! dan aku tahu, kau tak mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua… Duhai hati… bersabarlah… perjalanan kita masih jauh…. bersabarlah… teruskan doamu… hari itu akan tiba jua…. pabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak…. bersabarlah…..

DALAM SEJARAH........

Emmmm...arini dalam sejarah, wat blog...baru lik dari sikkah terus lepak depan komputer...penat gilerss...saje je layan jap...dari tido petang, ikutkan tak larat...tuhan je yang tau...tapi takpelaa...yang penting...dapat wat ape yang aku dah lama nak wat, walaupun tak pandai janji cuba, pada yang tertengok blog ni..SILA BERI TUNJUK AJAR...komen takpe kutuk jangan ye tak...sebenarnya..bagus gak wat blog ni, ade tempat nak luahkan ape yang terbuku di minda dan dihati..memang best...hilang tekanan jap...
Lupa plak...assalamualaikum wat sahabat-sahabat blogger, salam ukhwah salam perjuangan, sila beri tunjuk ajar...