Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Saturday, December 10, 2011
ISLAM IS THE WAY OF LIFE...
Posted by DEMI MASA at Saturday, December 10, 2011 0 comments
Labels: RENUNG-RENUNGKAN...
Wednesday, November 10, 2010
KnOcK OuT!!!
Assalamualaikum WBT....
Moga dalam rahmat dan lindungan Allah hendak Nya, alhamdulillah baru pagi ni aku dapat mengadap 'komputer riba' aku ni, setelah sekian lama tak mengadap, asyik2 ayat ni kan...emmm...alhamdulillah dah hampir 9 bulan aku di SMATAf...macam2 yang aku dapat...
Sibuk dengan koje sampai lupa plak yang aku ade blog huhuhu....lagi 2 minggu majlis perkahwinan aku, huhuhu macam tek percaya je, makin bertambah le koje gue...jadi takut pun ade...daokanlah aku sahabat...
hampir 85% persiapan majlis...emmm...YA allah permudahkanlah urusan kami...
Posted by DEMI MASA at Wednesday, November 10, 2010 0 comments
Thursday, July 29, 2010
SALAM SYA'ABAN : BERMULANYA SEBUAH EPISOD BARU...
Allhumma baariklana fi rajab wa sya'ban wa balighna ramadhan...Allahumma Aminnn...
Salam sejahtera buat semua sahabat...baru ade sedikit ruang untuk aku mengadap semula blig aku yang dah berkurun lama tak aku hadap ni....Setelah hampir 6 bulan lebih aku di tanah Air..baru arini aku dapat ngadap...
Sekarang aku ngajar dia SMA Tengku Ampuan Fatimah, Pekan..Jadi guru Tahfiz...walaupun bukan bidang aku...tapi demi Nak menjadi " ARKITEK " aku akan usahakan untuk diriku mahupun anak murid aku, walaupun agak sukar tapi satu pengalaman baru buat aku.
Pada sahabatku, jangan menganggap kita amik usuluddin kita mesti ajar usuluddin, walaupun tak banyak yang aku tahu paling kurang basic kene ade.
Jadi sahabat, benarlah kata " tak dapat banyak sikit, ape2 pun kuasailah ilmu yang dalam bidang kita itu dengan sebaik mungkin tapi jangan pula kita abaikan ilmu2 yang lain..."
Sepanjang 6 bulan aku di tanah air...awal aku sampai baru dua minggu kurang lebih mendarat di tanah aku dah di panggil untuk mengisi kekosongan yang ada di SMATAF, kalau aku memikirkan penat sampai yang tak hilang lagi, kalau aku pikirkan rindu yang lama aku tahan...memang aku tak duduk di sekolah ni, tapi bila memikirkan aku nak jadi ARKITEk...aku mesti bertindak...Offer yang diberi, zaman sekarang sauk je mana yang ada, demi kebaikan dan jika itu yang terbaik..semua keje Allah..yang penting tawakkal...
Mula - mula memang tak nak jadi cikgu...tapi bila di fikirkan kembali, sahabat... cita - cita asalku nak jadi arkitek...sebenarnya GURU juga arkitek...ARKITEK pendidik,pentarbiyah jiwa anak bangsa...lagi besar tugasnye, dari arkitek yang dok lukis bangunan...alhamdulillah pengalaman yang ada aku gunakan, walaupun pada mulanya agak kekok tapi...mengajar sambil belajar, alhamdulillah...GREAT TEACHER NADIA??? amin ya rab...moaga usaha ku mampu membawa anak muridku ke arah menegakkan ISLAM itu berjaya...
Bermula dengan OFFER sebagai guru di SMATAF, ku fikirkan guru al quran alih2 guru TAHFIZ adeyhh..mula2 mati akal gak...tapi aku mesti usaha..tentu ade hikmah yang Allah nak tunjuk pada aku...
Setelah sekian lama...( 6 bulan lebih ) alhamdulillah aku dapat sesuaikan diri, sering aku katakan pada anak murid aku " SAYA ADA MISI DAN VISI untu sekolah ni..jadi saya perlu berbuat sesuatu untuk adik2 saya di sini" Ya Allah perkenankan dan permudahkan serta lindungilah aku dalam memalui jalan dakwah mu Ya Allah...
Posted by DEMI MASA at Thursday, July 29, 2010 0 comments
Labels: MISI BELUM SELESAI...
Monday, March 22, 2010
12 KEJAHATAN YAHUDI .....
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi) yang telah mencaci Nabi Musa, lalu Allah membersihkannya dari segala cacian yang mereka katakan; dan adalah Dia seorang yang mulia di sisi Allah.” (33:69)
2. Enggan melaksanakan Taurat, sehingga Allah mengangkat gunung Tursina untuk mengambil perjanjian yang teguh.
“Dan (ingatlah) ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu semasa Kami angkatkan bukit Tursina itu ke atas kamu (sambil Kami berfirman):
“Ambilah (dan amalkanlah ajaran Kitab Taurat) Yang Kami berikan kepada kamu itu dengan bersungguh-sungguh, dan dengarlah (Apa Yang diperintahkan kepada kamu dengan mematuhinya)”.
Mereka menjawab:
“Kami dengar, dan Kami menderhaka”. Sedang kegemaran menyembah (patung) anak lembu itu telah mesra dan sebati di dalam hati mereka, dengan sebab kekufuran mereka. Katakanlah (Wahai Muhammad):” amatlah jahatnya apa yang disuruh oleh iman kamu itu kalaulah kamu orang-orang yang beriman." (2:93)
3. Tidak mahu beriman kecuali jika melihat Allah langsung.
"Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga Kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)”. maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.” (2:55)
“Ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (Wahai Muhammad) supaya Engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. (Janganlah Engkau merasa pelik), kerana sesungguhnya mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu.
Mereka berkata:
“(Wahai Musa) Perlihatkanlah Allah kepada Kami dengan nyata (supaya Kami dapat melihatnya dan percaya kepadaNya)”. Lalu mereka disambar oleh petir dengan sebab kezaliman mereka (menderhaka kepada Allah); kemudian mereka pula menyembah (patung) anak lembu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (mukjizat), lalu Kami maafkan mereka dari perbuatan yang sedemikian itu (ketika mereka bertaubat). dan Kami telah memberi kepada Nabi Musa kekuasaan yang nyata (untuk mengalahkan kaum yang kafir itu).” (4:153)
4. Merubah perintah Allah.
“Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: “Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah daripada benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai. Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata: ‘ Ya Allah ampunilah dosa Kami ‘; supaya Kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik." (2:58)
“Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka).” (2:59)
5. Menuduh Nabi Musa mengolok-olok mereka saat mereka disuruh menyembelih sapi betina.
“Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina”. mereka berkata: “Adakah Engkau hendak menjadikan Kami ini permainan?” Nabi Musa menjawab: “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)." (2:67)
6. Menulis Al kitab dengan tangan mereka, lalu mengatakan ini dari Allah.
“Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: “Ini ialah dari sisi Allah”, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.” (2:79)
7. Memutar-mutar lidahnya untuk meyakinkan bahawa yang dibacanya itu adalah wahyu yang asli.
“Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (Ketua-ketua ugamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu. dan mereka pula berkata: “(Bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah”, padahal ia bukanlah dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).” (3:78)
8. Mengubah Firman Allah.
“(Sesudah kamu - Wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?” (2:75)
9. Menyembah patung sapi.
“Dan (kenangkanlah) ketika Kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah ia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu, dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri).”
(2:51)
“Dan sesungguhnya telah datang kepada kamu Nabi Musa membawa keterangan-keterangan (mukjizat) kemudian kamu menyembah (patung) anak lembu sepeninggalannya, dan kamu (dengan perbuatan itu) adalah orang-orang yang zalim.” (2:92)
10. Mengatakan tangan Allah terbelenggu.
”Dan orang-orang Yahudi itu berkata: “Tangan Allah terbelenggu (bakhil - kikir)”, tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (Nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah). ia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang ia kehendaki; dan demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur; dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga hari kiamat. tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya; dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan.” (5:64)
11. Menuduh Allah itu faqir.
”Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang (Yahudi) Yang mengatakan: bahawasanya Allah miskin dan kami(yahudi) ialah orang-orang kaya. Kami (Allah) akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasanyYang membenarkannya, dan Kami akan katakan kepada mereka: “Rasalah kamu azab seksa Yang sentiasa membakar." (3:181)
12. Menyuruh Nabi Musa dan Tuhannya berperang untuk mereka.
"Mereka (menolak dengan) berkata: “Wahai Musa, Sesungguhnya Kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah Engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. sebenarnya Kami di sinilah duduk menunggu." (5:24)
Posted by DEMI MASA at Monday, March 22, 2010 1 comments
Saturday, June 28, 2008
KOLEKSI KEADAAN DI PALESTINE
Posted by DEMI MASA at Saturday, June 28, 2008 1 comments
Labels: sepi seorang pejuang
SEMASA : GENCATAN SENJATA TERGUGAT!!!
>> Israel menangguhkan pembukaan sempadan(perlintasan) antara Israel-Gaza, melibatkan laluan perdagangan. Ehud Barak, Menteri Pertahanan Israel mengarahkan agar sempadan-sempadan yang bersempadanan dengan Gaza tidak dibuka, menurut sumber semalam. Rentetan itu adalah balasan ke atas 3 serangan roket yang dilancarkan oleh SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI). Sumber menyatakan, serangan itu dilancarkan dari Gaza dan jatuh di Sderot, Israel. Kerajaan Israel mengungkapkan "tindakan ini adalah bahaya, dan tidak menghormati persepakatan gencatan senjata". Menurut radio Israel, Ehud Barak mengeluarkan ketetapan dengan menutup sempadan Israel-Gaza, terutama yang melibatkan perdagangan. Israel juga menolak permintaan pembukaan sempadan Qarni, sempadan Sufa, sempadan Nehal Auz yang digunakan untuk mengeksport barangan kargo dan bahan bakar ke Semenanjung Gaza.
Menurut radio Israel, Ehud Barak akan bermesyuarat dengan pihak-pihak di bahagian Keamanan Israel dalam masa terdekat bagi menetapkan sempadan-sempadan sama ada ditutup atau dibuka.Sementara itu, Kerajaan Israel turut membuat aduan rasmi kepada Kerajaan Mesir berikutan serangan roket keSderot yang disifatkan "Palestin melanggar persepakatan gencatan senjata".Peter Lener, jurucakap bagi tentera Israel mengatakan "apa-apa pun tidak akan dimasukkan ke Semenanjung Gaza, dijelaskan Gaza telah dibekalkan dan permulaan dimasukkan barang-barang kargo dan keperluan pada hari ahad yang lalu. Katanya, sempadan Erez yang dikhususkan untuk laluan ramai dibuka bagi pesakit-pesakit dari kalangan penduduk Palestin untuk mendapatkan rawatan.Ehud Olmert, Perdana Menteri Israel dan Ehud Barak dijadualkan akan mengakan pertemuan bagi membincangkan bentuk balasan terhadap serangan roket.
Dinyatakan, 2 serangan roket ke Sderot mengakibatkan kerosakan harta benda dan dua penduduk Israel mengalami kecederaan. 1 lagi serangan roket jatuh ke atas sebuah kebun, luar bandar Sderot.Walaubagaimanapun, pejabat Perdana Menteri Israel mengatakan serangan roket ini mengancam gencatan senjata, tetapi Israel tetap berpegang atau memberi komitmen terhadap persepakatan gencatan senjata.Di pihak HAMAS, menurut jurucakapnya Sami Abu Zuhri mengatakan, HAMAS bersama pejuang-pejuang Palestin yang lain terus memberi komitmen terhadap gencatan senjata dengan Israel.Menurut Abu Zuhri, pembukaan sempadan telah ditetapkan pada jam 8(GMT) yang membenarkan kemasukan barangan keperluan, bahan bakar(akan ditambah dari semasa ke semasa) selepas bermulanya gencatan senjata, seperti yang disepakati antara HAMAS dan Israel.Sementara itu, Pengerusi Yayasan bagi Stesen janakuasa di Semenanjung Gaza mengatakan, kerajaan Israel melarang kemasukan solar dan minyak ke Gaza melalui sempadan Nehal Auz yang dikhususkan untuk pengeksportan bahan bakar ke Timur Gaza. Menurutnya, Gaza mengalami krisis bahan bakar pada tahap kritikal, dan memerlukan 12 ribu tan bahan bakar dari Israel dengan segera.
>> JIHAD ISLAMI mengakui pihaknya bertanggungjawab dengan serangan roket semalam. Iaitu serangan pertama selama gencatan senjata disepakati. Dinyatakan, serangan roket ini adalah serang balas terhadap pembunuhan yang dilakukan tentera Israel ke atas pemimpin SARAYA AL-QUDS(JIHAD ISLAMI) di Nablus, Tebing Barat.Bagaimanapun, JIHAD ISLAMI menjawab berkenaan gencatan senjata, iaitu "secara berkecuali". JIHAD ISLAMI tetap berpegang dengan gencatan senjata tetapi mengikut apa yang Israel mampu dan berupaya terhadap gencatan senjata ini.
>> Sumber perubatan Palestin, menurut seorang saksi mengatakan, seorang petani Palestin parah dan kritikal awal pagi semalam akibat tembakan tentera Israel, di Timur bandar Khan Yunus, Utara Gaza.Sementara itu, gerakan pembebasan Palestin di Tebing Barat mengatakan, pihaknya tidak akan berdiam diri dengan tekanan Israel di sana. Sumber menyatakan, pasukan penakluk(Israel menangkap 8 penduduk Palestin dengan alasan mereka 'dikehendaki' di beberapa kawasan yang berlainan.
>> Rentetan persepakatan gencatan senjata, Sami Abu Zuhri(Jurucakap HAMAS) mengatakan kenyataan wakil Israel berhubung persetujuan Mesir yang melibatkan pembukaan sempadan Rafah dengan pembebasan tentera Israel yang ditawan pejuang Palestin di Gaza semenjak 2 tahun lalu, adalah tidak benar.
Abu Zuhri menambah(sumber media elektronik), mengatakan "isu Shalit adalah berkait rapat dengan dokumen penukaran tawanan (tentera Israel-penduduk Palestin yang berada dalam penjara Israel) berdasarkan syarat-syarat yang telah dinyatakan sebelum ini. Shalit tidak akan dapat melihat cahaya sehinggalah penduduk Palestin yang berada dalam tawanan Israel juga boleh melihat cahaya".Sumber menyatakan, Husam Zaki jurucakap bagi kementerian Luar Mesir, "Mesir yang boleh mengeluarkan ketetapan sama ada sempadan Rafah di buka atau tutup".
Sumber maklumat(26/06/08, suratkhabar Misril-Youm dan suratkhabar Al-Akhbar)
Posted by DEMI MASA at Saturday, June 28, 2008 0 comments
Labels: from palestine with love
Friday, June 27, 2008
GERAKAN YAHUDI, FREEMASONARY : DIMANA KITA???
Bersama-samalah kita membantu sahabat-sahabat, saudara seakidah kita di BUMI PALESTINE, walau hanya dari jauh...sekurang-kurangnye ade juga sumbangan dari kita...sahabat-sahabat boleh mendapatkan maklumat dan keadaan terkini di PALESTINE dengan melawati : http://www.minipavilion.blogspot.com, kalau dah malas sangat nak beli surat khabar...kalu kat mesir ni bahasa arab, kalu negara lain mybe guna bahasa ibunda disana..so...kat laman web ni dah diterjemahkan ke dalam bahasa melayu pun....jadi...kalau malas lagi tak taulaa....memang patut kita dapat gelaran ME-LAYU....tepuk dada tanya IMAN??
Posted by DEMI MASA at Friday, June 27, 2008 0 comments